Beruas
Pokok beruas, manggis hutan, luli[1] atau nama saintifiknya Garcinia hombroniana[2] merupakan sejenis tumbuhan yang terdapat di hutan-hutan pesisiran tanah besar Asia Tenggara termasuk di Malaysia, Kemboja, Thailand dan Vietnam.[3]
Beruas | |
---|---|
Pengelasan saintifik | |
Alam: | |
(tanpa pangkat): | |
(tanpa pangkat): | |
(tanpa pangkat): | |
(tanpa pangkat): | Rosid
|
Genus: | Garcinia
|
Spesies: | hombroniana
|
Botani
suntingPokok ini jenis pembuluh malar hijau yang boleh tumbuh setinggi 18 meter. Ia mempunyai dedaun bujur mudah yang berkulit tebal serta tersusun secara bertentangan, dedaun ini berdiamensi antara 6.5–15.5 sentimeter panjang dan 3.5–7.6 sm lebar.[4]
Bunga-bunga jantan dan betina ia berputik secara berasingan di mana pendebungaan dilakukan oleh serangga. Bunga ini mempunyai empat kelopak tampak berwarna merah jambu di bahagian luar dan kuning air pucat di dalam. Buahnya bulat berukuran 5 sm lebar dengan kulit pauh serat berwarna merah mawar apabila masak; ia mengeluarkan bau seperti epal[4] serta memberi rasa agak masam berbanding buah manggis.[5]
Galeri
sunting-
Pokok beruas.
-
Buah beruas berjuntai di dahan.
-
Buah beruas terkupas.
-
Buah Beruas.
Hubungan dengan manusia
suntingAkar dan daun ia dimanfaatkan dalam perubatan tradisional kerana dipercayai mampu melegakan gatal-gatal.[5]
Pokok ini memberi nama nama pekan Beruas yang berkaitan dengan Kerajaan Gangga Negara[6][7] dan Kerajaan Melayu Beruas dan dikisahkan di Muzium Beruas. Pusat kerajaan yang paling awal diketahui ini terletak di negeri Perak di kawasan meliputi Beruas dan Dinding (Manjung hari ini).
Rujukan
sunting- ^ Lim, T. K. (2012). "Garcinia hombroniana". Edible Medicinal And Non-Medicinal Plants. 2. Springer Nature Switzerland AG.
- ^ The Cyber Plant Conservation Project: Promoting Plant Biodiversity ... By Bioversity
- ^ "Garcinia hombroniana in Tropicos". 18 Februari 2019.
- ^ a b "Bruas". Projek Taman Tugu. 2021. Dicapai pada 13 April 2021.
- ^ a b Noor Atiqah Sulaiman (1 Mei 2017). "Kelebihan buahan nadir kurang didedahkan". Berita Harian.
- ^ UTAR NEW VILLAGE COMMUNITY PROJECT REPORT.
- ^ "Nama asalnya Belukar Sambang". Utusan Malaysia. 18 Jun 2016. Dicapai pada 24 Januari 2019.
Pautan luar
sunting- Maklumat lanjut disediakan Sistem Maklumat Biokepelbagaian Malaysia
- Maklumat lanjut dari Lembaga Tanah Negara Singapura (dalam bahasa Inggeris)