Bibi Sharliza Mohd Khalid

ahli politik Malaysia

Puan Sri Bibi Sharliza Mohd Khalid (lahir 19 November 1971) ialah seorang ahli politik Malaysia berketurunan Melayu. Beliau kini berkhidmat sebagai ADUN Juasseh dan Ketua Wanita UMNO Negeri Sembilan. Beliau merupakan isteri kepada Bekas Menteri Besar Negeri Sembilan Tan Sri Isa Samad.

Yang Berhormat Puan Sri

Bibi Sharliza binti Mohd Khalid

ANS (Negeri Sembilan)
Anggota Dewan Undangan Negeri Sembilan
untuk Juasseh
Memegang jawatan
2023
Didahului olehIsmail Lasim
Majoriti78 (2023)
Ketua Wanita UMNO Negeri Sembilan
Memegang jawatan
2023
PresidenAhmad Zahid Hamidi
Ketua PusatNoraini Ahmad
Didahului olehLateffah Ali Kunju
Anggota Dewan Undangan Negeri Sembilan
untuk Paroi
Dalam jawatan
2004–2008
Didahului olehKerusi diwujudkan
Digantikan olehMohamad Taufek Abd Ghani
Majoriti4,107 (2004)
Butiran peribadi
Lahir19 November 1971
Parti politik
PasanganMohd Isa Abdul Samad

Pendidikan sunting

Beliau merupakan graduan Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Perniagaan Universiti Teknologi Mara (UiTM).

Keluarga sunting

Bibi Sharliza pernah berkahwin dan mempunyai 4 orang anak dan mempunyai cucu.

Pada 14 April 2010, beliau telah berkahwin dengan bekas Menteri Besar Negeri Sembilan, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad, yang ketika itu merupakan ADUN Bagan Pinang. Isa Samad sebelum itu telah menduda selepas kematian isterinya, Puan Sri Hazizah Tumin pada 7 Disember 2005 akibat kanser parotid (kelenjar pipi) yang dihidapi selama 10 tahun. Bibi Sharliza dan Mohd Isa bernikah di rumah keluarga perempuan di Taman Fatimah, Kuala Pilah pada jam 3 petang.[1]

Rujukan sunting

  1. ^ "Isa pilih Bibi selepas 4 tahun menduda". Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-04-16. Dicapai pada 2010-04-14.