Bil Azali

Pelakon dan model Malaysia

Mohamad Nabil Bin Azali (Jawi : بيل ازلي ; lahir 11 November 1992) merupakan seorang pelakon dan model lelaki Malaysia. Beliau merupakan bekas peserta Pilih Kasih musim 2.

Bil Azali
Kelahiran
Mohamad Nabil bin Azali

(1992-11-11) 11 November 1992 (umur 31)
PekerjaanPelakon, model
Tahun aktif2008–kini

Kehidupan peribadi sunting

Bil Azali dilahirkan di Depok, Pahang. Namanya menjadi bualan media sekitar awal September 2015 berikutan tindakannya menumbuk abang iparnya, penyanyi Asfan Shah di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), ketika Asfan sedang menunggu isterinya pulang dari Perancis.[1]

Kerjaya sunting

Bakat Bil Azali mula dikesan oleh pelakon, Rosyam Nor apabila beliau menjadi salah seorang daripada 16 finalis rancangan pencarian bakat baharu bidang lakonan, Pilih Kasih musim kedua. Pada 2012, beliau berlakon di samping Remy Ishak dan Tiz Zaqyah dalam drama Cinta Jangan Pergi; beliau memegang watak Jaydee. Bil mempunyai peranan pembantu dalam drama Astana Cinta Aleesa yang dibintangi oleh Emma Maembong dan Nazim Othman. Bil membuat penampilan filem pertama menerusi filem seram Apartment arahan Pierre Andre yang ditayangkan pada 2015.

Bermula 12 November 2015 hingga 19 Januari 2016, Beliau muncul bersama Ezzaty Abdullah, Redza Rosli dan Azira Shafinaz dalam siri drama Stella yang bersiaran di TV9. Bil memegang watak sebagai Zaidi dalam drama adaptasi novel 7 Hari Mencintaiku yang mencipta fenomena luar biasa di televisyen. Beliau berlakon bersama Ajak Shiro dalam filem aksi komedi Rempit Sampai Langit arahan Silver Chung yang ditayangkan pada 23 November 2017.[2]

Filemografi sunting

Filem sunting

Tahun Tajuk Watak Catatan
2012 Hoore! Hoore! Sham Filem pertama
2015 Apartment
2017 Rempit Sampai Langit Amin
2022 Rajawali Shahrul

Drama sunting

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2008 Tangisan Bulan Madu TV2
2011 Kelong Kasih Zairi TV1
Kurma Ajwa Untuk Najwa TV AlHijrah
Kasih Najihah TV9
2012 Rawan Amir
2013 Cinta Jangan Pergi Jaydee
Ku Cinta Kau Seorang Razman TV3
2014 Selamat Pengantin Madu
Jalan Kembali TV2
Astana Cinta Aleesa Jimmy TV9
#Antidot Kamil TV3
2014–2015 Bercakap Dengan Jin Astro Mustika HD
2015 Stella Ally TV9
Rubber Band Aidan TV3
Padamu Aku Bersujud Khairi
Angin Syurga TV2
Ayuni Safira TV9
Flora Rimba TV Okey
2016 Lara Terindah Ali TV3
7 Hari Mencintaiku Zaidi
2020 7 Hari Mencintaiku
2022 7 Hari Mencintaiku 3

Telefilem sunting

Tahun Tajuk Watak Saluran TV
2011 Adiguru
2012 Nur Iman
2013 Janji Hati
Muat Tak Muat
2016 Isteriku Miss Sally
2020 Aku Bukan Syurgamu
2022 Aida Adha Adha TV1
Selamat Hari Jadi Abah TV Okey

Televisyen sunting

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV
2010 Pilih Kasih (Musim 2) Dirinya sendiri/Peserta TV2

Anugerah dan pencalonan sunting

Tahun Anugerah Kategori Keputusan
2011 Pilih Kasih Finalis

Rujukan sunting

  1. ^ Nurfarahana Mohamed (3 September 2015). Tak menyesal tumbuk Asfan Utusan Malaysia. Dicapai pada 4 September 2015.
  2. ^ Aqmar Mustaza (25 November 2017). "'Rempit Sampai Langit' mencuit hati". Sinar Harian. Dicapai pada 1 Disember 2017.

Pautan luar sunting