Bennye Francis (lahir 20 April 1993) [1] atau lebih dikenali sebagai Benzooloo merupakan seorang rapper lelaki Malaysia. Beliau terkenal dengan single "Terkemuka" yang menampilkan Zizi Kirana dan Sandra Dianne yang dikeluarkan pada tahun 2018.

Benzooloo
Nama lahirBennye Francis
Juga dikenali sebagai
BZL, BENNY
Kelahiran (1993-04-20) 20 April 1993 (umur 30)
Berasal dariSabah, Malaysia
Genre
Pekerjaan
  • Rapper
  • Komposer
  • Penulis lirik
Tahun aktif2014 – kini
Syarikat rakaman
Sony Music Malaysia
Pengkarya berkait
Lawalah Familia, Zizi Kirana, Sandra Dianne, Khodi

Kerjaya sunting

Bennye Francis [2] atau Benzooloo telah lama berkecimpung dalam dunia hiburan terutamanya dalam genre hip hop dan juga sebahagian dari komuniti rap yang dikenali sebagai Lawalah Familia. Beliau yang berasal dari Sabah telah berhijrah ke Kuala Lumpur untuk mengembangkan lagi karya beliau dan memasuki muzik arus perdana.[3]

Benzooloo juga merupakan salah seorang anak didik kepada rapper yang juga bekas ahli Too Phat, Malique dan pernah bekerjasama dalam menghasilkan lagu single Terkemuka & Nyalakan. [4] Selain itu, populariti beliau juga memuncak apabila menjadi salah seorang rapper jemputan dalam rancangan 16 Baris iaitu siri Youtube yang dihasilkan oleh penyanyi rapper yang juga bekas ahli Too Phat, Joe Flizzow. [5] [6]

Pada tahun 2020, Benzooloo telah bekerjasama dengan lima rapper lain iaitu Siqma, B-Heart, Kmy Kmo, Luca Sickta, dan Yonnyboii dalam menghasilkan single "Playaz" iaitu nama jenama fesyen yang akan meraikan ulang tahun mereka yang ke- 19. [7] [8]

Pada 21 Mei 2021, Benzooloo telah mengeluarkan single terbaru iaitu "Emosi" yang menampilkan penyanyi Khodi.[9] [10]

Seterusnya, Benzooloo juga telah mengeluarkan single bersama penyanyi Jonathan Tse melalui single Bebas pada tahun 2021. Mereka juga pernah bekerjasama dalam menghasilkan single berjudul Aku Rela yang dikeluarkan pada 12 Ogos 2016 dan mendapat sambutan hangat dari para peminat tanah air. [11]

Benzooloo bersama 7 orang rapper lain iaitu KMY KMO, ICAL MOSH, JUKI, YONNYBOII, SIQMA, LUCA SICKTA, B-HEART & DJ T-BONE telah bekerjasama menghasilkan single berjudul "Dua Puluh" pada 3 Disember 2021.[12]

Diskografi sunting

Single sunting

Sebagai artis utama sunting

Tahun Tajuk Album Nota
2014 Silhouette Single tanpa album menampilkan Malvin
Jangan Itu Jangan Ini
Pisau Cukur
2015 Roast Beef bersama MC A.D.D, lagu asal oleh Celph Titled - "Devastating MC's"
Singa Cuma Mengantuk
Cukup lah Tu
2016 Kurang Satu Titik menampilkan Joe Da Flash
Lots Of Trouble Usually Serious (L.O.T.U.S)
2017 Yang Tadi
2018 Terkemuka menampilkan Zizi Kirana dan Sandra Dianne
Terkemuka (Kisah Orang Sabah) bersama The Bida, lagu asal Terkemuka
2019 Nyalakan menampilkan Mimifly
2020 Atribut
2021 Bebas bersama Jonathan Tse
Emosi menampilkan Khodi, lagu tema penutup drama Scammer.
2022 Generasi Genius

Sebagai artis yang ditampilkan sunting

Tahun Tajuk Album Nota
2014 Kau Steady Sua!

(HighRule menampilkan Benzooloo)

Single tanpa album lagu asal oleh Young Dro - F*ck Dat B*tch
Hybrid

(Yayan menampilkan Benzooloo & Highrule)

2015 Kipidap

(Na$ menampilkan Benzooloo)

lagu asal oleh Necro - "Morbid Sh*t"
2016 Aku Rela

(Jonathan Tse menampilkan Benzooloo)

Hood Life

(O.W.B menampilkan Benzooloo & Kenny Cleod)

2018 Dewi Seraya

(Salammusik menampilkan Benzooloo)

Buatan Tempatan

(MKNK menampilkan Benzooloo. Air See Yaw & TUJU)

2019 Muda

(Ora Della menampilkan Benzooloo)

Tak Payah Jerit

(Zemo menampilkan Benzooloo)

2020 Muntah Hijau

(Sabbala menampilkan Benzooloo, Elements Of Music)

Semenyih Mixtape, Vol. 1
Sembang Apa - Chris Pereira Remix

(Sabbala menampilkan Benzooloo, DecipherBKI & Chris Pereira)

Rakus

(Nawi menampilkan Benzooloo & Syawal Afro)

Single tanpa album
2021 Se Lever

(B.R.B Music Ent menampilkan Benzooloo)

Nusantara Cypher

(Daulat menampilkan ZafBesar, Rahh5kaki, Nas, KmyKmo, YangAriff, DMent, 2kangkata, Benzooloo, ALTRBG)

Kemunculan lain sunting

Tahun Tajuk Album Nota
2017 Asal Usul Single tanpa album bersama KKSTREETSOULJAH, 13B, OUTLAW WIJAYA, YAYAN
2020 Playaz bersama SIQMA, B-HEART, YONNYBOII, DJ T-BONE, KMY KMO & LUCA SICKTA, single khas bagi meraikan jenama fesyen Playaz yang ke-19 tahun.
2021 WITNESS bersama GNELLO & NASTYNA$ (K-CLIQUE)
DUA PULUH bersama KMY KMO, ICAL MOSH, JUKI, YONNYBOII, SIQMA, LUCA SICKTA, B-HEART & DJ T-BONE

Kredit Gubahan Lagu sunting

Tahun Tajuk Penyanyi Album Penulis lirik Komposer
2019 Nyalakan Dirinya sendiri (menampilkan Mimifly) Single tanpa album    
Tak Payah Jerit Zemo (menampilkan Benzooloo)    
Muda Ora Della (menampilkan Benzooloo)    
2020 Atribut Dirinya sendiri    
Playaz Dirinya sendiri (bersama SIQMA, B-HEART, YONNYBOII, DJ T-BONE, KMY KMO & LUCA SICKTA)    
Rakus Nawi (menampilkan Benzooloo & Syawal Afro)    
2021 Dua Puluh Dirinya sendiri (bersama KMY KMO, ICAL MOSH, JUKI, YONNYBOII, SIQMA, LUCA SICKTA, B-HEART & DJ T-BONE)    
Se Lever B.R.B Music Ent (menampilkan Benzooloo)    
Bebas Dirinya sendiri (bersama Jonathan Tse)    
Emosi Dirinya sendiri (menampilkan Khodi)    

Rujukan sunting

Pautan luar sunting