Berthold Wells Key

Mejar Jeneral Berthold Wells 'Billy' Key, CB, DSO, MC, (1895 - 1986) adalah seorang pegawai Tentera British India. dia berkhidmat di Malaya semasa serangan Jepun pimpinan Tomoyuki Yamashita dalam tahun 1941.

Berthold Wells Key (kiri sekali0 bersama-sama lain-lain pegawi kanan

Sejarah sunting

Billy Key dilahirkan pada 19 Disember 1895 dan adalah anak kepada Dr J.M. Key. Billy Key disekolahkan di Dulwich College di London. Dia menerima tauliah sebagai pegawai dalam senarai pegawai tak berpasukan pada 1 Oktober 1914. Dalam bulan Disember 1914, Billy Key menyertai Tentera British India

Dalam tahun 1917, Billy Key berkahwin dengan Aileen Leslie, anak perempuan Kolonel E.L. Dunsterville, Askar Jurutera Diraja dan dikurniakan seorang anak lelaki dan dua orang anak perempuan. Anak lelaki Billy Key terbunuh semasa perkhidmatan tentera di Itali semasa Perang Dunia II

Perang Dunia I sunting

Semasa Perang Dunia I Billy Key berkhidmat dengan rejimen ke-45 Sikh Rattray dan berjaya mencapai pangkat sebagai Kapten dalm tahun 1918. Billy key mendapat cedera di Mesopotamia dalam tahun 1918 dan diberikan anugerah pingat Military Cross.

Tahun-tahun Antara Perang sunting

Selepas Perang Dunia I, Billy Key berkhidmat di Afghanistan. Selepas itu dia berkhidmat di Perbatasan Barat Laut (North Western Frontier) dengan Batalion 3/11 Rejimen Sikh. Dalam tahun 1935, Billy Key dinaikkan pangkat menjadi Leftenan Kolonel dan menjadi pegawai pemerintah Batalion 2/11 Rejimen Sikh mulai tahun 1936. Billy Key diberikan anugerah pingat DSO semasa berkhidmat di Waziristan dalam tahun 1937.

Perang Dunia II sunting

Untuk tempoh dari than 1940 sehingga 13 Januari 1942, Billy Key menjadi Panglima Briged ke-8 Infantri India di Malaya sebagai sebahagian daripada pasukan-pasukan di bawah perintah Divisyen ke-11 India, salah satu daripada unit yang diperuntukkan kepada Markas Gerakan Tanah Melayu.

Apabila Tentera Jepun menyerang, 8 Briged India ditugaskan untuk menyekat kemaraan askar-askar Jepun menuju Singapura. Apabila Jeneral Percival memecat Mej. Jen. David Murray-Lyon kerana kegagalan menyekat kemaraan Tentera Jepun, Brigadier Jeneral Archibald Paris memangku jawatan Panglima 11 Divisyen tetapi digantikan oleh Billy Key beberapa hari kemudian. 11 Divisyen menunjukkan prestasi yang lebih baik di bahawa pemerintahan Billy Key, tetapi ini tidak memberikan banyak kesan kerana keadaan pertahanan di tanah Melayu sudah tidak dapat diperbaiki lagi. Apabila Jeneral Percival menyerah kalah pada 15 Februari 1942, Billy Key menjadi tawanan perang dan dibawa ke Manchuria sehinggalah ke akhir peperangan.

Pasca Perang sunting

Selepas Perang Dunia II, Billy Key menjadi adikung kepada Raja George VI, dan selepas itu diberikan pemerintahan daerah di India. Dia bersara daripada perkhidmatan tentera dalam tahun 1949. Mej. Jen. Billy Key meninggal dunia di Sandwich, Kent pada 26 September 1986.

Pautan Luar sunting