Sebuah bikar sebagai radas makmal ialah sebuah bekas silinder dengan dasar yang rata. Kebanyakan bikar juga memiliki suatu alur muncung untuk memudahkan penuangan cecair. Bikar memiliki pelbagai saiz, daripada satu mililiter ke beberapa liter. Berbanding dengan kelalang makmal yang berdinding serong, dinding bikar adalah tegak, kecuali bikar-bikar yang sedikit mencondong seperti bikar Philips. Bikar lazimnya diperbuat daripada kaca (kini, biasanya kaca borosilikat),[1] tetapi boleh juga diperbuat daripada logam seperti keluli tahan karat atau aluminium atau plastik-plsatik tertentu (terutamanya politena, polipropena dan PTFE).

Bikar
Bikar dalam aneka saiz
KegunaanPenyimpanan dan pengukuran cecair mengikut isi padu
Item berkaitanKelalang makmal

Bikar biasanya memiliki tanda ukur yang menandakan isi padu cecair yang dimasukkan. Walau bagaimanapun, ukuran tanda-tanda ini boleh dianggap sebagai anggaran, dan tidak diniatkan bagi tujuan pengukuran yang tepat seperti yang dilakukan silinder penyukat atau kelalang volumetrik Kebanyakan ukuran pada bikar adalah tepat berjulat ~10%.[2]

Rujukan sunting

  1. ^ British Standard 6523 (1984) Glass beakers for original experiments use
  2. ^ "Beakers" (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 20 Oktober 2014.

Pautan luar sunting

  •   Media berkenaan Bikar di Wikimedia Commons