Bila Hati Berbicara

Bila Hati Berbicara ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia 2014 arahan Amie Maziah dibintangi oleh Atikah Suhaime, Syafiq Kyle dan Hafreez Adam. Diadaptasi dari novel 2008 bertajuk sama karya Antasya Balqis, drama ini memulakan tayangan perdana di slot Akasia TV3 dari 28 Oktober 2014 hingga 22 Disember 2014 menggantikan Maaf Jika Aku Tak Sempurna.[1][2]

Bila Hati Berbicara
GenreDrama
Cinta
PenciptaAntasya Balqis
Ditulis olehSharifah Abu Salem
PengarahAmie Maziah Abdul Rahman
Dibintangi oleh
Lagu pembukaan"Hingga Hujung Dunia" oleh Hanie Soraya
Lagu penutup"Engkau" oleh Siddiq Safian
Negara asalMalaysia
BahasaMelayu
Bilangan episod32
Penerbitan
Penerbit eksekutifJulia Juhasu
Penerbit
Penyunting
  • Haikal Fadzil
  • Azurain Ali
  • Nazrin Saad
  • Fadhzrin Halili
Sinematografi
  • Che Mie
  • Jamaluddin Yaacob
  • Mohd Sharizad Saad
  • Indra Hisham Azman
  • Khairul Husin
  • Syawal Roslie
Pemasangan kamera
Tetapan multi-kamera
Tempoh siaran40 minit
Syarikat penerbitan
Suhan Movies & Trading
Penyiaran
Saluran asalTV3
Format gambar
Format audioDolby Digital
Siaran asal28 Oktober 2014 – 22 Disember 2014
Kronologi
MengikutiMaaf Jika Aku Tak Sempurna
Diikuti olehIstikharah Cinta

Siri ini boleh didapati melalui penstriman dalam talian di saluran YouTube rasmi TV3.[3]

Sinopsis sunting

Mengisahkan tentang percintaan antara dua insan yang berasal dari latar belakang yang berbeza. Emir Qasya (Syafiq Kyle) seorang pemaju hartanah yang berjaya dan amat mementingkan darjat dan keturunan manakala Tania Katsura (Atikah Suhaime) pula seorang gadis biasa yang tinggal di kawasan setinggan dan sentiasa berkerja keras untuk mengejar cita-citanya.

Apabila syarikat Emir ingin membeli kawasan setinggan tempat Tania tinggal untuk dimajukan, dia mendapat tentangan hebat daripada penduduk-penduduk di situ yang diketuai oleh Tania. Demi mengambil hati Tania supaya dapat memujuk penduduk-penduduk itu menjual tanah kepada syarikatnya, Emir telah menawarkan kerja kepada Tania.

Selepas mengenali hati budi Tania, Emir mengakui bahawa Tania ialah seorang gadis yang amat istimewa. Namun, Emir menafikan dirinya telah jatuh cinta pada Tania kerana dia merasakan Tania tidak sesuai untuk menjadi isterinya kerana perbezaan darjat.

Emir memperkenalkan Tania kepada sahahat baik yang juga pembantunya, Badri Fathul (Hafreez Adam). Badri tertarik dengan perwatakan Tania dan ini telah menyebabkan Emir rasa cemburu. Akhirnya, Emir telah memerangkap Tania supaya berkahwin dengan dia selepas tercabar dengan Badri yang juga mahu menawan hati Tania.

Sesuatu telah terjadi dalam perkahwinan mereka kerana fitnah dan dendam Taufik (Azwan Kombos) terhadap Tania Katsura. Taufik berdendam kerana tidak dapat memiliki Tania. Bekas teman wanita Emir, Babe (Raja Ilya) juga berpakat dengan Taufik untuk merosakkan hubungan Emir dan Tania. Apakah yang akan terjadi kepada Emir dan Tania? Adakah kasih sayang dapat menyatukan cinta Emir kepada Tania?

Pelakon sunting

Pelakon utama sunting

Pelakon pembantu sunting

Runut bunyi sunting

No.TajukArtisMasa
1."Hujung Dunia"Hanie Soraya3:47
2."Engkau"Siddiq Safian4:12
3."Selalu Ada"Deanna Hussin3:49
4."Jatuh Cinta"iamNeeta4:16
5."Selamaku Bernafas"Syamkamarul3:55
Jumlah masa: 20:03


  • "Hingga Hujung Dunia" - Hanie Soraya
  • "Engkau" - Siddiq Safian
  • "Kau Selalu Ada" - Deanna Hussain
  • "Jatuh Cinta" - iamNEETA
  • "Selama Ku Bernafas" - Syam Kamarul

Rujukan sunting

  1. ^ Buidey (27 Oktober 2014). Sinopsis Drama Bersiri BILA HATI BERBICARA Sensasi Selebriti. Dicapai pada 10 Julai 2015.
  2. ^ Penangan Bila Hati Berbicara Perak Today. 27 Oktober 2014. Dicapai pada 1 November 2014.
  3. ^ Bila Hati Berbicara (2014): Episod Penuh. YouTube. TV3. Dicapai pada 9 April 2019.
TV3: Slot Akasia, Isnin–Khamis, 7:00 petang
Sebelumnya Bila Hati Berbicara Berikutnya
Maaf Jika Aku Tak Sempurna Istikharah Cinta