Berlari anak merupakan satu bentuk larian secara perlahan-lahan. Ia merupakan satu senaman yang baik. Berlari anak mudah dilakukan dan sekiranya dilakukan dengan nasihat doktor adalah selamat. Jaraknya bergantung kepada daya tahan seseorang. Pada kebiasaannya, berlari anak dilakukan pada waktu pagi atau petang ketika matahari tidak terik. Tempat yang sesuai untuk berlari anak adalah di taman bunga atau di kawasan di mana asap kenderaan tidak banyak terdapat.

Berlari anak mampu membakar lemak dan mengeluarkan peluh dari badan. Ia juga akan meningkatkan pembinaan otot dan meningkatkan pengaliran darah yang membantu merangsang pengaliran oksigen, dengan itu menambah kecergasan otak. Sebagaimana senaman lain, berlari anak perlu dilakukan dalam tempoh setiap 72 jam bagi memastikan tubuh dan otot mendapat ransangan yang berterusan. Ini akan memberi manafaat bagi meningkatkan daya tahan seseorang.