Benteng Erbil, yang disebut masyarakat tempatan sebagai Qalat Erbil (Kurdi: قەڵای ھەولێر, Qelay Hewlêr; Arab: قلعة أربيل Qal'ah Arbīl) adalah sebuah tel atau bukit yang diduduki, dan pusat kota sejarah Arbil di Wilayah Kurdistan, Iraq.[1] Benteng ini telah berada di Senarai Tapak Warisan Dunia sejak 21 Jun 2014.

Benteng Arbil
Kurdi: Qelay Hewlêr, Arab: قلعة أربيل
Arbil, Kurdistan Iraq, Iraq
Pandangan udara dari Benteng Arbil
Koordinat36°11′28″N 44°00′32″E / 36.191°N 44.009°E / 36.191; 44.009
Maklumat tapak
Dibuka kepada
orang awam
Ya
StatusSebahagian runtuh
Sejarah tapak
DibinaKerajaan Assyria
PerangPenaklukan oleh Kerajaan Mongol (1258)
Nama rasmi
Erbil Citadel
JenisCultural
Kriteriaiv
Ditetapkan2014 (38th session)
No. rujukan
1437
State PartyIraq
RegionArab States

Bukti terawal pendudukan kubu bukit bermula pada milenium ke-5 SM, dan kemungkinan berlaku lebih awal. Peristiwa ini muncul pertama kalinya dalam sumber sejarah yang tertulis dalam prasasti Ebla pada sekitar 2300 SM, dan meraih kejayaan sewaktu zaman Assyria Baru. Sewaktu saman Sasaniyah dan Kekhilafahan Abbasiyah, Arbil menjadi pusat penting bagi agama Kristian. Setelah Kerajaan Mongol merebut benteng pada 1258, peranan Benteng Arbil merosot. Selama abad ke-20, tata ruang kota berubah secara signifikan, dengan banyaknya rumah dan bangunan awam yang dihancurkan. Pada 2007, Suruhanjaya Tinggi untuk Revitalisasi Kubu Arbil (High Commission for Erbil Citadel Revitalization, HCECR) dibentuk untuk mengawal pemulihan benteng. Pada tahun yang sama, semua penduduk, kecuali satu keluarga, dikeluarkan dari benteng sebagai sebahagian daripada projek restorasi besar. Sejak dulu, usaha penelitian dan pembaikpulihan tapak arkeologi di dalam dan di sekitar tel oleh beberapa pasukan antarabangsa dan bekerjasama dengan pakar tempatan. Kerajaan bercadang untuk memindahkan 50 keluarga ke dalam benteng selepas pengubahsuaian.

Bangunan di atas tel mengisi kawasan berbentuk bujur berdimensi 430 kali 340 meter (1,410 ka × 1,120 ka) dan memiliki luas 102,000 meter persegi (1,100,000 ka2). Satu-satunya bangunan keagamaan yang bertahan saat ini adalah Masjid Mulla Afandi. Bukit ini memiliki ketinggian antara 25–32 meter (82–105 ka) di atas dataran sekitar. Apabila ditempati, benteng dibahagikan kepada tiga daerah atau "Mahalla": Serai, Takya, dan Topkhana yang terletak di sebelah timur ke barat. Daerah Serai ditempati oleh keluarga bangsawan; daerah Takya berasal daripada nama tempat tinggal darwis, yang dipanggil takya ; dan kawasan Topkhana dihuni oleh tukang dan petani.

Penyelidikan dan pemulihan sunting

  Pada 2006 dan 2007, sekumpulan pasukan dari Universiti Bohemia Barat, bersama dengan Universiti Salahaddin di Arbil, melakukan tinjauan dan penilaian yang menyeluruh di seluruh kubu. Sebagai sebahagian daripada projek ini, pengukuran geodetik di kubu telah dijalankan dan digabungkan dengan pengimejan satelit, fotografi biasa, dan fotografi udara untuk membuat peta dan model digitalisasi 3D dari bukit kubu bersama bangunan di dalamnya. Prospek geofisika dilakukan di beberapa kawasan yang diperkaya untuk mengesan bekas arsitektur kuno yang terkubur di bawah bangunan saat ini. Penyelidikan arkeologi termasuk kaji selidik arkeologi di lereng barat bukit kubu, dan penggalian parit kecil di bahagian timur kubu.[2]

