Berembang

spesies tumbuhan

Pokok Berembang adalah sejenis tumbuhan yang terdapat di hutan Malaysia. Pokok ini juga dipercayai terdapat di negara-negara Asia Tenggara yang lain. Nama saintifiknya Sonneratia caseolaris (L.) Engl. [1]

Pokok Berembang
ڤوکوق برمبڠ
Pengelasan saintifik
Alam:
Divisi:
Kelas:
Order:
Keluarga:
Genus:
Spesies:
S. caseolaris
Nama binomial
Sonneratia caseolaris
Sinonim

Sonneratia acida L.

Rhizophora caseolaris L.
Pokok bakau Berembang.

Berembang, pedada, gedabu, atau perepat ialah sejenis tumbuhan yang tumbuh di kawasan beriklim tropika berasal dari Asia Tenggara sehingga China Selatan dan benua Australia utara serta kepulauan Pasifik. Tumbuhan ini menghasilkan buah yang di makan sebagai sayuran walau pun kurang popular. Buah muda berembang sangat masam dan digunakan sebagai bahan perasa. Berembang juga di panggil sebagai pagapate (Papua New Guinea); pagatpat (Filipina); tapoo, tamoo (Myanmar); lamphu (Thailand); dan baanchua (Vietnam).

Tumbuhan ini banyak tumbuh di Malaysia terutama dikawasan berhampiran sungai dan dekat dengan laut. Pokok berembang mempunyai keistimewaan tersendiri kerana kini dijadikan produk pelancongan yang "ajaib" di Malaysia iaitu terdapat banyak kunang-kunang datang pada malam hari untuk menghisap manisan bunga pokok berembang.

Pucuk muda berembang dimakan mentah atau dicelur dan boleh dicecah bersama sambal belacan, budu, cencaluk atau pencecah yang lain. Buah mudanya pula boleh dibuat sambal dan dimakan bersama nasi. Buah mudanya berasa lemak-lemak masam, ada juga yang mengatakan ia rasa seperti keju.

Ciri botani sunting

Pokok berembang adalah tumbuhan saka yang mempunyai batang , bercabang serta tumbuh menegak sehingga mencapai ketinggian 5-25 meter. Batang pokok berwarna coklat kelabu dengan dahan yang bercabang empat (quadrangular). Daun berembang bersilang berwarna hijau dan berukuran 4-13 cm panjang x 2-7 cm lebar. Bunga berembang sangat cantik dengan warna stamen kemerahan berangkai 2-3 kuntum satu tangkai. Buah berembang berbentuk ceri bulat berwarna hijau dengan diameter ialah 5-7 cm dan 3-4 cm panjang. Kulitnya seakan berminyak berkilat apabila matang dan mengandungi biji yang sangat banyak dimana setiap biji berukuran 7 mm panjang (sangat halus).

Pemerhatian mendapati pokok berembang berbunga sepanjang tahun iaitu stamen dan kelopak bunga akan jatuh selepas 12 jam (biasanya selepas pendebungaan). Agen pendebungaan adalan terdiri dari kupukupu malam dan kelawar yang menghisap manisan (nectar) pada bunga malam hari.

 
Buah berembang yang telah dipotong.

Habitat sunting

Pokok berembang tumbuh di kawasan paya bakau yang bercambah secara epigeal. Kajian mendapati biji benih berembang agak sukar untuk bercambah terutama jika di bawah naungan. Daun anak benih berbentuk lanseolate tirus dan berukuran 12 cm x 2 cm tetapi daun berembang matang akan berbentuk epiliptik. Serangga kunang-kunang sangat menggemari pokok berembang pada musim-musim tertentu dengan banyak dan dijadikan produk pelancongan istimewa di Thailand, Vietnam, Malaysia dan Indonesia.

Khasiat sunting

Kajian makmal mendapati buah berembang yang masak mengandungi 80 g air, protin (2.3 g), lemak (1 g), karbohiderat (9.4 g), serat (5.7 g), Abu (1.6 g), Posforan (50 mg), Kalsium (40 g) dan tenaga 235 kiloJoule bagi setiap 100 g buah. Buah Berembang mempunyai rasa seperti 'cheese' sama ada dimakan mentah atau di masak. Ada kandungan Pectin yang tinggi dalam buah berembang yang boleh di eksploit. Terdapat orang tempatan yang makan daun berembang tetapi agak jarang. Buah berembang digunakan sebagai ubat untuk mengurangkan batuk. Daunnya pula yang ditumbuk halsu dicampur dengan garam sangat berkesan untuk ditampal dikawasan luka-luka dan menghantikan darah. Batang pokok berembang agak lembut dan sering digunakan untuk kayu api sahaja. Akar Udara berembang boleh dikutip dan dikeringkan untuk dijadikan gabus (Cork) yang mengandungi 10% bahan tanin bagi mengilatkan barangan kulit.

Lain-lain sunting

Pokok berembang mungkin terlalu biasa pada pandangan masyarakat Malaysia. Kini terdapat nama-nama kampung yang mana terdapat pokok berembang lalu mereka namakan "Kampung Berembang" dan "Kampong Perepat". Tumbuhan ini perlu dipelihara dari kepupusan kerana ia membekalkan persekitaran seimbang dalam ekosistem kita. Sering berlaku konflik untuk menebang kawasan rizab sungai atau laut bagi projek perumahan, kolam udang dan lain-lain projek yang memusnahkan keajaiban ciptaan Tuhan ini.

Rujukan sunting

Lihat juga sunting

Pautan luar sunting