Hans-Hubert "Berti" Vogts (Sebutan bahasa Jerman: [ˈbɛɐ̯tiː ˈfoːkts]; lahir 30 Disember 1946) merupakan bekas pemain bola sepak Jerman yang bermain di posisi pertahanan. Sepanjang kariernya, beliau hanya bermain untuk kelab Borussia Mönchengladbach dan turut meraih trofi Piala Dunia pada 1974 bersama Jerman Barat. Beliau seterusnya mengendali Jerman (merangkul UEFA Euro 1996), Scotland, Nigeria dan Azerbaijan.

Berti Vogts
Maklumat peribadi
Nama penuh Hans-Hubert Vogts
Tarikh lahir (1946-12-30) 30 Disember 1946 (umur 77)
Tempat lahir Büttgen, Jerman
Ketinggian 1.68 m (5 ka ​6 18 in)
Posisi permainan Pertahanan
Kerjaya remaja
1954–1965 VfR Büttgen
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
1965–1979 Borussia Mönchengladbach 419 (32)
Jumlah 419 (32)
Pasukan kebangsaan
1967–1978 Jerman Barat 96 (1)
Pasukan diurus
1979–1990 Jerman Barat B21
1986–1990 Jerman (pembantu)
1990–1998 Jerman
2000–2001 Bayer Leverkusen
2001–2002 Kuwait
2002–2004 Scotland
2007–2008 Nigeria
2008–2014 Azerbaijan
2015–2016 Amerika Syarikat (penasihat teknikal)
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik

Kerjaya kelab sunting

Vogts sertai kelab bola sepak tempatan, VfR Büttgen pada tahun 1954 ketika usia tujuh tahun sehinggalah tahun 1965 apabila beliau berpindah ke Borussia Mönchengladbach. Beliau bermain sebagai bek kanan. Disebabkan kegigihannya, beliau digelar "Der Terrier".[1]

Beliau salah satu tonggak utama ketika zaman kegemilangan Borussia pada era 1970an. Beliau merangkul kejuaraan Bundesliga lima kali, Piala Jerman sekali dan meraih Piala UEFA sebanyak dua kali. Vogts turut beraksi dalam perlawanan akhir Piala Eropah 1977 namun akur tewas kepada Liverpool.

Vogts telah melakukan 419 kemunculan Bundesliga untuk Mönchengladbach dan menjaringkan 32 gol. Beliau tampil dalam 64 perlawanan dalam kejohanan Eropah dan menyumbat lapan gol. Vogts kekal bersama Mönchengladbach sehinggalah beliau bersara pada 1979.

Kerjaya antarabangsa sunting

 
Vogts (kiri) cuba mengasak Johan Cruyff dari pasukan Belanda pada aksi final Piala Dunia 1974.

Vogts telah beraksi dalam 96 perlawanan antarabangsa buat pasukan kebangsaan Jerman Barat menjadikan beliau salah satu pemain memiliki kaps antarabangsa terbanyak. Beliau mengetuai pasukan Jerman Barat dalam 20 daripada kesemua perlawanannya dan mencetak satu gol. Beliau turut sebahagian daripada skuad Jerman yang menjuarai Piala Dunia 1974.

Dengan nama samaran “Der Terrier” yang sering merebut bola dengan agresif, Vogts amat digemari oleh peminat tanah airnya. Lebih-lebih lagi Vogts menjaga ketat pergerakan Johan Cruyff dalam aksi perlawanan akhir Piala Dunia 1974 yang berlangsung di Munich.

Pada perlawanan antara Jerman Barat dan Austria pada 21 Jun 1978 dalam pusingan kedua Piala Dunia 1978, Vogts menjaringkan gol sendiri sekali gus membenarkan Austria menumbangkan Jerman Barat buat pertama kali dalam masa 47 tahun dan menghalang pasukan Jerman Barat untuk mara ke pusingan seterusnya. Di Austria, perlawanan ini dikenali luas sebagai "Keajaiban Cordoba".

