Berita palsu
Berita palsu merupakan sejenis kewartawanan kuning atau propaganda yang terdiri daripada penyebaran maklumat salah atau olok-olok secara sengaja melalui media akhbar tradisional, media penyiaran mahupun media sosial dalam talian. Berita palsu disiarkan dengan niat untuk mengaburi mata ramai untuk mengaibkan pihak tertentu demi kepentingan kewangan atau politik sendiri,[1][2][3] selalunya menggunakan tajuk berita yang sensasi, tidak jujur atau direka semata-mata untuk menggalakkan pembacaan, perkongsian dalam talian, dan pendapatan klik Internet yang mana ia adalah serupa dengan tajuk berita "clickbait" dan bergantung pada pendapatan iklan yang dijana daripada kegiatan ini tanpa mengira kebenaran cerita yang disiarkan. Berita palsu yang sengaja mengaburi mata dan menipu adalah berbea daripada satira atau parodi terang-terangan yang cuma bertujuan untuk mencuit hati penonton.
Berita palsu makin relevan dalam politik pasca kebenaran. Dengan perluasan teknologi, makin perlunya tontonan dan. Bagi penggiat media, kebolehan menarik penonton kepada laman web mereka adalah perlu untuk memuaskan pengiklan. Jika menerbitkan cerita dengan kandungan palsu akan menyebabkan kapsyen besar dan menarik pembaca, maka berbaloilah berbuat demikian demi manfaat pengiklan dan rating. Akses mudah kepada pendapatan iklan atas talian, meningkatnya polarisasi politik dan populariti media sosial terutamanya Facebook News Feed, semuanya terbabit dalam penyebaran berita palsu[4] yang timbul untuk menyaingi berita sah. Ahli politik turut terbabit dalam menjana dan menyebarkan berita palsu, khususnya sewaktu pilihan raya.[5]
Berita palsu juga menjejaskan liputan media benar dan menyukarkan wartawan untuk meliputi bahan berita utama.[6] Analisis oleh Buzzfeed mendapati bahawa 20 bahan berita palsu tentang pilihan raya presiden AS 2016 menerima lebih sambutan di Facebook daripada 20 bahan berita teratas mengenai tema yang sama daripada 19 buah penggiat media utama.[7] Laman berita palsu yang tidak dikenali penggiatnya juga terbabit dalam menyukarkan pendakwaan terhadap mereka atas berita palsu dan fitnah.[8]
Mengenal pasti
suntingInternational Federation of Library Associations and Institutions (IFLA) menyiarkan sebuah ringkasan dalam bentuk gambarajah (di sebelah kanan) untuk membantu orang ramai mengenal pasti berita palsu.[9] Poin-poin ini telah ditentusahkan oleh pakar-pakar dalam sains koginitif pemprosesan maklumat.[10] Poin-poin utamanya:
- Pertimbangkan sumber (untuk memahami misi dan tujuannya)
- Baca melewati tajuk berita (untuk memahami seluruh cerita)
- Periksa penulisnya (untuk menentukan kesahan dan kebolehpercayaan)
- Nilai sumber-sumber menyokong (untuk memastikan dakwaan disokong)
- Lihat tarikh siaran (sama ada cerita itu relevan dan terbaharu)
- Tanya sama ada itu gurauan (sama ada ia ditujukan sebagai satira)
- Cermin pendirian diri (sama ada ia mempengaruhi pertimbangan anda)
- Tanya pakar-pakar (untuk pengesahan daripada sumber pengetahuan berkecuali).
Rujukan
sunting- ^ Hunt, Elle (December 17, 2016). "What is fake news? How to spot it and what you can do to stop it". The Guardian. Dicapai pada January 15, 2017.
- ^ Schlesinger, Robert (April 14, 2017). "Fake News in Reality". U.S. News & World Report.
- ^ "The Real Story of 'Fake News': The term seems to have emerged around the end of the 19th century". Merriam-Webster. Retrieved October 13, 2017.
- ^ Woolf, Nicky (November 11, 2016). "How to solve Facebook's fake news problem: experts pitch their ideas". The Guardian. Dicapai pada January 15, 2017.
- ^ "Fake news busters". POLITICO (dalam bahasa Inggeris). 2017-09-14. Dicapai pada 2017-09-15.
- ^ Carlos Merlo (2017), "Millonario negocio FAKE NEWS", Univision Noticias
- ^ Chang, Juju; Lefferman, Jake; Pedersen, Claire; Martz, Geoff (November 29, 2016). "When Fake News Stories Make Real News Headlines". Nightline. ABC News.
- ^ Callan, Paul. "Sue over fake news? Not so fast". CNN. Dicapai pada January 15, 2017.
- ^ "How to Spot Fake News". IFLA blogs. January 27, 2017. Dicapai pada February 16, 2017.
- ^ Sander van der Linden (November 14, 2017). "How to Spot Fake News". Psychology Today. Dicapai pada November 16, 2017.