Beta Theta Pi (ΒΘΠ) adalah sebuah persatuan mahasiswa (Bahasa Inggeris: fraternity) yang dibentuk di Universiti Miami di Oxford, Ohio, Amerika Syarikat (AS). Nama singkatnya ialah Beta dan merupakan persatuan mahasiswa pertama dibentuk yang bukan di pantai timur AS. Kini, Beta memiliki lebih dari 120 cabang dan cawangan di pelbagai universiti di AS dan Kanada. Lebih dari 175,000 anggota telah diterima di seluruh dunia.

Logo Beta Theta Pi Fraternity

Beta Theta Pi memiliki jumlah sekitar 6,500 mahasiswa dan 118,000 alumni. Pejabat pentadbirannya terletak di 5134 Bonham Road, Oxford, Ohio. Pada tahun 2006, jalan masuk menuju ke pejabat diberikan nama baru, "Lugar-Bates Drive" sebagai penghargaan terhadap karya sosial Senator Richard Lugar dan seorang alumni Universiti Missouri pada tahun 1956, Bert Bates, yang menghasilkan dana 20 juta dolar AS melalui kempen "Upon These Principles".

Para mahasiswa pengasas persaudaraan ini adalah: (Nama | Tahun Kelulusan)

  • John Reily Knox 1839
  • Samuel Taylor Marshall 1840
  • David Linton 1839
  • James George Smith 1840
  • Charles Henry Hardin 1841
  • John Holt Duncan 1840
  • Michael Clarkson Ryan 1839
  • Thomas Boston Gordon 1840