Kerjaya pengurus sunting

Jerman sunting

Selepas menamatkan karier sebagai pemain, Vogts menjadi jurulatih pasukan kebangsaan bawah-21 Jerman Barat sehingga tahun 1990. Bermula tahun 1986m beliau menjadi pembantu jurulatih pasukan kebangsaan. Pada tahun 1990, beliau dinaikkan pangkat menjadi pengurus pasukan kebangsaan Jerman menggantikan Franz Beckenbauer. Selepas final Piala Dunia 1990, Beckenbauer dengan baik sekali berkata penyatuan Jerman "kemungkinan tidak akan tewas dalam tahun-tahun mendatang",[2] pernyataan yang ternyata menjadi beban buat Vogts pada tahun-tahun akan datang.

Vogts membawa pasukan Jerman menjadi naib juara Euro 1992 dan bergelar juara dalam Euro 1996 namun dalam kejohanan Piala Dunia, mereka menghadapi dua kekalahan pada peringkat suku akhir berturut-turut iaitu pada 1994 dan 1998. Beliau meletak jawatan sebagai pengurus pada September 1998.[3]

Bayer Leverkusen sunting

Pada November 2000, beliau dilantik sebagai pengurus Bayer Leverkusen. Pada Mei 2001, walaupun berjaya membawa Leverkusen menempah kelayakan Liga Juara-Juara, beliau dipecat.

Kuwait sunting

Pada Ogos 2001, tiga bulan kemudian, beliau menjadi pengurus pasukan kebangsaan Kuwait.

Scotland sunting

Pada Januari 2002, selepas enam bulan bersama Kuwait, Vogts meletak jawatan lalu mengambil alih tugasan sebagai pengurus pasukan kebangsaan Scotland.[4] Dalam aksi kelayakan Euro 2004, Vogts berjaya membawa Scotland ke penentuan play-off selepas menghuni tempat kedua di belakang Jerman. Dalam perlawanan play-off, Scotland dicabut menentang Belanda. Walaupun menang pada perlawanan pertama 1-0 di Hampden Park, mereka tewas dibelasah Belanda 6-0 pada perlawanan timbang balik.

Akhbar Scotland seolah-olah bermusuhan dengan Vogts berikutan beberapa siri kekalahan dalam perlawanan persahabatan. Pada Oktober 2004, perlawanan seri bertemu Moldova pada dasarnya menaruh harapan terhadap Scotland untuk mara ke Piala Dunia 2006 dan Vogts meletak jawatan pada bulan seterusnya. Kontrak Vogts pada masa itu berbaki satu tahun setengah.[5] Sembilan hari selepas Vogts meletak jawatan, Scotland jatuh kepada tempat ke-77 dalam Kedudukan Dunia FIFA, rekod terburuk pasukan.[6]

Nigeria sunting

 
Vogts saat menjadi ketua jurulatih Azerbaijan.

Pada Januari 2007, Vogts telah dilantik sebagai pengurus pasukan kebangsaan Nigeria dan beliau menandatangani kontrak empat tahun. Nigeria tersingkir pada peringkat suku akhir dalam saingan Piala Negara-Negara Afrika 2008, persembahan paling teruk dipamerkan Nigeria di kejohanan tersebut sejak 1982.[7][8] Vogts meletak jawatan daripada jawatannya pada Februari 2008.[9]

Azerbaijan sunting

Pada April 2008, beliau dilantik menjadi pengurus Azerbaijan dalam kontrak dua tahun.[10] Pada Disember 2009, beliau melanjutkan kontraknya bersama Persekutuan Bola Sepak Azerbaijan sehingga berakhirnya kelayakan Euro 2012 selepas melakar beberapa keputusan baik.[11][12] Pada Mac 2014, Vogts dilantik oleh Jürgen Klinsmann sebagai penasihatnya dalam Amerika Syarikat dalam kejohanan Piala Dunia 2014.[13]

Pada Oktober 2014, beliau meletak jawatan daripada posisinya sebagai pengurus Azerbaijan[14] selepas kekalahan 6–0 kepada Croatia.[15][16] Azerbaijan tewas dalam tiga perlawanan pertamanya pada kempen kelayakan Euro 2016.[17] Di bawah kendalian Vogts, Azerbaijan memiliki beberapa keputusan hambar, tidak mampu melakar kemenangan ke atas pasukan kurang dikenali sehingga memaksa Vogts dilontar kritikan, protes dan demonstrasi oleh penyokong-penyokong dan pihak media.[18]

Amerika Syarikat sunting

Pada Mac 2015, Vogts dilantik oleh pasukan kebangsaan Amerika Syarikat sebagai penasihat teknikal.[19][20] Selepas pemecatan Jürgen Klinsmann, khidmat Vogts serta merta ditamatkan.

