Bibiano Zapirain (2 Disember 1919 – 2 Disember 2000) merupakan salah seorang pemain Uruguay.

Bibiano Zapirain
DelanteraQuinquenioNacional.JPG
Zapirain pertama dari kanan
Maklumat peribadi
Nama penuh Bibiano Zapirain
Tarikh lahir (1919-12-02)2 Disember 1919
Tempat lahir Tomas Gomensoro, Uruguay
Tarikh kematian 2 Disember 2000(2000-12-02) (umur 81)
Tempat kematian Bogotá, Colombia
Posisi permainan Penyerang
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
1937 Selezione di Artigas
1939 Bagé
1940–1946 Nacional 58 (18)
1946–1948 Internazionale
1950 Nacional
1951–1952 Cúcuta Deportivo
1953 Nacional
1955–1956 Cúcuta Deportivo
Pasukan kebangsaan
1942–1946 Uruguay 20 (4)
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik

KarierSunting

KelabSunting

Beliau merupakan salah seorang daripada penyerang Uruguay yang terkenal pada zaman 1940-an, seorang pemain yang berdaya tahan tinggi serta licik. Beliau memulakan kariernye bersama kelab Columbus di tempat lahir beliau. Semasa beliau berumur 18 tahun, beliau telah mewakili kelab Artigas dalam kejohanan Coastal Tournament.

Pada tahun 1946, beliau berhijrah ke Itali dan mewakili kelab Internazionale yang pada ketika itu beliau diperkenalkan oleh kelab berkenaaan bersama-sama dengan beberapa pemain dari Amerika Selatan yang lain seperti Alberto Cerioni Elmo dan Bovio dari Argentina, Luis Volpi dan Pedemonti dari Uruguay. Beliau telah bermain sebanyak 58 perlawanan bersama kelab Inter, di mana beliau menjaringkan 18 gol. Pada tahun 1949, beliau kembali pulang ke Uruguay.

Pada tahun 1950, beliau menyertai kelab Nacional, sebuah kelab bola sepak di Uruguay. Bersama-sama dengan rakan sepasukannya iaitu Atilio García, Anibal Ciocca dan Luis Volpi, mereka merupakan sebahagian daripada kumpulan "Quinquenio" iaitu kumpulan yang terkenal dengan serangan balas paling berkesan di dalam bola sepak Uruguay.

NegaraSunting

Beliau juga pernah mewakili pasukan Uruguay dalam Copa América. Pada tahun 1942, beliau menjaringkan gol tunggal dalam perlawanan akhir di antara Uruguay menentang pasukan Argentina yang menyaksikan beliau menjulang piala kejohanan buat kali pertama.

PencapaianSunting

Kelab
1940, 1941, 1942, 1943, 1950, 1952
Pasukan kebangsaan
1942

PenampilanSunting

Pasukan kebangsaanSunting

Kejohanan Tuan rumah Keputusan Penampilan (Gol)
Kejohanan Bola Sepak Amerika Selatan 1942 Uruguay Johan 6 (3)[1]
Kejohanan Bola Sepak Amerika Selatan 1945 Chile Tempat keempat 4 (0)[2]
Kejohanan Bola Sepak Amerika Selatan 1946 Argentina Tempat keempat 4 (0)[3]

KelabSunting

Kelab Negara asal Tempoh
Nacional Uruguay 1940—1946
Internazionale Itali 1946—1948
Nacional Uruguay 1949—1950
Cúcuta Deportivo Colombia 1951
Nacional Uruguay 1952

RujukanSunting

  1. ^ Martín Tabeira. "Campeonato Sudamericano 1942". RSSSF. Dicapai pada 2013-12-25.
  2. ^ Martín Tabeira. "Campeonato Sudamericano 1945". RSSSF. Dicapai pada 2013-12-25.
  3. ^ Martín Tabeira. "Campeonato Sudamericano 1946". RSSSF. Dicapai pada 2013-12-25.

Pautan luarSunting