Berjaya Times Square

Koordinat: 3°08′32″N 101°42′38″E / 3.142182°N 101.710605°E / 3.142182; 101.710605

Berjaya Times Square KL ialah bangunan yang mengandungi pusat beli-belah yang besar dan dua buah hotel bertaraf lima bintang, yang terletak di Kuala Lumpur, Malaysia. BTS dibuka pada Oktober 2003.[1]

Berjaya Times Square
Kuala Lumpur Malaysia Berjaya-Times-Square-01.jpg
Berjaya Times Square dipandang dari Jalan Imbi
LokasiImbi, Kuala Lumpur, Malaysia
Tarikh pembukaanOktober 2003
PemajuBerjaya Group
PengurusanBerjaya Group
PemilikBerjaya Group
Bil. gedung dan perkhidmatan1,000+
Bil. penyewa utama3, Hero Market, 7-Eleven dan Berjaya Times Square Theme Park
Keluasan lantai peruncitan700,000 m²
Bil. tingkat13

BTS digelar sebagai sebuah ‘bangunan yang dibina dalam satu fasa yang terbesar di dunia’, yang merangkumi keluasan lantai keseluruhan sebanyak 700,000 m². BTS bakal menjadi mercu tanda utama yang giat dengan membeli-belah, penginapan mewah, perniagaan, makanan dan hiburan.[2][3]

Sekarang, BTS mengandungi lebih daripada 1000 kedai runcit khusus, 1200 bilik servis mewah, serta 65 kedai makan untuk memenuhi citarasa semua, termasuk sekali taman tema dalaman terbesar di Asia, Berjaya Times Square Theme Park. Kedai-kedai masyhur yang lain termasuk Hero Market, 7-Eleven dan lain-lain lagi.

Stesen Monorail Imbi dihubungkan dengan bangunan BTS melalui jejantas.[4][5]

Lihat jugaSunting

RujukanSunting

  1. ^ "Berjaya Times Square Hotel & Convention Center". Asia Travel. 12 October 2003. Dicapai pada 2 March 2012.
  2. ^ "VINCI Construction Grands: Berjaya Times Square". VINCI Construction. Dicapai pada 7 November 2015.
  3. ^ "Berjaya Times Square". Asia Rooms. 30 October 2010. Dicapai pada 2 March 2012.
  4. ^ "Alternative to reading". The Star. 18 Disember 2005. Diarkib daripada yang asal pada 25 April 2006. Dicapai pada 2 March 2012. Parameter |deadurl= yang tidak diketahui diendahkan (bantuan)
  5. ^ "Berjaya Times Square – World's Largest Shopping Mall Building". Burj. 6 September 2010. Dicapai pada 2 March 2012.

Pautan luarSunting