Bingkor

Pekan di Sabah

Bingkor satu nama yang tidak asing lagi di Keningau dan merupakan sebuah pekan kecil yang terletak di bahagian pedalaman Sabah, Malaysia.[1] Ia terletak kira-kira 10 kilometer dari bandar Keningau.[1] Majoriti penduduk adalah Dusun dan Murut, yang terdiri daripada sebahagian daripada etnik atau kumpulan Dayak Borneo. Kaum Dusun terbahagi kepada Dusun Gana dan Dusun Kuyau, manakala kaum Murut pula ialah Nabai atau Murut Keningau. Kedua-dua keluarga sub-Dusun ini dan orang Murut juga mewakili imej Keningau sebagai daerah pusat.

Bingkor
Pusat pekan Bingkor
Pusat pekan Bingkor
Bendera Bingkor
Pekan Bingkor di dalam daerah Keningau
Pekan Bingkor di dalam daerah Keningau
Bingkor is located in Bumi
Bingkor
Bingkor (Bumi)
Koordinat: 5°24′N 116°12′E / 5.400°N 116.200°E / 5.400; 116.200Koordinat: 5°24′N 116°12′E / 5.400°N 116.200°E / 5.400; 116.200
Negara Malaysia
Negeri Sabah
BahagianBahagian Pedalaman
DaerahKeningau
Pentadbiran
 • BadanMajlis Daerah Keningau
 • DUNYB Tuan Robert Tawik @ Nordin (GB-STAR) (Bingkor)
Poskod
89007
Kod kawasan087
Kawasan KejirananKeningau
Laman sesawangwww.sabah.gov.my/md.kgu www.sabah.gov.my/pd.kgu

Bingkor dikenali sebagai tempat di mana pahlawan Dusun, Gunsanad dan tokoh terkenal dalam pembentukan masa Malaysia, OKK Sodomon berasal.

Bermula dari 2019, peserta dari Bingkor telah menyertai pertandingan Unduk Ngadau dan Sugandoi sebagai N. 33 Bingkor (dikenali sebagai N.40 bermula tahun 2020) untuk pertama dalam sejarah yang diadakan di Hongkod Koisaan KDCA, Penampang. Penyertaan pertama juga telah membawa nasib apabila peserta untuk Unduk Ngadau telah disenaraikan sebagai peserta 20 terbaik dan tempat ke-enam untuk pertandingan Sugandoi. Unduk Ngadau adalah pertandingan kecantikan yang bermula di sekitar tahun 60-an manakala Sugandoi adalah pertandingan nyanyian yang menampilkan berpuluh-puluh peserta dari seluruh negeri Sabah.

Rumah Besar Sodomon merupakan mercu tanda Pekan Bingkor dan juga menjadi kebangaan rakyat Keningau khususnya

Sejarah sunting

Asal-usul Bingkor sunting

Melalui catatan penulis Binson A. Sabiah dalam bukunya Sejarah Keningau berkata, pada awalnya kesemua kampung berhampiran dengan pekan kecil Bingkor yang sebelumnya dikenali sebagai Stesen Bingkor seperti Minansut, Naidat, Tangkungon, Kuangoh, Noupot, Kg. Baru, Liposu, dan lain-lainnya didiami oleh suku kaum Gana.

Sebelum suku kaum Gana dikenali dengan panggilan Gana, ia dikenali dengan nama Talinting kerana mereka sering memalu canang pada ketika berada dalam keadaan kecemasan dan sumpamanya. Talinting maknanya ‘isyarat kecemasan’ menggunakan canang.

Apabila kerajaan British menjalankan perangkaan pada ketika itu, maka orang-orang Talinting ini diberi nama Gana kerana menghuni kawasan tanah rata yang mana dipanggil gana-gana dalam bahasa tempatannya.

Manakala suku Manindal yang menanam padi di atas bukit, dipanggil Kuyou bersempena dengan peristiwa huma mereka semua layu oleh bencana kemarau di sekitar tahun 1879 (Kuyou bererti layu).

Bagaimanapun Kuyou dieja oleh orang Barat seperti Kwijau dan ejaan dalam bahasa Melayu adalah Kujau.

Menurut cerita lama, pada waktu suku Kujau turun ke lembah Bingkor, mereka dibantu oleh orang-orang Gana dengan memberi padi sehingga mereka memperoleh padinya sendiri.

Di sinilah titik mulanya dua suku kaum ini sering tolong menolong yang membawa ikatan silaturahim.

Sejarah awal menjelaskan bahawa ‘Mangayou’ adalah budaya memancung kepala dianuti oleh etnik Gana serta suku-suku Dusun yang lain pada zaman dulu untuk memperlihatkan kehandalan dan bagi melayakkan diri untuk mendapatkan pasangan hidup yang disyaratkan oleh para ibu bapa gadis jelita idaman seseorang jejaka sebagai bukti bahawa dia berupaya mempertahankan keselamatan isteri dan anakanaknya kelak daripada ancaman musuh.

Pada zaman itu, sesiapa yang banyak menyimpan tengkorak musuh adalah wira sukunya.

Menurut penulisan Binson, Ambuli adalah di antara orang-orang yang banyak menyimpan tengkorak manusia di Kampung Bingkor sekitar 1887 hingga 1915.

Tengkorak-tengkorak berkenaan digantung di kaki lima rumahnya di Kampung ‘Bingku’.

Nama kampung ini sebenarnya berasal daripada perkataan Bingku yang bermaksud pancunganku, tetapi orang Barat mengejanya Bingkor.

Demografi penduduk sunting

Etnik sunting

 
Makam OKK Sodomon yang merupakan antara tokoh penting semasa pembentukan Malaysia.
 
