Berita Publishing Sdn. Bhd. ialah sebuah syarikat penerbitan buku dan majalah Malaysia. Ditubuhkan pada 1973, ia dahulunya merupakan anak syarikat New Straits Times Press (NSTP) sebelum diambil alih oleh Alaf Positif yang dimiliki oleh bekas ketua pengarang NSTP, Abdul Kadir Jasin dan merupakan antara syarikat penerbitan buku yang tertua di Malaysia.[1][2]

Syarikat ini telah menerbitkan sejumlah majalah dan bahan bacaan lain termasuk I-Remaja, Anjung Seri, Jelita, Madam Chair dan Malaysian Business. Berita Publishing juga menerbitkan sejumlah siri komik karya Lat termasuk Kampung Boy dan Mat Som.[2] Selain daripada penerbitan majalah, Berita Publishing turut terlibat dalam penerbitan kontrak (buku dan terbitan berkala sama ada dalam bentuk bercetak atau elektronik), penganjuran latihan kemahiran dan pengurusan acara.

Pada Julai 2015, Berita Publishing mengumumkan bahawa ia akan menghentikan perniagaan penerbitan majalah berikutan aliran menurun perniagaan am dan perlaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) ke atas majalah.[3] Setahun kemudian, iaitu pada tahun 2016, syarikat ini menamatkan operasinya.[4]

Rujukan sunting

  1. ^ "Berita Publishing changes hands" (dalam bahasa Inggeris). New Straits Times. 5 Julai 2000. Dicapai pada 12 Julai 2020.
  2. ^ a b Norfatimah Ahmad (1 Julai 2015). "Jelita, Anjung Seri, Malaysian Business Gulung Tikar". mStar Online. Dicapai pada 19 Januari 2021.
  3. ^ G. Sharmila (1 Julai 2015). "Berita Publishing opts out of magazine publishing" (dalam bahasa Inggeris). Malaysiakini. Dicapai pada 19 Januari 2021.
  4. ^ "Majalah Malaysian Business muncul kembali". Astro Awani. 25 Januari 2017. Dicapai pada 10 Ogos 2017.

Pautan luar sunting