Statistik kerjaya sunting

Kelab sunting

Kelab Musim Liga Piala Eropah Jumlah
Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol
  Borussia Mönchengladbach 1965–66 34 0 2 0 36 0
1966–67 34 1 1 0 35 1
1967–68 34 6 3 0 37 6
1968–69 34 8 2 0 36 8
1969–70 34 5 3 1 37 6
1970–71 34 1 4 0 4 2 42 3
1971–72 19 1 2 0 4 0 25 1
1972–73 34 3 9 0 12 2 55 5
1973–74 27 3 3 0 7 1 37 4
1974–75 34 0 2 0 12 2 48 2
1975–76 34 1 4 1 6 0 44 2
1977–78 27 1 1 0 9 1 37 2
1977–78 34 2 5 0 8 0 47 2
1978–79 6 0 1 0 3 0 10 0
Jumlah 419 32 42 2 65 8 526 42
Jumlah kerjaya 419 32 42 2 65 8 526 42

Antarabangsa sunting

Pasukan kebangsaan Jerman Barat
Tahun Kmncln Gol
1967 2 0
1968 11 0
1969 7 0
1970 14 0
1971 7 0
1972 1 0
1973 5 0
1974 14 0
1975 7 0
1976 7 1
1977 11 0
1978 10 0
Jumlah 96 1

Gol antarabangsa sunting

# Tarikh Lokasi Pasukan lawan Skor Keputusan Kejohanan
1
28 Februari 1976 Dortmund, Jerman Barat   Malta
7–0
8–0
Kelayakan Euro 1976

Pengurusan sunting

Pasukan Dari Hingga Rekod
BP M S K M %.
  Jerman 9 Ogos 1990 7 September 1998 &&&&&&&&&&&&0102.&&&&&0102 &&&&&&&&&&&&&066.&&&&&066 &&&&&&&&&&&&&024.&&&&&024 &&&&&&&&&&&&&012.&&&&&012 &&&&&&&&&&&&&064.71000064.71
  Bayer Leverkusen 14 November 2000[21] 21 Mei 2001[22] &&&&&&&&&&&&&025.&&&&&025 &&&&&&&&&&&&&011.&&&&&011 &&&&&&&&&&&&&&03.&&&&&03 &&&&&&&&&&&&&011.&&&&&011 &&&&&&&&&&&&&044.&&&&&044.00
  Kuwait 12 Ogos 2001 28 Februari 2002 &&&&&&&&&&&&&011.&&&&&011 &&&&&&&&&&&&&&02.&&&&&02 &&&&&&&&&&&&&&06.&&&&&06 &&&&&&&&&&&&&&03.&&&&&03 &&&&&&&&&&&&&018.18000018.18
  Scotland 1 Mac 2002 2 November 2004 &&&&&&&&&&&&&031.&&&&&031 &&&&&&&&&&&&&&08.&&&&&08 &&&&&&&&&&&&&&07.&&&&&07 &&&&&&&&&&&&&016.&&&&&016 &&&&&&&&&&&&&025.81000025.81
  Nigeria 15 Januari 2007 20 Februari 2008 &&&&&&&&&&&&&015.&&&&&015 &&&&&&&&&&&&&&07.&&&&&07 &&&&&&&&&&&&&&03.&&&&&03 &&&&&&&&&&&&&&05.&&&&&05 &&&&&&&&&&&&&046.67000046.67
  Azerbaijan 1 April 2008 17 Oktober 2014 &&&&&&&&&&&&&071.&&&&&071 &&&&&&&&&&&&&015.&&&&&015 &&&&&&&&&&&&&022.&&&&&022 &&&&&&&&&&&&&034.&&&&&034 &&&&&&&&&&&&&021.13000021.13
Jumlah &&&&&&&&&&&&0255.&&&&&0255 &&&&&&&&&&&&0109.&&&&&0109 &&&&&&&&&&&&&065.&&&&&065 &&&&&&&&&&&&&081.&&&&&081 &&&&&&&&&&&&&042.75000042.75

