Betharia Sonata

Pelakon dan penyanyi wanita Indonesia

Sri Betharia Sonatha (lahir di Bandung, Jawa Barat, 14 Disember 1962; umur 58 tahun) merupakan seorang pelakon dan penyanyi Indonesia yang berketurunan Sunda.

Betharia Sonata
Latar belakang
Nama lahir Sri Betharia Sonatha
Lahir (1962-12-14) 14 Disember 1962 (umur 58)
Indonesia Bandung, Jawa Barat, Indonesia
Etnik Sunda
Jenis Muzik Pop
Pekerjaan pelakon, penyanyi
Instrumen Vokal
Tahun aktif 1981 – kini
Syarikat rakaman Musica Studio's
Berkaitan dengan Nia Daniati
Obbie Messakh
Rinto Harahap
Pasangan Willy Dozan (1990 - 2002)
Dady Gazali (2003 - 2005)
Anak Leon Rahman Dozan (1997)
Nabila Rahman Dozan (2000)
Agama Islam

KerjayaSunting

Betha, demikian panggilan akrabnya, terkenal sebagai pelantun lagu Hati Yang Luka yang pernah hits pada '90-an. Lagu tersebut mengantarkannya meraih Golden Kaset HDX untuk album Hati Yang Luka. Selepas albumnya yang hebat tersebut, Betha mengeluarkan albumnya diantaranya, Seandainya (1995), Memoriku Di Karaoke (1997), Best of Betharia Sonatha Karaoke (1999), Melayu Deli Betharia Sonatha (1999), dan Platinum 22 Best Of Betharia Sonatha Vol. 002 (2003). Sejak terjun sebagai penyanyi, Betharia Sonata menelurkan 30 album solo. Ia mengaku menikmati royalti Rp. 100 juta per tahun dari jerih payahnya selama ini. Selain penghargaan Golden Kaset, Betha juga meraih 7 Buah Golden Records. Album-albumnya diterbitkan oleh Musica Studio's.

Selain menyanyi, Betha yang beragama Islam ini juga bermain dalam filem "Kamus Cinta Sang Primadona" dan "Biarkan Aku Cemburu". Selepas bercerai dengan pelakon Willy Dozan, Betha juga ikut membintangi FTV "Pak De" (2007) bersama Didi Petet.

Kehidupan peribadiSunting

Betha pernah berkahwin dengan pelakon laga Willy Dozan. Mereka rasmi bercerai Ogos 2002.[1] Dari perkahwinan tersebut, mereka mempunyai 2 orang anak iaitu Mohd Leon Rahman Dozan dan Nabila Rahman Dozan. Akhirnya Betha berkahwin lagi dengan seorang usahawan yang berusia 10 tahun lebih tua darinya dan tinggal di Itali.[2] Pernyataan tersebut dikeluarkannya tahun 2005 dan Betha mengaku telah berkahwin selama dua tahun secara siri.[3]

FilemografiSunting

Filem
FTV
  • Dewi Bunga (2020)

RujukanSunting

Pautan luarSunting