Buka menu utama

Bidong: The Boat People merupakan sebuah filem drama Malaysia 2018 arahan Yusof Kelana terbitan YKS Film Maker Sdn Bhd.[2] Ia dibintangi oleh Taufiq Hanafi, Irene Wong, Livonia Ricky Guing, Lawrence Poh, Abby Nour, Man Raja Lawak. Diilhamkan dari satu kisah benar, ia mengisahkan mengenai bagaimana seorang gadis bernama Kien Bidong yang mahu kembali ke Pulau Bidong sebagai memperingati detik kelahirannya di sana. Filem ini ditayangkan pada 1 Mac 2018.[3]

Bidong: The Boat People
PengarahYusof Kelana
PenulisYusof Kelana
Lakon layar olehFendy Mahmood
Dibintangi oleh
Syarikat
penerbitan
YKS Film Maker Sdn Bhd
PengedarRex Film Distribution Sdn. Bhd.
Mula ditayangkan
1 Mac 2018
Tempoh tayangan
100 minit
NegaraMalaysia
BahasaBahasa Melayu
PerbelanjaanRM1.3 juta
Pecah panggungRM10,000[1]

Pada September 2018, Sinar Harian menyenaraikan Bidong: The Boat People sebagai salah satu daripada 10 filem Malaysia dengan kutipan pecah panggung terendah 2018.[4]

SinopsisSunting

Selepas Perang Vietnam, jutaan orang cuba melarikan diri daripada pemerintahan Komunis di negara tersebut. Pada tahun 1975, pelarian Vietnam telah mendarat di pinggir pantai Pulau Bidong di Malaysia menaiki bot. Pada 1978, jumlah bot yang membawa orang ke pulau tersebut semakin ramai dan akhirnya ia diiktiraf sebagai kem pelarian kepada mereka. Kini 30 tahun kemudian, seorang wanita bernama Klen Bi Dong, yang dilahirkan oleh Hong Yen di pulau itu, mula mengingati tempat itu. Dia dan ibunya yang kini tinggal di Australia pulang ke Pulau Bidong selepas berhubung dengan Adib, seorang rakyat Malaysia yang sedang melakukan penyelidikan mengenai kura-kura di sana. Adib kemudian membantu Hong Yen berhubung dengan Prebet Ali, seorang askar Malaysia yang membantunya ketika berada di pulau itu.

PelakonSunting

  • Livonia Ricky Guing sebagai Kien Bidong
  • Irene Wong sebagai Hong Yen
  • Dickson Chin sebagai Dae Kien
  • Taufiq Hanafi sebagai Adib

PenerbitanSunting

Bidong: The Boat People diarahkan oleh Yusof Kelana dan dihasilkan oleh YKS Film Maker Sdn Bhd dan diedarkan oleh Rex Film Distribution Sdn. Bhd. Kos pembikinan filem ini dianggarkan berjumlah RM1.3 juta, Yusof mendapat idea untuk menerbitkan filem ini ketika menjalani penggambaran sebuah dokumentari di Hanoi, Vietnam. Filem ini menggunakan empat bahasa—Melayu, Inggeris, Vietnam dan Kantonis. Irene Wong mempelajari bahasa Vietnam bagi menghidupkan watak Hong Yen; Bidong: The Boat People merupakan filem sulung lakonannya. Taufiq Hanafi mengambil masa selama sebulan untuk bertutur menggunakan sebutan yang betul. Penggambaran dijalankan di sekitar Kemaman, Pulau Bidong, Kijal dan Kuala Terengganu pada 2016.[5]

Keluaran dan sambutanSunting

Bidong: The Boat People dikeluarkan pada 1 Mac 2018, dikelaskan sebagai U untuk tontonan umum. Filem ini merupakan satu kegagalan komersial, hanya mencatat kutipan sebanyak RM3,536 sehingga tamat tayangan.[6]

Ulasan untuk filem ini rata-ratanya positif. Shazryn Mohd Faizal dari mStar Online menyifatkan mesej sejagat filem ini tidak kesampaian dan menganggap ia "hanya layak dijadikan telefilem dan drama bersiri".[7] Noor Syahidatol Aqma Mohd. Noor dari Kosmo! berkata: "Secara keseluruhan, filem yang mengangkat usaha Malaysia dalam menangani isu pelarian Vietnam, dikenali sebagai ‘The Boat People’ menerusi dua era yang berbeza dan menggunakan empat bahasa berlainan layak diberi pujian sewajarnya."[8]

Pada September 2018, Bidong: The Boat People disenaraikan sebagai salah satu daripada 10 filem Malaysia dengan kutipan pecah panggung terendah bagi tahun 2018 oleh Sinar Harian, bersama-sama Makrifat Cinta dan Hantu Wangan serta tujuh lagi filem.[4]

RujukanSunting

  1. ^ Muhamad Fairoz Azizan (12 Mac 2018). "Kutipan filem Bidong tak sampai RM10,000". Berita Harian. Dicapai 23 Julai 2018. 
  2. ^ Nadia Azam (13 Februari 2018). "Bidong The Boat People tak semudah disangka". Malaysiakini. Dicapai 23 Julai 2018. 
  3. ^ Nadia Azam (13 Mac 2018). "Bidong The Boat People: Sekarang Yusof Kelana tahu". Malaysiakini. Dicapai 23 Julai 2018. 
  4. ^ a b "Top 10 filem Melayu dengan kutipan terendah". Sinar Harian. 9 September 2018. Dicapai 11 September 2018. 
  5. ^ Noor Syahidatool Aqma 
Mohd. Noor (21 Februari 2018). "Pelarian Vietnam dalam Bidong: The Boat People". Kosmo!. Dicapai 23 Julai 2018. 
  6. ^ Wawann Mohd (23 Mac 2018). "Filem Bidong The Boat People hanya kutip RM3,536". Sinar Harian. Dicapai 23 Julai 2018. 
  7. ^ Shazryn Mohd Faizal (7 Mac 2018). "Mesej Sejagat 'Bidong: The Boat People' Tidak Kesampaian". mStar Online. Dicapai 23 Julai 2018. 
  8. ^ Noor Syahidatol Aqma Mohd. Noor (7 Mac 2018). "Bidong kisah benar pelarian Vietnam". Kosmo!. Dicapai 23 Julai 2018. 

Pautan luarSunting