Pencapaian sunting

Pemain sunting

Kelab sunting

Borussia Mönchengladbach

Antarabangsa sunting

Jerman Barat

Individu sunting

Pengurus sunting

Jerman
Individu

Catatan sunting

  1. ^ "Vogts: Africans can reach semis". fifa.com. 6 August 2007. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-07-06. Dicapai pada 3 May 2009.
  2. ^ "SPIEGEL Interview with Franz Beckenbauer: "Football Has an Incredible Power Beyond Sport"". SPIEGEL Online. 29 May 2006. Dicapai pada 3 November 2008.
  3. ^ "Another Day, Another Coach Gone:Now It's Vogts". New York Times. 9 September 1998. Dicapai pada 23 October 2011.
  4. ^ "Vogts to be Scotland boss". BBC Sport. BBC. 21 January 2002. Dicapai pada 2 September 2007.
  5. ^ "Vogts resigns from Scotland job". BBC Sport. BBC. 1 November 2004. Dicapai pada 2 September 2007.
  6. ^ "Scotland hit new low in rankings". BBC Sport. BBC. 10 November 2004. Dicapai pada 1 April 2014.
  7. ^ Okeleji, Oluwashina (4 February 2008). "Vogts future looks under threat". BBC Sport. BBC. Dicapai pada 1 April 2014.
  8. ^ Mungazi, Farayi (6 February 2008). "Nigeria FA silent on Vogts future". BBC Sport. BBC. Dicapai pada 1 April 2014.
  9. ^ "Berti Vogts ends Nigeria reign". BBC Sport. BBC. 20 February 2008. Dicapai pada 1 April 2014.
  10. ^ "Vogts accepts Azeri challenge". uefa.com. 4 April 2008. Dicapai pada 8 April 2008.
  11. ^ "Berti Vogts extended his contract with the Azerbaijan national team". trend.az. 14 December 2009. Dicapai pada 23 October 2011.
  12. ^ "Berti Vogts signs new contract as Azerbaijan coach". news.az. 14 December 2009. Dicapai pada 23 October 2011.
  13. ^ Creditor, Avi (30 March 2014). "Klinsmann appoints Berti Vogts USMNT special advisor; Vasquez off coaching staff". SI.com. Time Inc. A Time Warner Company. Dicapai pada 31 March 2014.
  14. ^ "Berti Vogts: I have no future in Azerbaijan". news.az. 14 October 2014. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-05-08. Dicapai pada 17 October 2014.
  15. ^ Ismayilov, Emil (17 October 2014). "Berti Vogts resigns as head coach of Azerbaijan's national soccer team". trend.az. Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-01-03. Dicapai pada 17 October 2014.
  16. ^ name = "uefa"
  17. ^ name = "uefa">"Vogts quits Azerbaijan helm". www.uefa.com. 17 October 2014. Dicapai pada 17 October 2014.
  18. ^ "Futbolumuz sürətlə inkişaf edir!!!". Fanat.az. Dicapai pada 22 March 2013.
  19. ^ "Former Scotland manager Vogts appointed to role in United States national team". The Herald. Herald & Times Group. 27 March 2015. Dicapai pada 28 March 2015.
  20. ^ "US Soccer appoints Euro 1996-winning coach Berti Vogts as USMNT technical advisor". www.mlssoccer.com. Major League Soccer. 26 March 2015. Dicapai pada 28 March 2015.
  21. ^ name="Bayer 04 Leverkusen - Trainerhistorie"
  22. ^ name="Bayer 04 Leverkusen - Trainerhistorie"

Pautan luar sunting

Kedudukan sukan
Didahului oleh
Franz Beckenbauer
Kapten Jerman Barat
1977–1978
Diikuti oleh:
Sepp Maier

Templat:Skuad Nigeria Piala Negara-Negara Afrika 2008