Bichon frisé

baka anjing dari Sepanyol dan Belgium

Bichon frisé, bichon keriting, atau bichon berbulu keriting[a] ialah satu baka anjing mainan kecil Perancis-Belgium daripada jenis bichon. Ia diiktiraf oleh Société Centrale Canine pada tahun 1933 dan oleh Persekutuan Kinologi Antarabangsa pada tahun 1959.

Bichon frisé
Nama lain
  • Bichon keriting
  • Bichon berbulu keriting
  • Bichon Tenerife
Negara asal
  • Kepulauan Canaria (Sepanyol)
  • Belgium/Perancis (perkembangan lanjut)
Trait
Tinggi Jantan 25–30 cm (10–12 in)
Betina 23–29 cm (9–11 in)
Bulu sederhana panjang, bak sutera, tekstur dengan keritingan melingkar-lingkar
Warna putih
Jangka hayat 12.5 tahun
Anjing (Canis lupus familiaris)

Etimologi sunting

Perkataan bahasa Perancis bichon berasal daripada bichon bahasa Perancis Tengah ("anjing kecil"), diminutif bagi biche bahasa Perancis Kuno ("anjing betina", seasal dengan bitch bahasa Inggeris), daripada bicce bahasa Inggeris Kuno, dan berkaitan dengan perkataan lain bahasa-bahasa Jermanik dengan maksud sama, termasuk bikkja bahasa Norse Kuno, dan Betze bahasa Jerman.[1][2] Sesetengah pihak berspekulasi bahawa asal usul bichon ialah hasil daripada aferesis, atau penyingkatan, bagi perkataan barbichon ("pudel kecil"), terbitan daripada barbiche ("anjing kasar dan berjumbai"); walau bagaimanapun, ini bermungkinan mustahil, kerana perkataan bichon (ternyata pada tahin 1588) adalah lebih tua daripada barbichon (ternyata pada tahun 1694).[3][4] Nama untuk baka ini, bichon frisé, diterbitkan daripada bichon à poil frisé bahasa Perancis yang memaksudkan "anjing kecil berbulu keriting".[5]

Sejarah sunting

 
The White Duchess, dilukis oleh Francisco de Goya pada 1795, yang menampilkan Duchess Alba dan bichon beliau[6]

Bichon frisé kerap digambarkan sebagai anjing Perancis.[perlu rujukan]

Anjing-anjing itu menemukan kejayaan awal di Sepanyol dan pelaut Sepanyol pada umumnya dipercayai memperkenalkan baka awal ke Tenerife di Kepulauan Canaria. Perkaitannya dengan kebangsawanan Eropah bermula pada abad ke-13 dengan kemasukan ke pekarangan istana diraja Sepanyol, Itali, dan Perancis.[7] Pada abad ke-14, pelayar Itali menemukan anjing-anjing itu semula dalam pelayaran mereka dan dikreditkan kerana pemulangannya ke Eropah benua.[8]

Bichon à poil frisé diiktiraf oleh Société Centrale Canine pada tahun 1933.[9] Ia diiktiraf secara muktamad oleh Persekutuan Kinologi Antarabangsa pada Oktober 1959.[10]

Sesetengah anjing ini dibawa ke Amerika Syarikat pada tahun 1955[11] dan ke United Kingdom pada tahun 1973.[12]

Ciri sunting

Bichon frisé ialah anjing kecil yang berdiri setinggi 23–30 cm (9–12 in) pada paras kelasa dan berukuran seberat hampir-hampir 5 kg (11 lb), beratnya berbeza-beza secara berperkadaran dengan ketinggian. Tengkoraknya agak rata, tetapi mungkin kelihatan membulat; muncungnya menirus hanya sedikit dan ukurannya dua perlima panjang kepala. Hidungnya hitam dan matanya gelap dan bulat.[13][14]

Lapis bulunya mempunyai keriting halus dalam bentuk pilin atau skru gabus dengan lapis bulu bawah lembut tebal. Lapis bulunya sentiasa putih metah; hanya pada anjing yang berusia kurang daripada setahun mungkin lapis bulunya mempunyai sedikit sentuhan kuning air yang mencakupi tidak lebih daripada 10% luas tubuh. Kepala dan tungkai berperkadaran dari segi saiz dengan tubuh.[13][14]

Sebuah kajian United Kingdom tahun 2024 mendapati jangka hayat sebanyak 12.5 tahun untuk baka ini berbanding dengan purata 12.7 tahun untuk baka tulen dan 12 tahun untuk baka silang.[15]

