Berlin (Money Heist)

Berlin (Andrés de Fonollosa) ialah watak fiksyen dalam siri Netflix Money Heist, dilakonkan oleh Pedro Alonso. [1] Seorang pencuri permata yang sakit,abang kepada Professor

Berlin
Watak Money Heist
Fail:Berlin La casa de papel.jpg
Kemunculan pertama "Do as Planned" (2017)
Kemunculan terakhir "The Paris Plan" (2020)
Dicipta oleh Álex Pina
Dilakonkan oleh Pedro Alonso
Informasi
GelaranBerlin
PekerjaanKetua Rompakan
KeluargaProfessor (adik)
PasanganTatiana
KewarganegaraanSpanish

Personaliti sunting

Berlin dipercayai bersifat narsis, dan dianggap sebagai psikopat oleh rakan kru, tetapi dia terbukti elegan, profesional dan menawan. Dia tenang, sabar dan fasih dan bermain permainan minda dengan beberapa tebusan. Dikatakan bahawa dia mempunyai keperluan patologi untuk membuat kesan yang baik.

Dia mempunyai rasa humor yang sarkastik, sering mengejek rakan kru dan tebusannya. Walaupun begitu, dia sangat menghormati rakan-rakan kru dan akan melakukan apa sahaja untuk menyelamatkan mereka, seperti yang ditunjukkan dalam bahagian akhir Bahagian 2. Oleh kerana penyakitnya, dia mengalami kemurungan dari semasa ke semasa dan bahkan bunuh diri pada akhirnya.

Biografi Watak sunting

Berlin ialah seorang ketua rompakan di dalam rompakan pertama di dalam siri itu di dalam musim 1 & 2 iaitu Royal Mint of Spain,dan abang kepada ketua rompakan itu iaitu Professor. Polis mengetahui bahawa nama sebenar Berlin adalah Andrés de Fonollosa dan mempunyai penyakit yang dipanggil Helmer’s Myopathy. Sementara itu, dia memulakan hubungan paksaan dengan tembusannya yang bernama Ariadna. Pada minit akhir bahagian 2, Berlin mengorbankan dirinya supaya geng itu dapat melarikan diri, mati di bawah tembakan polis. Walaupun telah meninggal,dia muncul dalam peran utama di bagian 3 melalui kilas balik hingga beberapa tahun sebelumnya, menunjukkan rancangan asalnya untuk merompak Bank of Spain dan menikah dengan seorang wanita bernama Tatiana.

Penerimaan Watak sunting

Walaupun keperibadiannya yang dipersoalkan,Berlin dikenali sebagai watak kegemaran penonton siri TV itu. Disebabkan wataknya yang digemari oleh penonton,Netflix telah mengumumkan bahawa wataknya akan muncul kembali di dalam musim ke-3. [2]

Rujukan sunting

  1. ^ "PERSONAJES 'LA CASA DE PAPEL' - LOS ATRACADORES - Pedro Alonso es Berlin" (dalam bahasa Sepanyol). antena3.com. Dicapai pada 15 April 2020.
  2. ^ "'La Casa de Papel' Part 3 Goes into Production: Watch Video". variety.com. 25 October 2018. Dicapai pada 20 August 2019.