Sebuah makam dari zaman Assyrian baru ditemui di kaki kubu semasa aktiviti pembinaan pada tahun 2009. Makam kemudian digali oleh Jabatan Arkeologi dan ahli arkeologi dari Institut Arkeologi Jerman ( DAI '). Makam itu dijarah tetapi meninggalkan tembikar kuno yang dating ke abad ke-8 dan ke-7 SM.[3] Kerjasama antara Jabatan Arkeologi dan DAI berlanjut dengan penyelidikan lanjutan pada makam dan dengan suatu penggalian kecil dan penilaian geofisis di daerah sekitar, mahasiswa dari Universiti Salahaddin turut mengambil bahagian. Penyelidikan tersebut menunjukkan keberadaan arsitektur yang kemungkinan berasal dari zaman Assyria Baru, serta pemakaman yang dibentuk pada beberapa abad setelahnya.[4]

Pada 2007, Kerajaan Serantau Kurdistan membentuk Suruhanjaya Tinggi Revitalisasi Benteng Arbil (High Commission for Erbil Citadel Revitalization, HCECR) untuk mempertahankan dan mengembalikan benteng dengan bantuan dari UNESCO.[1] HCECR mendorong pembentukan zon perluasan hingga sejauh 300–400 meter (980–1,310 ka) dari benteng dengan tinggi bangunan yang harus dikurangi dengan tinggi akhir maksimum 10 meter (33 ka). Hal ini dilakukan untuk memastikan bahawa pemandangan benteng lebih dominan dari bangunan sekitar.[5]

Status Tapak Warisan Dunia UNESCO sunting

Pada 8 Januari 2010, HCECR dan Lembaga Negara di bidang Arkeologi dan Warisan Budaya (State Board for Antiquities and Heritage, SBAH) dari Iraq mendaftarkan Benteng Arbil ke dalam daftar tentatif tapak dari Iraq yang memenuhi syarat kelayakan sebagai Situs Warisan Dunia. Pendaftaran tersebut menyatakan bahawa "Benteng adalah salah satu tapak budaya yang paling dramatis dan berpenampilan paling menarik tidak hanya di Timur Tengah tetapi juga di seluruh dunia."[1] Dua bentuk kesepakatan lainnya ditandatangani oleh pihak HCECR dan UNESCO pada Mac 2010, dan Gabenor Arbil mengumumkan akan membiayai projek pemulihan dengan anggaran sebesar US$13 juta.[6] Usaha baikpulij pertama dilakukan pada Jun 2010.[7] Benteng Arbil dimasukkan ke dalam Senarai Tapak Warisan Dunia pada 21 Jun 2014. Pada Januari 2017, UNESCO menyatakan bahawa pencalonan itu dikeluarkan dari senarai disebabkan oleh program pemulihan yang perlahan.[8]

Rujukan sunting

  1. ^ a b c "Erbil Citadel - UNESCO World Heritage Centre". whc.unesco.org. Dicapai pada 30 Ogos 2010. Ralat petik: Tag <ref> tidak sah, nama "unesco" digunakan secara berulang dengan kandungan yang berbeza
  2. ^ Nováček et al. 2008
  3. ^ Kehrer 2009
  4. ^ Kehrer 2010
  5. ^ "The Citadel & The City". www.erbilcitadel.org. Diarkibkan daripada yang asal pada 2 April 2009. Dicapai pada 30 Ogos 2010. Unknown parameter |dead-url= ignored (bantuan)
  6. ^ Centre, UNESCO World Heritage. "Erbil Citadel". whc.unesco.org (dalam bahasa Inggeris).
  7. ^ McDermid 2010
  8. ^ "Kurdistan's Erbil Citadel at risk of being removed from UNESCO World Heritage list". Ekurd.net. Dicapai pada 18 Februari 2017.


Baca lagi sunting

Pautan luar sunting