Billionaire Boys Club (filem 2018)

Billionaire Boys Club merupakan sebuah filem jenayah dan biografi dari Amerika Syarikat tahun 2018 arahan James Cox dan ditulis bersama Captain Mauzner. Filem ini dibintangi oleh Ansel Elgort, Taron Egerton, Kevin Spacey, Emma Roberts, Jeremy Irvine, Thomas Cocquerel, Rosanna Arquette, Cary Elwes dan Judd Nelson. Filem ini berdasarkan kisah sebenar Billionaire Boys Club yang aktif di Selatan California sekitar tahun 1980-an. Filem ini dijadualkan tayangan menerusi video on demand pada 17 Julai 2018 sebelum ditayangkan secara terhad pada 17 Ogos 2018 oleh Vertical Entertainment.

Billionaire Boys Club
PengarahJames Cox
Penulis
  • James Cox
  • Captain Mauzner
Dihasilkan oleh
Dibintangi
SinematografiJames M. Muro
Disunting olehGlen Scantlebury
Syarikat
penerbitan
Armory Films
Diedarkan olehVertical Entertainment
Tarikh tayangan
  • 17 Ogos 2018 (2018-08-17) (Amerika Syarikat)
Masa tayangan
108 minit
NegaraAmerika Syarikat
BahasaEnglish
Bajet$15 juta[1]

Pelakon sunting

Produksi sunting

Pada Mei 2010, The Hollywood Reporter mengesahkan bahawa James Cox akan mengarahkan sebuah filem jenayah Billionaire Boys Club, kisah sebenar sekumpulan anak muda kaya di Los Angeles sekitar awal 1980-an yang memulakan Billionaire Boys Club untuk menjalankan skim Ponzi.[2] Cox telah menulis skrip dalam masa empat bulan selepas sebuah kajian ekslusif mengenainya bersama adiknya, Stephen yang menghabiskan empat bulan lagi untuk filem ini.[2] Cox telah mengumpulkan bahan untuk lakon layar dari dokumen mahkamah, transkrip lisan, dan artikel-artikel yang telah diterbitkan.

Pada 29 Oktober 2015, Ansel Elgort dan Taron Egerton menyertai senarai pelakon, dengan Elgort memegang watak sebagai Joe Hunt, ketua kumpulan dan pakar kewangan, manakala Egerton sebagai Dean Karny, seorang pemain tenis profesional.[3][4] Captain Mauzner telah menulis skrip bersama-sama dengan Cox, manakala penerbit filem pula Wiersma dan Cassian Elwes. Filem ini dibiaya oleh Armory Films, manakala Good Universe menguruskan jualan untuk pasaran antarabangsa.[4] Pada November 2015, Kevin Spacey[5] menandatangani perjanjian untuk memegang watak Ron Levin, Emma Roberts[6] pula menyertai sebagai Sydney, kekasih Hunt, manakala Suki Waterhouse sebagai Quintana, kekasih Karny.[7]

Pada Disember 2015, Variety melaporkan bahawa Judd Nelson, yang memegang watak sebagai Joe Hunt dalam siri mini 1987, Billionaire Boys Club, akan memegang watak sebagai Ryan Hunt, bapa kepada Joe.[8] Dalam bulan yang sama, Ryan Rottman[9] menyertai mereka untuk memegang watak sebagai Scott Biltmore, salah seorang kembar yang diambil sebagai anak angkat oleh pemilik Maybelline, yang menjadi orang pertama melabur dalam Club dan Thomas Cocquerel bersetuju untuk memegang watak sebagai Charlie.[10] Bokeem Woodbine, Billie Lourd dan Jeremy Irvine turut menyertai barisan pelakon dengan Irvine sebagai Kyle Biltmore, Lourd sebagai Rosanna, dan Woodbine sebagai pengawal kelab yang terlibat dalam kegiatan kelab.[11]

Pengambaran filem telah bermula di New Orleans pada 7 Disember 2015.[12][13][14]

