Berani (lagu Dolla)

"Berani" ialah lagu yang dirakamkan dan dipersembahkan oleh kumpulan penyanyi wanita Malaysia, Dolla. Ia dikeluarkan sebagai single ketiga mereka pada 24 September 2021 dan merupakan hasil nukilan oleh John Jeeves dan Firdaus Rahmat.[1] Sebuah muzik video telah diterbitkan bagi mempromosikan single ini, diarahkan oleh Thaqif Saadon.[2][3] Versi akustik bagi lagu ini telah dikeluarkan pada 7 Januari 2022. Lagu ini dimuatkan dalam EP sulung mereka, Dolla: Mini Album (2022).[4]

"Berani"
Single oleh Dolla
daripada album Dolla: Mini Album
Dilancarkan pada24 September 2021
Format
GenreBalada
Panjang
  • 3:17 (single)
  • 3:31 (muzik video)
Syarikat
Penulis
  • John Jeeves
  • Firdaus Rahmat
Penerbit
  • John Jeeves
  • Firdaus Rahmat
Kronologi single Dolla
""Impikan"/"Watch Me Glow"
(2020)"
"Berani" ""Bad"
(2022)"
"Berani" di YouTube
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Latar belakang sunting

"Berani" berkisarkan mengenai pemerkasaan wanita melalui sistem sokongan.[2][3][5] Tema yang ingin disampaikan dan diketengahkan menerusi lagu ini ialah semangat dan membangkitkan keberanian dalam diri wanita.[6][7] Menurut ahli kumpulan, Sabronzo yang mewakili rakan-rakannya, melodi lagu ini sedikit berbeza daripada dua single terdahulu, "Dolla Make You Wanna" dan "Impikan". Daripada acah yang dimuat naik oleh Dolla di Instagram, terdapat versi instrumental lagu ini yang boleh didengar. Malah, genre juga berbeza daripada karya sebelum ini. Beliau dipetik sebagai berkata:

"Lagu "Berani" ditujukan kepada wanita dan mahu mengangkat martabat wanita itu menerusi semangat juang dengan bangkit melawan penindasan dan ketakutan. Pada zaman ini, seseorang wanita sudah perlu keluar daripada segala ketakutan, gantikan dengan keberanian dan menunjukkan kepada dunia bahawa dia tidak takut, dia berani dan berdikari. Wanita perlu berani. Jadi, jelas tema yang ingin disampaikan dan diketengahkan menerusi lagu ini adalah semangat dan membangkitkan keberanian dalam diri wanita. Bukan apa, hari ini masih ramai wanita yang takut untuk berubah kerana berasakan diri mereka lemah. Disebabkan itu, wanita perlu sentiasa ada sokongan yang kuat dari orang sekeliling,".[2][3]

Dolla bagaimanapun mengatakan, mereka tidak menujukan lagu itu kepada kumpulan pembenci mereka yang sering mengecam mereka.[8][9][10]

Muzik video sunting

Muzik video untuk "Berani" telah dikeluarkan di saluran YouTube rasmi Dolla pada 24 September 2021, serentak dengan pelancaran rasmi single ketiga kumpulan ini.[11][12] Ia diarahkan oleh Thaqif Saadon yang sebelum ini pernah mengarahkan muzik video untuk kumpulan Midnight Fusic. Menurut Sabronzo, terdapat beberapa faktor yang menjadikan muzik video ini lain daripada yang lain, antaranya ialah penggunaan medium animasi dalam menggambarkan Dolla dalam suatu alam yang berbeza. Untuk muzik video ini, Dolla mengumpulkan segala kudrat untuk menghasilkan muzik video yang berkonsepkan animasi kepada aras yang lebih tinggi. Dari segi penyampaian cerita, Dolla melakukan yang terbaik untuk menyampaikan kisah alam fantasi yang bergantung kepada penonton untuk huraikan diri mereka sendiri.[2][13]

Keluaran sunting

"Berani" dikeluarkan sebagai single ketiga Dolla pada 24 September 2021 di semua pelantar muzik digital.[14] Lagu ini juga boleh didapati di Spatial Audio.[15][16]

Tenaga kerja sunting

Kredit diperoleh daripada muzik video.[17]

Lagu
  • Dolla - vokal
  • John Jeeves - komposer, penulis lirik, penerbit, penggubah, jurutera adunan, gitar
  • Firdaus Rahmat - komposer, penulis lirik
  • Felix Voon - jurutera mastering
  • Kim Lim - penerbit eksekutif
  • Universal Music - penerbit eksekutif
  • Hermond Cheng - Ketua A&R dan Pemasaran
  • Ivan Koh - Ketua Digital & Komersial
  • Yoong Sin Weng - pasukan A&R
  • Syed Azleem - pasukan A&R
  • Gillian Kok - pasukan A&R
  • Anne Mukhtar - pasukan pemasaran & promosi
  • Popo - pasukan pemasaran & promosi
  • Pacak - pasukan pemasaran & promosi
  • Irfan Ramos - pasukan pemasaran & promosi
  • Azim - pasukan pemasaran & promosi
  • Gizmo - pasukan pemasaran & promosi
  • Diana - pasukan pemasaran & promosi
  • Kassie Ashburn - pasukan pemasaran & promosi
  • Izelea - pasukan pemasaran & promosi
  • Nadiah Ramli - pasukan pemasaran & promosi
  • Mizan - pasukan pemasaran & promosi
  • Bella - pasukan pemasaran & promosi
  • Amir - pasukan pemasaran & promosi
  • Robert - pasukan digital
  • Melody - pasukan digital
  • Aizuddin - pasukan digital
  • Szen Li - pasukan jenama perniagaan baharu
  • Shu Hann - pasukan pengurusan artis Celebrity360
  • Amy - pasukan pengurusan artis Celebrity360
Muzik video
  • Thaqif Saadon - pengarah, penyelaras rujukan persembahan
  • Hakeem Roshdi - pembantu pengarah, kompositor, watak animasi
  • Amirul Najihan - pembantu pengarah, kompositor, watak animasi, warna latar belakang
  • Imran Mansur - pengarah seni, jurulakar cerita, seni konsep, reka bentuk watak, warna latar belakang, kerangka kunci, artis in-between, draf bebayang, 2D FX
  • Zulfadli Wahab - penerbit
  • Sabrina Sofiadin - warna latar belakang, kemasan dan kesinambungan, pereka bentuk logo, warna, pembersihan bebayang
  • Syazwina Ali - kemasan dan kesinambungan, warna, pembersihan bebayang
  • Nabila Nazmi - kemasan dan kesinambungan, warna, pembersihan bebayang

