Bicara Hati (drama)

(Dilencongkan dari Bicara Hati (siri TV))

Bicara Hati merupakan sebuah drama bersiri di Malaysia yang bersiaran melalui Astro Prima. Drama ini diambil daripada novel hasil nukilan Damya Hanna. Selain itu, drama ini berunsur romantik.

Bicara Hati
GenreRomantik
PenciptaDamya Hanna (Penulis Novel)
Dibangunkan oleh
Osman Ali (Pengarah)
Ditulis olehJujur Prananto
Dibintangi oleh
Sharnaaz Ahmad
Cristina Suzanne
Marsha Milan
Josiah Hogan
Lash Mokhtar
Balkisyh Semundur Khan
Lagu pembukaan"Bicara Hati" nyanyian Lena AF9
Lagu penutup"Bicara Hati" nyanyian Lena AF9
Negara asal Malaysia
BahasaBahasa Melayu
Bilangan episod26
Penerbitan
PenerbitTarantella Pictures Sdn. Bhd.
SinematografiMalek Marwi
Bob Fitri
Tempoh siaran1 jam
Penyiaran
Saluran asalAstro Prima
Siaran asal3 Januari 2012 (2012-01-03) – 26 Jun 2012 (2012-06-26)

Sinopsis sunting

Dalam satu kemalangan kecil yang tidak disengajakan, Tengku Syahran dan Zahlia bertemu. Ketika itu, Tengku Syahran sedang buntu untuk memikirkan cadangan ibunya yang ingin menjodohkan dia dengan Linda, seorang wanita yang dia tidak pernah cintai. Setelah seminggu mengenali Zahlia, Tengku Syahran menyatakan hasratnya untuk memperisterikan Zahlia untuk mengelak dirinya daripada dikahwinkan dengan Linda. Zahlia terkejut dengan permintaan Tengku Syahran. Tengku Syahran merupakan seorang yang baru dikenali dan tidak mungkin Zahlia akan jatuh cinta dengan pemuda tersebut. Zahlia serba salah untuk menerima lamaran itu. Pelbagai cara dilakukan oleh Tengku Syahran untuk memenagi hati Zahlia. Akhirnya, Zahlia akur dengan menetapkan beberapa syarat, iaitu hak-hak peribadi Zahlia tidak akan diganggu.

Setelah diijabkabul, Tengku Syahran mula berubah sikap. Egonya menjadi terlalu tinggi dan tidak mengikut perjanjian yang telah ditetapkan. Zahlia rasa tertipu dengan tindakan Tengku Syahran. Kini, timbul pelbagi konflik dalam rumah tangganya. Sebenarnya, mereka berkahwin secara kontrak dan sedikit sebanyak telah mengundang rasa cinta, kasih, sayang dan kerinduan.[1]

Senarai Watak dan Pelakon sunting

Rujukan sunting

Pautan luar sunting