BIMA Satria Garuda

(Dilencongkan dari Bima Satria Garuda)

BIMA Satria Garuda merupakan sebuah siri Tokusatsu Indonesia, hasil kerjasama antara MNC Media dengan Ishimori Productions, pencipta siri Kamen Rider. Dibintangi Christian Loho, Rayhan Febrian, Stella Cornelia (JKT48), Adhitya Alkatiri, dan Sutan Simatupang, BIMA Satria Garuda ditayangkan di RCTI pada 30 Jun 2013.[1]

BIMA Satria Garuda
Logo "BIMA Satria Garuda"
FormatTokusatsu
PenciptaReino Barack
Ishimori Productions
Dibangunkan oleh
MNC Media
Ishimori Productions
Dibintangi oleh
Christian Loho
Rayhan Febrian
Stella Cornelia
Adhitya Alkatiri
Sutan Simatupang
Penggubah lagu tema
Aghi Narottama
Bembi Gusti
Lagu pembukaan"Seperti Bintang" by Ungu
PenggubahArlonsy Miraldi "Oncy"
Negara asalIndonesia
BahasaBahasa Indonesia
Penerbitan
Penerbit eksekutifReino Barack
PenerbitRobert Ronny
LokasiJakarta
Pemasangan kamera
So Takahashi (J.S.C)
Fadjar Soebekti
Tempoh siaran21 minit/episod
Penyiaran
Saluran asalRCTI
Format gambar480i SDTV
Format audioStereo
Dolby Digital 5.1
Julung kali ditayangkan di
RCTI
Siaran asal30 Jun 2013

Cerita sunting

Kisah BIMA Satria Garuda berawal di Dunia Parallel yang dikuasai Kerajaan VUDO dan berada di ambang kehancuran. Dunia Parallel adalah sebuah dunia yang hidup dalam kegelapan abadi, di mana alamnya sudah tidak mempunyai elemen sumber kehidupan kerana cita-cita kuasa Kerajaan VUDO. Rasputin adalah penguasa Kerajaan VUDO yang jahat dan kejam. Dia ingin mencari dunia lain untuk merebut segala sumber daya alamnya demi menghidupkan Dunia Parallel dan memperluaskan kuasa VUDO. Seorang saintis di Bumi berhasil membuat sebuah portal yang boleh menyambungkan Bumi dan galaksi lain, sehingga akhirnya VUDO mendapat dunia lain yang boleh dikuasai.[2]

Ray Bramasakti mendapatkan Power Stone Merah dari seorang pemuda misterius bernama Mikhail untuk menghentikan upaya Rasputin dan Kerajaan VUDO untuk mengambil alih Bumi. Dengan mendapatkan Power Stone Merah, Ray mendapat kekuatan untuk berubah wujud menjadi "BIMA", sang Satria Garuda. Randy Iskandar dan adiknya, Rena, keluarga angkat Ray pun ikut terseret dalam setiap aksi BIMA melawan kegiatan jahat Rasputin dan Kerajaan VUDO.[2]

