Bernardino de Sahagún

Bernardino de Sahagún (Sebutan Sepanyol: [beɾnaɾˈðino ðe saaˈɣun]; s. 1499 – 5 Februari 1590) merupakan seorang rahib dan paderi mazhab Fransiskus yang menjelajah ke Dunia Baru (kini Mexico) pada 1529 dengan rombongan penakluk Sepanyol untuk menyebarkan ajaran Kristian kepada penduduk peribumi sana.

Bernardino de Sahagún
Bernardino de Sahagún.jpg
Kelahiran
Bernardino de Ribeira

c. 1499
Meninggal dunia5 Februari 1590(1590-02-05) (umur 90–91)
Pekerjaanmubaligh
Tandatangan
Unterschrift Bernardino de Sahagun.JPG

Dalam usaha ini, beliau membuat kajian yang mendalam mengenai adat-adat dan budaya setempat mereka selain mempelajari bahasa dituturkan selama lebih 50 tahun; kesemua pengetahuan yang dikumpulkan dibukukan dalam suatu kodeks bertajuk Historia general de las Cosas de Nueva España ("Sejarah Umum Benda-benda Sepanyol Baru"). Penulisan akhir terkarang ini mencatatkan sudut pandang orang Aztek secara mendalam dan menyeluruh[1] sehinggakan ada yang menggelarkan Bernadino sebagai “ahli antropologi terulung."[2][3]

PenulisanSunting

Pendekatan kajian budaya dilakukan Bernadino amat dipengaruhi aliran diikutinya yang ditubuhkan Francesco d'Assisi, ajaran Francesco amat menumpukan kepada belas kasihan dan rasa kemanusiaan terhadap orang yang kurang dipedulikan lalu mendorong pemahaman hidup masyarakat setempat tanpa sebarang prasangka.[4]

Senarai karya terpilihSunting

  • Evangelario en lengua Mexicana
  • Sermonario de dominicas y de santos en lengua mexicana
  • Postillas sobre las Epístolas y Evangelios de los Domingos de todo el año
  • Tratado de la Retórica y Teología de la gente mexicana

RujukanSunting

  1. ^ H. B. Nicholson, "Fray Bernardino De Sahagún: A Spanish Missionary in New Spain, 1529-1590," in Representing Aztec Ritual: Performance, Text, and Image in the Work of Sahagún, ed. Eloise Quiñones Keber (Boulder: University of Colorado Press, 2002).
  2. ^ Arthur J.O. Anderson, "Sahagún: Career and Character" in Bernardino de Sahagún, Florentine Codex: The General History of the Things of New Spain, Introductions and Indices, Arthur J.O. Anderson and Charles Dibble, translators. Salt Lake City: University of Utah Press 1982, p. 40.
  3. ^ M. León-Portilla, Bernardino de Sahagún: The First Anthropologist (University of Oklahoma Press, Norman, 2002), pp.
  4. ^ Mary Beth Ingham, CSJ, Scotus for Dunces: An Introduction to the Subtle Doctor (St. Bonaventure, NY: Franciscan Institute Publications, 2003).

Bacaan lanjutSunting

  • León-Portilla, Miguel, Bernardino de Sahagún: First Anthropologist, trans. Mauricio J. Mixco. Norman: University of Oklahoma Press 2002.
  • Nicholson, H.B., "Fray Bernardino De Sahagún: A Spanish Missionary in New Spain, 1529-1590," in Representing Aztec Ritual: Performance, Text, and Image in the Work of Sahagún, ed. Eloise Quiñones Keber. Boulder: University of Colorado Press, 2002.
  • Schwaller, John Frederick, ed. Sahagún at 500: Essays on the Quincentenary of the Birth of Fr. Bernardino de Sahagún, OFM. Berkeley: Academy of American Franciscan History, 2003.