Nasi beriani gam

(Dilencongkan dari Beriani Gam)

Nasi Beriani Gam atau masakan nasi beriani Melayu merupakan satu variasi daripada nasi beriani yang merupakan masakan berasaskan nasi yang dicampur rempah, beras (biasanya basmati) dan ayam, daging kambing, ikan, telor atau sayur-sayuran. Nama beriani di ambil dari bahasa Parsi dari perkataan beryā(n), yang bererti goreng atau panggang".[1] Ejaan lain termasuk biriani, biriyani, buriyani, beryani atau biryani.

Nasi beriani dum.

Beriani dipercayai dicipta di dapur Maharaja Mungal Muslim. Ia amat popular di Asia Tenggara, Kolkata, Hyderabad, Malabar, Delhi, Agra, Dhaka, Kashmir, Karachi, Lucknow dan Lahore, yang merupakan pusat masakan beriani. Dari situ, ia dipercayai dibawa ke Semenanjung Tanah Melayu oleh pedagang-pedagang dari Selatan India. Nasi beriani dimasak menggunakan beras panjang bersama rempah ratus yang digoreng sebelum ditanak berasnya.

Nasi Beriani Gam, juga dinamakan Nasi Beriani Dam atau Dum, di masak dengan memasukkan ketulan daging yang telah diperap semalaman di dalam periuk bersama 'lapisan' beras. Hasilnya, nasi beriani gam berasa herba rempah, dan berpati lemak dan 'manis' daging. Mungkin disebabkan oleh kemasukkan resipi ini melalui Kesultanan Melayu Johor-Linggi, rakyat Melayu Negeri Johor memperbaharui resipi ke selera Melayu maka terciptalah Beriani Gam Johor.[perlu rujukan]

Pada masa sekarang, Nasi Beriani atau Nasi Beriani Gam mendapat tempat di Malaysia sebagai makanan istimewa untuk keluarga ataupun untuk keraian seperti majlis perkahwinan atau majlis rasmi syarikat.

Rujukan sunting

  1. ^ American Heritage Dictionary of the English Language, Oxford English Dictionary