Bila Musang Berjanggut

Bila Musang Berjanggut ialah sebuah siri drama televisyen fantasi Malaysia 2010 arahan Azman "Jinggo" Yahya, dibintangi oleh Fizo Omar dan Fathia Latiff. Siri ini memulakan tayangan perdana di Slot Lagenda TV3 dari 29 Mac 2010 hingga 29 April 2010 menggantikan Siong.[1][2]

Bila Musang Berjanggut
Genre
Ditulis olehSofia J. Rhyland
PengarahAzman "Jinggo" Yahya
Dibintangi oleh
Negara asalMalaysia
BahasaMelayu
Bilangan episod20
Penerbitan
Penerbit eksekutif
  • Uzair Haqimy
  • Luth Mikhail
PenerbitSheila Rusly
Penyunting
  • Cheah Pooi Sin
  • Valerie Wong
SinematografiJamaluddin Yaacob
Tempoh siaran39–40 minit
Syarikat penerbitan
JS Pictures
Penyiaran
Saluran asalTV3
Siaran asal29 Mac 2010 – 29 April 2010
Kronologi
MengikutiSiong
Diikuti olehSayang Cendana

Siri ini boleh didiapati melalui penstriman dalam talian di saluran YouTube rasmi TV3.[3]

Sinopsis sunting

Hikayat mengisahkan tentang Orang Kaya Jamil (Shahrulnizam) berasal dari keluarga yang berada dan berstatus tinggi. Ayahnya, Tuan Termasyur (Datuk Jalaluddin Hassan) berpura-pura sakit tenat supaya Jamil pulang ke Malaysia dan berkahwin dengan gadis pilihannya.Tanpa disangka, Tuan Termasyur mengahwinkan Jamil dengan 3 wanita berlainan kaum iaitu Melayu, Cina dan India serentak. Walaupun begitu, mereka tidak dikurniakan anak kerana Jamil disahkan mandul.

Waris amat penting bagi Jamil kerana dia bakal mewarisi harta keluarga Tuan Termasyur bernilai berbillion ringgit. Jika tidak, sepupu Jamil iaitu Mamat Trump berhak mendapat harta tersebut. Pelbagai kaedah perubatan dan cara alternatif telah dicuba, akhirnya mereka membuat keputusan untuk mengambil anak angkat.

Faridah aka Ferra (Sheila Rusly) muncul dalam kehidupan mereka dan berjaya mendapatkan seorang anak yang menepati kriteria Jamil iaitu Ashraff. Ashraff ditatang bagai minyak penuh dan diberikan pendidikan terbaik termasuk adat dan budaya ketiga-tiga ibunya. Oleh itu, Ashraff boleh bertutur dalam bahasa Melayu, Mandarin dan Tamil tanpa masalah. Namun, sejak usia 13 tahun, pelbagai ugutan muncul dalam keluarga mereka. Oleh kerana bimbang akan keselamatan Ashraff, Jamil menghantar Ashraff dan sepupunya Romeo sambung belajar ke luar negara.

Kembalinya Ashraff ke tanah air, Jamil mula khuatir jika Ashraff (Fizo Omar) tidak akan berkahwin dan harta keluarga Tuan Termasyur akan jatuh ke tangan Mamat Trump (Mahmud Ali Bashah) dan anaknya Romeo. Lalu dia meminta pertolongan Faridah aka Ferra untuk mencarikan calon isteri buat Ashraff. Namun tiada seorang pun yang memikat hati anaknya. Ashraff mahu membuktikan kepada keluarganya bahawa dia akan menemui ‘wanita sejati’ yang mencintai dirinya dan bukan kerana harta kekayaan. Ashraff bertemu dan terpikat kepada Cempaka (Nur Fathia), satu-satunya wanita yang berjaya melepasi segala ujian yang diberikan. Mereka disatukan sebagai suami isteri. Namun, kehadiran Cempaka di dalam keluarga Ashraff menimbulkan pelbagai gelagat lucu. Apakah yang terjadi selanjutnya?

Pelakon sunting

Pelakon utama sunting

Pelakon pembantu sunting

Undangan khas sunting

Rujukan sunting

  1. ^ Norutul Ilham (22 Mac 2010). ""Bila Musang Berjanggut" Lebih Kelakar". mStar Online. Dicapai pada 21 April 2013.
  2. ^ Budiey (18 Mac 2010). "Sekitar Majlis Ramah Mesra Bersama Pelakon Bila Musang Berjanggut". Sensasi Selebriti. Dicapai pada 21 April 2013.
  3. ^ Bila Musang Berjanggut (2010): Episod Penuh. YouTube. TV3. Dicapai pada 7 April 2019.