Filem Berdosa merupakan sebuah filem Melayu yang diterbitkan di Singapura yang ketika itu merupakan sebahagian dari Malaya pada tahun 1951.[1] Filem ini diterbitkan dalam bentuk filem hitam putih tanpa warna.

Berdosa
PengarahS. Ramanathan
PenulisLakon layar: S. Ramanathan
Dihasilkan olehRun Run Shaw
DibintangiS. Roomai Noor, Siput Sarawak, Yem, Daeng Idris
SinematografiAbu Bakar Ali
Disunting olehH. R. Narayana
Muzik olehOsman Ahmad
Diedarkan olehShaw Brothers Ltd.
Tarikh tayangan
(1951-02-05) 5 Februari 1951 (umur 73)
Masa tayangan
2 jam
NegaraMalaya (Malaysia & Singapura)
BahasaBahasa Melayu

Pengarah

sunting

Filem Berdosa diarahkan oleh pengarah S. Ramanathan[2] dan diterbitkan oleh Studio Malay Film Productions Ltd (MFP) dan dibantu oleh S. Roomai Noor dan A. R. Tompel.

Ringkasan

sunting

Templat:Spoiler

Mengisahkan Salmah (Siput Sarawak) yang berusaha untuk memikat Osman (Yem). Salmah berjumpa Osman untuk menghasut dengan mengatakan Rosnah (Neng Yatimah) isterinya telah berlaku curang terhadap suaminya. Salmah melakukan kerja jahatnya itu dengan dibantu oleh ibunya (lakonan Mak Dara). Salmah berniat untuk memusnahkan rumahtangga di antara Rosnah dengan Osman. Dia menuduh bahawa Rosnah mempunyai hubungan sulit dengan sahabat suaminya, Amir (Daeng Idris). Tindakannya berjaya membuatkan Osman untuk menceraikan isterinya. Manakala Rosnah dan Amir telah diusir dari rumah Osman. Rosnah memberitahu perkara tersebut kepada ayahnya, Mahmud (Ulong Jawa). Manakala Rosnah yang kini berbadan dua telah dipelihara oleh Ahmad (Daeng Harris) dan isterinya Siti (Siti Tanjung Perak).

Beberapa bulan kemudian, Rosnah selamat melahirkan seorang bayi perempuan yang bernama Meriam. Manakala Osman pula mengahwini Salmah. Osman mulai berasa curiga dengan tingkah laku Salmah yang kerap pulang lewat ke rumah terutamanya di waktu malam kerana dia bekerja sebagai penari di sebuah kelab malam. Mereka kerap bertengkar sebagai suami isteri mujurlah berjaya ditenteramkan oleh ibunya.

Lapan tahun kemudian, Meriam menjadi seorang kanak-kanak yang bijak dan kerap kali bertanya kepada ibunya tentang ayahnya. Pada suatu malam, Ahmad telah membawa Meriam pergi bermain di tapak hiburan (funfair). Tiba-tiba, Ahmad telah terjatuh sehingga membuatkan dia pengsan seketika. Sementara itu, gudang Osman telah terbakar dan Osman telah terdengar perbualan di antara ibu mertuanya dengan Salmah yang menjadi punca penceraiannya dengan Rosnah suatu masa dahulu. Osman telah mengusir ibunya dan Salmah. Di hari ulang tahun ke-9 kelahiran Meriam, Ahmad telah bekenalan dengan Hashim (A. R. Tompel) seorang saudagar syarikat pancaragam di kota Singapura. Hashim telah terpikat dengan nyanyian dan tarian dari Meriam. Hashim menawarkan pekerjaan kepada Meriam walaupun pada mulanya tidak dipersetujui oleh ibunya, Rosnah. Setelah dipujuk rayu, Rosnah akhirnya mengizinkannya. Rosnah dan Meriam berpindah dan akan memulakan kehidupannya di kota Singapura.

Dek kerana hidup keseorangan dan kesunyian, Osman mengambil keputusan untuk mencari Rosnah dan anaknya namun masih tidak berjumpa. Beberapa tahun kemudian, Meriam sudah dewasa (Rokiah Jaafar). Meriam sudah mempunyai teman lelaki yang bernama Rosli (S. Roomai Noor). Osman pula menjadi tidak waras dan dia sudah jatuh miskin. Setiap hari dia mencari Rosnah, hidupnya kini menjadi pengemis jalanan. Dia kerap mencari Rosnah di panggung-panggung sandiwara. Suatu hari, Osman berjumpa dengan Hashim untuk meminta pekerjaan tetapi tiada jawatan kosong di panggung ketika itu. Ketika panggung ingin ditutup, Osman yang masih berada diperkarangan panggung tersebut telah ternampak Rosnah dan Meriam menaiki sebuah kereta. Mujurlah ada orang mengenalinya dan sudi membantu Osman memberitahu dimana kediaman Rosnah dan Merianlm. Osman bergegas menuju ke alamat tersebut dan akhirnya dia dapat berjumpa dengan Rosnah dan Meriam. Meriam dapat menerima ayahnya walaupun sekian lama tidak pernah bersua.

Sementara itu, Rosli adalah anak kepada Amir menyatakan hasrat untuk berkahwin dengan Meriam namun niatnya telah dibantah oleh ayahnya yang tidak mengizinkan untuk anaknya berkahwin dengan perempuan kaberet. Meriam sungguh kecewa dengan perkhabaran tersebut. Osman akan membantu anaknya agar berkahwin juga dengan Rosli. Keesokkan harinya, Osman bertiga bertandang ke rumah Rosli untuk berbincang dengan keluarganya. Mujurlah Osman dan Amir berjumpa semula setelah sekian lama terpisah. Amir juga sudi memaafkan kesalahan Osman suatu masa dahulu. Amir akhirnya merestui perhubungan di antara Rosli dan Meriam. Templat:Endspoiler

Pelakon

sunting

Rujukan

sunting

Pautan luar

sunting