Tokoh dan pelakon sunting

Tokoh utama sunting

  • Ray Bramasakti / "BIMA" sang Satria Garuda, tokoh protagonis sekaligus pahlawan super dalam siri ini. Baik, pendiam, rendah hati, namun berprinsip mulia, Ray adalah anak yatim piatu yang hidup bersama dua keluarga angkatnya, Randy dan Rena. Keseharian Ray adalah pekerja di bengkel "Satria Motors", namun dia mempunyai sebuah Power Stone Merah yang didapatkannya dari Mikhail dan menggunakannya untuk menyelamatkan bumi dari ancaman VUDO. Power Stone tersebut dapat mengubahnya menjadi "BIMA", Satria Garuda yang mempunyai kekuatan Garuda: gesit, fokus, dan kuat. Namun Ray juga bergelut dengan penolakannya untuk mengemban tanggungjawab dan kekuatan sebagai "BIMA" kerana tidak mahu membahayakan keluarga angkat yang dicintainya. Ray / BIMA dilakonkan oleh Christian Loho.
  • Randy Iskandar, kakak kandung Rena, keluarga angkat Ray, dan pemilik Bengkel "Satria Motors". Perangai Randy yang kebapakan membuatnya menjadi figur kakak bagi Rena dan Ray. Dia juga adalah sahabat kecil Ray sejak sekolah dan mengetahui sepak terajang Ray sebagai "BIMA". Dia mewarisi harta yang cukup dari kedua orangtuanya yang menghilang. Randy dilakonkan oleh Rayhan Febrian.
  • Rena Iskandar, adik kandung Randy, seorang pelajar dan juga adik angkat Ray. Rena berperangai lugu dan polos, sifatnya cenderung ceroboh dan selalu sial, selalu ingin membantu Ray tapi malah selalu mendapat kesulitan kerana VUDO. Rena sangat menghormati Ray dan Randy, tapi sebenarnya menyimpan perasaan pada Ray. Rena dilakonkan oleh Stella Cornelia.
  • Mikhail, pemuda misteri dari Dunia Parallel. Mikhail melarikan diri dari kapal perang VUDO membawa Power Stone Merah. Dia tidak berkomunikasi banyak dengan manusia dan hanya berkomunikasi dengan Ray di alam telepati. Mikhail dilakonkan oleh Adhitya Alkatiri.

VUDO sunting

  • Rasputin, tokoh antagonis penguasa kerajaan VUDO yang mempunyai Power Stone Hitam berkekuatan maut. Dia berasal dari Dunia Parallel dan ingin menyerang Bumi demi mengambil alih unsur oksigen, cahaya matahari, dan air untuk memberi kehidupan pada Dunia Parallel . Rasputin mula muncul di Episod #2 dan dilakonkan oleh Sutan Simatupang. [2]
  • Topeng Besi, tangan kanan Rasputin dan panglima perang tertinggi VUDO yang mempunyai Power Stone Biru. Topeng besi menggunakan baju zirah besi yang menutup seluruh tubuhnya dan bersenjatakan cakar penghancur. Topeng Besi mulai muncul di Episod # 1 (pelakon kostum: Jerri Yass, pengisi suara: Heru Setiadi).[2]
  • Azazel, tokoh misteri yang bertarung untuk Rasputin. Ia bersenjatakan Toranus (Petir) yang serupa Helios milik BIMA.[3]
  • Prajurit VUDO, tentera pejuang Rasputin yang berasal dari tulang-belulang mati yang diberi kehidupan oleh sihir Rasputin. Mereka hanya dapat dikalahkan oleh kekuatan Power Stone merah.[4][5]

Lagu sunting

Pembukaan dan akhir
  • "Seperti Bintang"
    • Komposisi dan perkiraan: Onci
    • Artis: Ungu
Lain-lain
  • "Istimewa"
    • Komposisi dan perkiraan: Petra Sihombing /Hits Records
    • Artis: Petra Sihombing
    • Episod: #5

Rujukan sunting

  1. ^ "Satria Baja Hitam versi Indonesia Siap Beraksi". Celebrity.okezone.com. Dicapai pada 2013-08-06.
  2. ^ a b c d "RCTI :: Press Release - BIMA Satria Garuda". Rcti.tv. Dicapai pada 2013-08-06.
  3. ^ Cast dari Bima Satria Garuda di duniaku.net.
  4. ^ Penampakan Prajurit VUDO, hai-online.com Diarkibkan 2013-11-10 di Wayback Machine, diakses 23 Juli 2013.
  5. ^ Tokoh-tokoh di Serial Bima Satria Garuda, cekricek.co.id Diarkibkan 2013-08-12 di Wayback Machine, diakses 23 Juli 2013.

Pautan luar sunting