Format dan senarai runut sunting

Muat turun digital[18]
  1. "Berani" – 3:17

Sejarah keluaran sunting

Negara Tarikh Format Syarikat rakaman
Malaysia 24 September 2021 Muat turun digital[18]
Penstriman digital[19]
Lion Music Group
Universal Music Malaysia

Rujukan sunting

  1. ^ Fiza Kamarudin (27 September 2021). "Lain Macam Single Terbaharu Ni... Dolla Memang Berani!". Astro Gempak. Dicapai pada 4 Oktober 2021.
  2. ^ a b c d Mohd Haikal Isa (2 Oktober 2021). "Nilai sensasi, berani Dolla". Kosmo!. Dicapai pada 4 Oktober 2021.
  3. ^ a b c Budiey (23 September 2021). "Dolla Lancar Single BERANI, Mahu Industri Animasi Malaysia Terus Berkembang Maju". Sensasi Selebriti. Dicapai pada 4 Oktober 2021.
  4. ^ "Catat Sejarah Tersendiri, Mini Album DOLLA Dalam Bentuk Cakera Padat Habis Terjual Dalam Tempoh 24 Jam". XTRA. 22 Februari 2022. Dicapai pada 4 Mac 2022.
  5. ^ Azrul Radi (20 September 2021). "Dolla angkat martabat wanita menerusi lagu Berani". Suara Merdeka. Dicapai pada 4 Oktober 2021.
  6. ^ Farhana Ab Rahman (3 Oktober 2021). "Dolla mahu lawan penindas?". W!. Dicapai pada 4 Oktober 2021.
  7. ^ "Dolla BERANI Keluar Dari Zon Selamat, Intai Peluang Luar". Remaja. 25 September 2021. Dicapai pada 4 Oktober 2021.
  8. ^ Norhayati Nordin (23 September 2021). "Dolla tak tuju lagu untuk 'haters'". Harian Metro. Dicapai pada 4 Oktober 2021.
  9. ^ Farhana Ab Rahman (24 September 2021). "Betul ke Dolla "Berani" sangat?". W!. Dicapai pada 4 Oktober 2021.
  10. ^ Padin (25 September 2021). ""Kami Tak Tuju Kepada Haters…" – Walau Pernah Dikecam, Dolla Tetap Sebar Aura Positif". XTRA. Dicapai pada 4 Oktober 2021.
  11. ^ Fariza Saidin (24 September 2021). "Perlu Berani! Dolla mahu wanita berani berubah hadapi cabaran! Tidak sekadar jual rupa!". Kita Reporters. Dicapai pada 4 Oktober 2021.
  12. ^ Amin Hazlan (29 September 2021). "Baca komen ramai tulis rasa nak menangis, rupa-rupanya lagu 'Berani' Dolla ada kisah menarik - "Dengar je dah boleh hilang stress"". mStar Online. Dicapai pada 4 Oktober 2021.
  13. ^ Nannie Isa (26 September 2021). "DOLLA BERANI TAMPIL DENGAN MUZIK ANIMASI AWESOME!". Kitepunye. Dicapai pada 4 Oktober 2021.
  14. ^ "Dolla Tampilkan Kelainan Menerusi Single Terbaharu Berani, Mahu Muncul Dengan Lebih Versatil". Kopiplanet. 20 September 2021. Dicapai pada 4 Oktober 2021.
  15. ^ Azizul Rahman Ismail (29 September 2021). "DOLLA's New Single Berani, Is Now Available In Spatial Audio" [Single Terbaharu DOLLA, Berani, Kini Didapati Di Spatial Audio] (dalam bahasa Inggeris). The Rakyat Post. Dicapai pada 4 Oktober 2021.
  16. ^ "#TECH: Dolla uses Spatial Audio tech for new single 'Berani' on Apple Music" [#TECH: Dolla menggunakan teknologi Spatial Audio untuk single terbaharu, 'Berani' di Apple Music] (dalam bahasa Inggeris). New Straits Times. 24 September 2021. Dicapai pada 4 Oktober 2021.
  17. ^ Berani (Catatan media). Dolla. Universal Music. 2021.CS1 maint: others (link)
  18. ^ a b "Berani - Single by Dolla on Apple Music". iTunes (MY). 24 September 2021. Dicapai pada 4 Oktober 2021.
  19. ^ "Berani, a song by Dolla". Spotify. 24 September 2021. Dicapai pada 4 Oktober 2021.