Buka menu utama

Bikin Wilayah ialah album studio pertama yang dirakam oleh kumpulan Search semenjak penyanyi utama asalnya, Amy meninggalkan mereka untuk memberi tumpuan kepada kerjaya solo. Oleh yang demikian, Awie dari Kumpulan Wings, Malaysia dijemput sebagai penyanyi gantian untuk menyempurnakan album ini.

Bikin Wilayah
Album studio oleh Search
(menampilkan Awie)
Dikeluarkan pada1998
GenreRock
SyarikatBMG Music
Kronologi Search
(menampilkan Awie)
Double Trouble
(1998)
Bikin Wilayah
(1998)
Selepas Banjir
(1999)

Maklumat amSunting

Ketika album ini dirakam, Awie selaku penyanyi undangan sudah meninggalkan kugiran Wings. (Diingatkan bahawa album yang keluar sebelumnya iaitu album duet Double Trouble 2 yang menggabungkan Search dan Wings, menyaksikan Mustaffa Din sebagai penyanyi Wings). Selain Awie, kumpulan Search dianggotai oleh Hamzah Taib (gitar elektrik), Noordin Taib (gitar elektrik dan akustik), Fauzi (gitar bes, papan nada) dan Yazid Ahmad (dram).

Album terbitan kumpulan Search ini dirakam di studio Menora Music, diikuti proses pengadunan dan mastering di Synchrosound Studio. Selepas siapnya album ini, Noordin, Hamzah dan Fauzi meninggalkan kumpulan Search, meninggalkan Yazid sebagai satu-satunya ahli Search yang tinggal, sekaligus menandakan kumpulan Search di ambang perpecahan. Kumpulan Search dengan anggota baru sempat menerbitkan satu lagi album, Selepas Banjir, sebelum berpecah pada tahun 2001, dan tahun 2004 mereka bergabung kembali untuk Konsert Evolusi Lagenda Rock ,kembali aktif sehingga hari ini.

Senarai runutSunting

No. TajukLirikGubahan Masa
1. "Mancis Dah Basah"  LoloqSearch & M. Nasir 4.40
2. "Bayangan Baiduri"  S. Amin ShahabM. Nasir 6.25
3. "Zen (Bikin Wilayah)"  LoloqFauzi, Noordin, Yazid & Kid 4.22
4. "Setia Dalam Kacamu"  KeonM. Nasir 5.06
5. "Ichiban"  LoloqNoordin 4.00
6. "Kanta Biru"  UsopFauzi, Noordin, Yazid & Kid 4.35
7. "Ghairah Malam 15"  KeonSearch & M. Nasir 4.45
8. "Mutiara Embun"  SethM. Nasir 4.35
9. "Penghujung Jalan"  Keno Salleh GhaniFauzi, Noordin, Yazid & Kid 4.35
10. "Nur Nilam Sari"  LoloqSearch & M. Nasir 5.51

Anugerah dan pencalonanSunting

Pautan luarSunting