Bicara Cinta

Bicara Cinta ialah sebuah novel 2017 oleh penulis novel Malaysia, Missa J terbitan SR Publications. Ia telah dijadikan sebagai sebuah siri drama adaptasi dengan tajuk sama yang disiarkan di TV3 pada 2020.[1]

Bicara Cinta
PengarangMissa J
NegaraMalaysia
BahasaMelayu
GenreCinta, konflik
PenerbitSR Publication
Tarikh penerbitan
Februari 2017
Jenis mediaCetakan (kulit keras)
Halaman606
ISBNISBN 9789675822476

Gambaran keseluruhanSunting

Bicara Cinta ialah novel pertama tulisan Missa J, penulis baru di SR Publications. Novel ini dicetak dengan kulit keras dan mempunyai 606 muka surat.[2]

SinopsisSunting

Anis Sofea, gadis metropolitan berwajah Pan-Asia terpaksa mengharungi liku-liku kehidupan yang amat getir dan asing jauh dari hiruk pikuk dunia moden. Selepas kematian ibu bapanya dalam satu kemalangan jalan raya, Anis disisihkan. Dengan hati yang luka dia membawa diri menjejaki asal usul ibunya di Bumi Kenyalang. Antara rela dengan tidak Anis dijodohkan dengan Adee yang mempunyai sejarah silam dengan keluarganya. Mampukah mereka membina istana bahagia tanpa cinta? Namun saat cinta mula berbicara, bencana datang melanda. Anis dalam dilema. Mampukah Anis mempertahankan cintanya? Cinta yang mana? Adee atau Zairee? Bicara cinta. Siapakah di hatinya?

UlasanSunting

The Wonderful Jannah menyifatkan "jalan cerita novel ini dikatakan agak klise, iaitu tentang kahwin paksa ataupun boleh kita katakan sebagai perkahwinan antara dua insan yang tidak saling mencintai".[2] Beliau memberikan penarafan 9.8/10 bintang untuk novel ini.[2]

Adaptasi televisyenSunting

Novel Bicara Cinta telah diadaptasi sebagai sebuah siri drama televisyen bertajuk sama arahan Along Kamaludin dibintangi oleh Adi Putra, Emma Maembong dan Azrel Ismail. Drama ini akan memulakan tayangan perdana di slot Samarinda TV3 pada 21 September 2020.[3]

RujukanSunting

  1. ^ "Bicara Cinta oleh Missa J". Goodreads. Dicapai pada 2 Julai 2020.
  2. ^ a b c "Review Novel Bicara Cinta Karya Missa J". The Wonderful Jannah. 25 Jun 2019. Dicapai pada 2 Julai 2019.
  3. ^ "Drama Bicara Cinta (TV3)". My Infotaip. 17 Mac 2020. Dicapai pada 2 Julai 2020.