Bila Cupid Jatuh Cinta

Bila Cupid Jatuh Cinta merupakan sebuah siri drama televisyen Malaysia 2020 arahan Bahri Uma Bajuri dibintangi oleh Aiman Hakim Ridza dan Oktovia Manrose. Ia mengisahkan Fira yang bekerja di agensi mencari jodoh ditugaskan mencari calon pasangan untuk anak kepada rakan karib bosnya, Dani. Tanpa dijangka, Fira terjatuh hati dengan Dani. Siri ini memulakan tayangan perdana di TV3 dari 4 Julai 2020 hingga 5 September 2020 menggantikan Studio Drama Sangat. [1][2]

Bila Cupid Jatuh Cinta
GenreDrama, cinta
PenciptaShazana Omar Suhaimi
Ditulis oleh
  • Amin Shakib
  • Shahazril Hamzah
  • Shida Zali
  • Amar Amir
PengarahBahri Uma Bajuri
Pengarah kreatif
Enny Ridwan
Dibintangi oleh
Lagu pembukaan"Mahukah Kamu" oleh Shalma Eliana dan Faris Jabba
Lagu penutup"Mahukah Kamu" oleh Shalma Eliana dan Faris Jabba
Negara asalMalaysia
BahasaMelayu
Bilangan episod10
Penerbitan
Penerbit eksekutifNorshahila Harun Shah
PenerbitDato Sri Jaspal S. Korotana
Penyunting
  • Kuljit
  • Azzalina
  • Raja Fattah
  • Ashri
  • Jauna Athira
  • Nur Nawarrah
  • Fikri Cholan
  • Siti Sarah Enjos
  • Akmal Hayat
LokasiKuala Lumpur, Malaysia
SinematografiBalang Rezza
Pemasangan kamera
Tetapan multi-kamera
Tempoh siaran41–42 minit
Syarikat penerbitan
Orangetree Production
Penyiaran
Saluran asalTV3
Format gambar
Format audioDolby Digital
Siaran asal4 Julai 2020 – 5 September 2020

Sinopsis sunting

Fira (Oktovia Manrose) menerima tugasan daripada bosnya, Puan Suraya (Sharmaine Farouk) untuk mencarikan jodoh untuk Dani, anak kepada rakan karibnya. Di saat bertemu Dani, Fira terjatuh hati pada Dani tetapi dia menyimpan perasaannya untuk bersikap profesional sebagai ejen mencari jodoh.

Haris (Ikmal Amry), anak kepada Puan Suraya mula rasa bimbang kerana dia sebenarnya menyukai Fira dalam diam. Haris mula rasa tergugat dengan Dani. Kegagalan Fira untuk melawan perasaannya menyebabkan Fira tidak tentu arah. Malahan, Fira sanggup menemukan Dani dengan calon palsu agar dapat memberikannya lebih banyak masa untuk memenangi hati Dani.

Fira mula berubah untuk menepati ciri-ciri wanita idaman Dani. Calon yang dicarikan oleh Fira nampaknya padan dengan Dani apabila hubungan Dani dan Sara (Sharifah Husna) bermula dengan baik. Fira rasa kecewa dan mula menerima hakikat bahawa cinta Dani tidak akan menjadi miliknya. Namun, Dani tidak mempunyai perasaan cinta terhadap Sara.

Dani bersemuka dengan Fira dan mengatakan dia tahu akan rancangan Fira yang sengaja mencarikan calon yang tidak sesuai untuknya. Fira menidakkannya dan mempertahankan diri dengan mengatakan Sara ialah calon paling sesuai untuk Dani. Pada masa yang sama, Haris telah meluahkan isi hatinya dan berusaha untuk memikat hati Fira.

Pelakon sunting

Pelakon utama sunting

Pelakon pembantu sunting

Penampilan khas sunting

Runut bunyi sunting

Rujukan sunting

  1. ^ a b c d e f g h i j k l m n o p q r s t "Drama Bila Cupid Jatuh Cinta (TV3)". My Infotaip. 3 Julai 2020. Dicapai pada 10 Julai 2020.
  2. ^ Budiey (11 Julai 2020). "Sinopsis drama Bila Cupid Jatuh Cinta lakonan Aiman Hakim dan Oktovia Manrose". Sensasi Selebriti. Dicapai pada 12 Julai 2020.
  3. ^ Aisyah Badrul (14 Julai 2020). "Aiman Hakim berlakon dengan bapa mertua dalam drama Bila Cupid Jatuh Cinta". XTRA. Dicapai pada 18 Julai 2020.
  4. ^ Sudirman Mohd Tahir (19 Julai 2020). ""Saya nak buktikan!"". Harian Metro. Dicapai pada 22 Julai 2020.
  5. ^ Syafil Syazwan Jefri (7 Mac 2020). "Mahu cergas di usia 50". Harian Metro. Dicapai pada 10 Julai 2020.