Beri menang (Jawi: بري منڠ; W. O.)[1] ialah istilah yang merujuk kepada kemenangan oleh seorang peserta atau calon kerana tiada peserta lain,[2][3] peserta lain telah hilang kelayakan atau telah dibatalkan atau menarik diri dalam sesuatu pertandingan atau pilihan raya. Ia telah digunakan luas dalam bidang sukan, pilihan raya di sesebuah negara atau konteks yang lain di mana kemenangan dapat dicapai secara lalai.[4] Istilah ini juga dikenali sebagai menang tanpa bertanding atau dalam bahasa Inggerisnya ialah walkover; istilah ini telah digabungkan menjadi satu perkataan pada tahun 1829.[4]

Rujukan sunting

  1. ^ "walkover: Istilah MABBIM". Pusat Rujukan Persuratan Melayu. Dewan Bahasa dan Pustaka. Dicapai pada 2021-08-17.
  2. ^ "PAP team points out error in RP form, averting possible walkover in West Coast GRC". The Straits Times (dalam bahasa Inggeris). 1 September 2015. Dicapai pada 29 Mac 2017.
  3. ^ Saifuddin Abdullah (2013). Memacu Transformasi. Alaf 21. m/s. 62. ISBN 9789831248980. Dicapai pada 2021-08-17.
  4. ^ a b Oxford English Dictionary, edisi ke-2: walkover.

Pautan luar sunting