Berkatlah Yang DiPertuan Besar Negeri Sembilan

Berkatlah Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan adalah lagu kebesaran Negeri Sembilan. Lagunya telah digubah oleh Andrew Caldecott (1884-1951) dan diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Negeri Sembilan pada masa itu, Tuanku Muhammad ibni Tuanku Antah pada tahun 1911.

Berkatlah Yang DiPertuan Besar Negeri Sembilan
Jata Negeri Sembilan.

Lagu Kebangsaan Negeri Negeri Sembilan Negeri Sembilan
LirikTunku Zakaria Mambang
MuzikAndrew Caldecott
Diguna pakai1911
Sampel audio
Berkatlah Yang DiPertuan Besar Negeri Sembilan (instrumental)

Lagu negeri ini mendapat gubahan semula yang lebih diperbaharui oleh Tunku Zain Al-‘Abidin iaitu putera kedua Yamtuan Besar Tuanku Muhriz.[1] dengan kerjasama Orkestra Filharmonik Malaysia serta kumpulan koir dari beberapa sekolah serata negeri tersebut.[1] Gubahan baru ini diperkenalkan sewaktu pertabalan baginda Tuanku Muhriz serta permaisuri baginda Tuanku Aishah Rohani pada awal 2009, dan kemudiannya dirasmikan pada 27 Oktober 2010.[2]

Bahagian Lirik "Musuhnya habis binasa" daripada lagu itu berfungsi sebagai moto untuk pasukan bola sepak negeri, Negeri Sembilan FA.

Lirik sunting

Versi Terkini sunting

Berkatlah Yang DiPertuan Besar Negeri Sembilan [3]
Bahasa Melayu [4][5] Tulisan Jawi

Berkatlah Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, [4][5]

Kurniai sihat dan makmur, [4][5]

Kasihi rakyat, lanjutkan umur! [4][5]

Akan berkati sekalian yang setia, [4][5]

Musuhnya habis binasa! [4][5]

Berkatlah Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan. [4][5]

برکتله يڠ دڤرتوان بسر نݢري سمبيلن
کونيا صيحت دان معمور
کاسيهي رعيت لنجوتکن عمور
اکن برکاتي سکالين يڠ ستيا
موسوهڽ هابيس بيناس
برکتله يڠ دڤرتوان بسر نݢري سمبيلن

Lihat juga sunting

Nota sunting


Rujukan sunting

  1. ^ a b Chitra S. Nathan (30 October 2010). "Prince fine-tunes Negri Sembilan anthem". The Star. Diarkibkan daripada yang asal pada 22 Jun 2011. Unknown parameter |dead-url= ignored (bantuan)
  2. ^ "Lagu kebesaran negeri digubah semula". Utusan Online. Utusan Melayu (M) Berhad. 28 Oktober 2010. Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-06-25. Dicapai pada 25 Jun 2016.
  3. ^ Pascal Yes. "Malaysian National, States, Region, and Federal Territory Official Anthems" (PDF). pascal-yes.com.my. Dicapai pada 16 Januari 2023.(dalam bahasa Bahasa Melayu)
  4. ^ a b c d e f g Lyrics Translate. "Lirik Lagu Rasmi Negeri Sembilan - Berkatlah Yang DiPertuan Besar Negeri Sembilan". lyricstranslate.com. Dicapai pada 16 Januari 2023.(dalam bahasa Bahasa Melayu)
  5. ^ a b c d e f g Oh Lirik. "Lagu Negeri Sembilan - Berkatlah Yang DiPertuan Besar Negeri Sembilan". ohlirik.com. Dicapai pada 16 Januari 2023.(dalam bahasa Bahasa Melayu)

Pautan luar sunting