Tayangan sunting

Filem ini ditayangkan menerusi video on demand pada 17 Julai 2018 sebelum dikeluarkan secara terhad pada 17 Ogos 2018 oleh Vertical Entertainment.[15][16]

Walaupun berhadapan dengan tuduhan salah laku seksual terhadap Kevin Spacey pada Oktober 2017, Vertical Entertainment menyatakan bahawa mereka akan tetap meneruskan dengan tayangan filem tersebut.[17]

Rujukan sunting

  1. ^ Friedman, Roger. "Completed "Billionaire Boys Club" Movie in Limbo: Kevin Spacey Can't Be Erased from This One". Showbiz411.com. Showbiz411. Dicapai pada 2 April 2018.
  2. ^ a b Kit, Zorianna (May 13, 2010). "James Cox to direct 'Billionaire Boys Club'". hollywoodreporter.com. Dicapai pada December 11, 2015.
  3. ^ Ford, Rebecca; Kit, Borys (October 29, 2015). "Ansel Elgort, Taron Egerton to Star in 'Billionaire Boys Club'". hollywoodreporter.com. Dicapai pada December 11, 2015.
  4. ^ a b McNary, Dave (October 29, 2015). "Ansel Elgort, Taron Egerton Starring in 'Billionaire Boys Club' Movie (EXCLUSIVE)". variety.com. Dicapai pada December 11, 2015.
  5. ^ Fleming Jr, Mike (November 3, 2015). "Kevin Spacey Joining 'Baby Driver' & 'Billionaire Boys Club'". deadline.com. Dicapai pada December 11, 2015.
  6. ^ McNary, Dave (November 5, 2015). "Emma Roberts Joins Ansel Elgort in 'Billionaire Boys Club'". variety.com. Dicapai pada December 11, 2015.
  7. ^ McNary, Dave (November 24, 2015). "Suki Waterhouse Joins 'Billionaire Boys Club' Remake (EXCLUSIVE)". Variety. Dicapai pada December 11, 2015.
  8. ^ McNary, Dave (December 5, 2015). "Judd Nelson Returns for 'Billionaire Boys Club' Remake (EXCLUSIVE)". Variety. Dicapai pada December 11, 2015.
  9. ^ Galuppo, Mia (December 7, 2015). "Ryan Rottman Joins Ansel Elgort, Suki Waterhouse in 'Billionaire Boys Club' (Exclusive)". The Hollywood Reporter. Dicapai pada December 11, 2015.
  10. ^ Kroll, Justin (December 8, 2015). "Thomas Cocquerel Joins Ansel Elgort in 'Billionaire Boys Club'". variety.com. Dicapai pada December 11, 2015.
  11. ^ McNary, Dave (December 15, 2015). "Billie Lourd, Bokeem Woodbine, Jeremy Irvine Join 'Billionaire Boys Club' (EXCLUSIVE)". Variety. Dicapai pada December 15, 2015.
  12. ^ Scott, Mike (November 11, 2015). "Kevin Spacey's 'Billionaire's Boys Club,' WWE Studios' 'Brothers Blood' headed for New Orleans shoots". nola.com. Dicapai pada November 15, 2015.
  13. ^ Kay, Jeremy (November 3, 2015). "Kevin Spacey joins 'Billionaire Boys Club'". screendaily.com. Dicapai pada December 11, 2015.
  14. ^ "Feature Film "Billionaire Boys Club" Seeks Background Actors". louisianaentertainment.gov. November 12, 2015. Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-03-04. Dicapai pada December 11, 2015.
  15. ^ Kevin Spacey Film 'Billionaire Boys Club' to Hit Select Theaters in August
  16. ^ Donelly, Matt (June 18, 2018). "Return From Exile: Kevin Spacey's 'Billionaire Boys Club' to Hit Theaters in August (Exclusive)". The Wrap. Dicapai pada June 18, 2018.
  17. ^ https://www.independent.co.uk/arts-entertainment/films/news/kevin-spacey-new-film-billionaire-boys-club-sexual-misconduct-allegations-release-date-trailer-a8407801.html

Pautan luar sunting