Sebuah kajian Amerika yang meneliti anemia hemolisis berantarakan imun mendapati predisposisi terhadap keadaan ini pada bichon frisé, dengan 9% daripada jumlah kes yang berpunca daripada baka ini walaupun membentuk 2% daripada populasi kawalan.[16]


Catatan sunting

  1. ^ Jawi: بيشون فريزي, بيشون کريتيڠ, بيشون بربولو کريتيڠ, Sebutan bahasa Melayu: [biʃɔn frize]; Perancis: bichon à poil frisé; bichon frisé, Sebutan bahasa Perancis: [biʃɔ̃ fʁize]; /ˈbʃɒn frɪˈz/, /ˈbʃɒn ˈfrz/

Rujukan sunting

  1. ^ Auguste Scheler, Dictionnaire d'étymologie française d'après les résultats de la science moderne (Perancis), "bichon".
  2. ^ Donkin, Diez, An etymological dictionary of the Romance languages (Inggeris), "biche".
  3. ^ Centre National de Ressources Textuelles et Lexicales, "bichon" (Perancis).
  4. ^ "French etymology of barbiche" (dalam bahasa Inggeris). myEtymology.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 14 Julai 2011. Dicapai pada 8 Februari 2024.CS1 maint: unfit URL (link)
  5. ^ "Bichon Frise Dog Breed Information". American Kennel Club (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 8 Februari 2024.
  6. ^ "María Cayetana de Silva, 13th Duchess of Alba", Art Hive (dalam bahasa Inggeris), 2 Disember 2020, dicapai pada 8 Februari 2024
  7. ^ "Bichon Frise History: Time's Sociable Survivor". American Kennel Club (dalam bahasa Inggeris). 14 Jun 2021. Dicapai pada 8 Februari 2024.
  8. ^ "History of the Bichon Frise". bichon.org (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 13 April 2021. Dicapai pada 8 Februari 2024.
  9. ^ "Bichon Frise Page" (dalam bahasa Inggeris). American Kennel Club. 2012. Dicapai pada 8 Februari 2024.
  10. ^ FCI breeds nomenclature: Bichon à Poil Frisé (215) (Inggeris). Thuin, Belgium: Persekutuan Kinologi Antarabangsa. Dicapai pada 20 April 2024.
  11. ^ "Get to Know the Bichon Frise" (Inggeris), American Kennel Club, dicapai pada 8 Februari 2024
  12. ^ James, Elizabeth (2015). Bichon Frisé: Dog Expert (dalam bahasa Inggeris). Pet Book Publishing Company Ltd. m/s. 22. ISBN 978-1-906305-74-1.
  13. ^ a b "Standard FCI N° 215 BICHON A POIL FRISE" [Piawaian FCI No. 215 Bichon Berbulu Keriting] (pdf). Persekutuan Kinologi Antarabangsa (dalam bahasa Perancis). Disemak dan dikemaskinikan oleh Dr. C. Guintard. 2 September 2016. Dicapai pada 8 Februari 2024.CS1 maint: others (link)
  14. ^ a b "FCI-Standard N° 215 BICHON FRISE" [Piawaian FCI No. 215 Bichon Frisé] (pdf). Persekutuan Kinologi Antarabangsa (dalam bahasa Inggeris). Diterjemahkan oleh Ian Nicholson. Disemak dan dikemaskinikan oleh Dr. C. Guintard. 2 September 2016. Dicapai pada 8 Februari 2024.CS1 maint: others (link)
  15. ^ McMillan, Kirsten M.; Bielby, Jon; Williams, Carys L.; Upjohn, Melissa M.; Casey, Rachel A.; Christley, Robert M. (1 Februari 2024). "Longevity of companion dog breeds: those at risk from early death". Scientific Reports (dalam bahasa Inggeris). Springer Science and Business Media LLC. 14 (1). doi:10.1038/s41598-023-50458-w. ISSN 2045-2322. PMC 10834484 Check |pmc= value (bantuan).
  16. ^ Miller, Sybille A.; Hohenhaus, Ann E.; Hale, Anne S. (1 Januari 2004). "Case-control study of blood type, breed, sex, and bacteremia in dogs with immune-mediated hemolytic anemia". Journal of the American Veterinary Medical Association (dalam bahasa Inggeris). 224 (2): 232–235. doi:10.2460/javma.2004.224.232. ISSN 0003-1488.