Bidadari Kiriman Tuhan
Bidadari Kiriman Tuhan ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia 2020 arahan Rashid Sibir dibintangi oleh Mira Filzah, Zul Ariffin, dan Zarina Zainuddin. Siri ini memulakan tayangan perdana di Slot MegaDrama Astro Ria bermula 25 Ogos 2020 menggantikan Pelindung Seorang Puteri [1].
Bidadari Kiriman Tuhan | |
---|---|
Genre | |
Ditulis oleh |
|
Pengarah | Rashid Sibir |
Dibintangi oleh | |
Lagu pembukaan | Wajah Kekasih - Siti Nurhaliza |
Negara asal | Malaysia |
Bahasa | Melayu |
Bilangan episod | 26 |
Penerbitan | |
Penerbit | Nurul Huda Azizi |
Tempoh siaran | 41–42 minit |
Syarikat penerbitan | Opera Klasik Sdn. Bhd. |
Penyiaran | |
Saluran asal | Astro Ria (Slot MegaDrama) |
Format gambar | 1080i (HDTV) |
Format audio | Dolby Digital Plus |
Siaran asal | 25 Ogos 2020 – 5 Oktober 2020 |
Kronologi | |
Mengikuti | Pelindung Seorang Puteri |
Diikuti oleh | Perempuan Tanpa Dosa |
SinopsisSunting
Mengisahkan tentang perjalanan hidup Manis, seorang guru tadika yang berusia 25 tahun dan kembar seirasnya, Manja yang agak lembam. Manis dan Manja hidup bersama mak dan nenek mereka yang sakit.
Pelbagai dugaan dan tanggungjawab yang dipikul oleh Manis, namun dia tidak pernah mengeluh. Sehinggalah Manis jatuh hati pada seorang guru sekolah rendah bernama Yusuf, hubungan adik beradik itu mula tergugat.
Manis dan Yusuf merancang untuk melangsungkan pernikahan. Suria yang tergilakan Yusuf menghasut Manja untuk menghalang perkahwinan mereka. Manja memaksa Manis untuk memilih antara dia atau Yusuf.
PelakonSunting
- Mira Filzah sebagai Manis Suhaila / Manja Suhana [2].
- Zul Ariffin sebagai Cikgu Yusof
- Adlin Aman Ramli sebagai Ikram
- Zarina Zainuddin sebagai Maria (Mak)
- Ruminah Sidek sebagai Nenek Minah
- Maisara Sufia sebagai Suria
- Fauziah Nawi sebagai Kalsom
- Ruzaidi Abdul Rahman sebagai Pak Samad
- Bazly Hanif sebagai Cikgu Adam
- Imran Ashraf sebagai Cikgu Alif
- Dian P.Ramlee sebagai Mak Yusof
- Raja Azura sebagai Fiza
RujukanSunting
- ^ "Drama Bidadari Kiriman Tuhan (Astro Ria)". My Infotaip. 25 Ogos 2020. Dicapai pada 25 Mac 2020.
- ^ Kakimuvee (30 Jun 2020) Filzah bawa watak kembar dalam drama bidadari kiriman tuhan Kakimuvee. Dicapai 30 Jun 2020.