Keadaan Tamu Bingkor sebelum dinaik taraf

Hampir keseluruhan daripada penduduk di Bingkor berbangsa Dusun yang terbahagi kepada Dusun Gana dan Dusun Kuyau. Terdapat juga penduduk yang berasal dari sub-Dusun yang berlainan seperti Dusun Tatana dan Dusun Liwan akibat daripada penghijrahan dan perkahwinan. Suku Murut juga tidak kurang banyaknya di kawasan Bingkor. Selain daripada etnik Dusun dan Murut, terdapat juga kelompok kecil masyarakat yang berbangsa Cina, Bajau dan sebagainya. Penduduk yang berstatus bukan warganegara juga terdapat di kawasan pekan ini di dalam kelompok yang lebih kecil seperti suku Timorese dan Filipino yang bekerja di negeri ini.

Jumlah penduduk di pekan Bingkor sunting

Berdasarkan sumber statistik bacian tahun 2010, jumlah populasi penduduk di sekitar Bingkor mempunyai penduduk seramai 51 dan sebilangan besar daripada etnik Kadazan-Dusun. Pada 7 Julai 2020, pembancian akan dilakukan untuk mengumpul maklumat bilangan statistik penduduk terkini.[2]

Berikut merupakan jumlah penduduk di sekitar Bingkor pada tahun 2010 mengikut kumpulan etnik, kawasan Pihak Berkuasa Tempatan dan negeri, Malaysia;

Kemudahan awam sunting

Terdapat sekolah di sekitar pekan, seperti sekolah menengah yang dikenali sebagai SMK Bingkor yang juga menyediakan tahap pendidikan tinggi tingkatan enam dan juga SK Bingkor untuk peringkat pendidikan rendah. Di bandar ini, rumah ibadat juga boleh didapati di mana-mana. Kerana majoriti orang Kristian, terdapat banyak Gereja di pekan ini. Rumah ibadat lain seperti Masjid juga boleh didapati di sini. Sebagai contoh, Gereja Katolik St. Mary, Sidang Injil Borneo, Gereja Yesus Benar dan Masjid Nur Hidayah Bingkor.

 
Gereja Katolik St. Mary yang merupakan antara rumah ibadat yang terdapat di pekan Bingkor.

Terdapat kemudahan prasarana yang boleh ditemui, ia seperti gimnasium rakyat, pusat internet, pejabat kecil polis, tadika, TASKA, Mahkamah Anak Negeri, Pejabat Urusetia N33 Bingkor, barisan kedai dan pasar terletak di kawasan terbuka Dewan Pekan Bingkor.

Terdapat juga kemudahan kesihatan seperti Klinik Kesihatan yang disediakan Bingkor beroperasi seiring waktu pejabat. Pejabat Korporasi Pembangunan Desa(KPD) dan Lembaga Pembangunan Tanah Sabah atau SLDB juga ada di sekitar sini.

Tempat Menarik sunting

Antara tempat menarik yang boleh dikunjungi oleh pengunjung ialah seperi Taman Rekreasi dan Sungai Bandukan, Keningau yang sentiasa riuh dengan kehadiran orang ramai kerana tarikan pemandangannya dan air sungainya yang cantik. Selain itu, terdapat kolam-kolam memancing yang semakin terkenal kerana penganjuran pertandingan-pertandingan memancing seperti Kolam Aki-Aki dan Kolam Si Daddy.

Kampung sekitar sunting

Antara kampung-kampung yang terdapat di sekitar pekan ini ialah Kampung Bingkor Lama dan Baru, Kampung Singgah Mata, Kampung Sasaei, Kampung Bungkaon, Kampung Sandapak, Kampung Tuntumulud, Kampung Bandukan Baru, Kampung Minansut, Kampung Buang Sayang, Kampung Bunga Raya, Kampung Antolob, Kampung Bunsit dan Kampung Bandukan Lama.

Terdapat juga beberapa di Kampung yang bernaung di bawah nama Mukim Bingkor seperti Kampung Kuangoh, Kampung Kumawanan, Kampung Berungis, Kampung Jaya Baru, Kampung Baru, Kampung Lipasu, Kampung Sandapak, Kampung Antolob, Kampung Binaong dan sebagainya.

Mukim Bingkor meliputi satu kawasan yang besar dan yang mempengaruhi kepadatan dan jumlah penduduk di daerah Keningau dan mukim ini khususnya.

Peneraju Kepimpinan sunting

Pekan Bingkor merupakan naungan bagi Dewan Undangan Negeri N33 Bingkor dan di bawah jagaan Parlimen Keningau atau P180 Keningau bersama-sama dengan DUN Liawan dan Tambunan. Parti Solidariti Tanah Airku atau STAR merupakan parti yang menerajui kepimpinan di kawasan ini setelah memenangi Pilihanraya Umum atau PRU-14 pada Mei 2018 yang lalu dengan jumlah pengundi keseluruhan sebanyak 4,552 daripada 9,480. Sebanyak 78.28 peratus warga N33 Bingkor telah keluar mengundi pada waktu itu.

Menjelang tahun 2020, pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah telah dilaksanakan. Hal ini telah menyebabkan satu pilihan raya dilaksanakan iaitu Pilihan Raya Negeri Sabah Kali ke-16 yang menyaksikan perjuangan pelbagai parti politik dan bebas untuk merebut 73 buah kerusi DUN yang dipertandingkan. Pilihan raya kali ini amat menarik kerana terdapat 13 kerusi telah ditambah dan telah meningkatkan jumlahnya dari 60 kerusi kepada 73 kerusi. Selain itu, pilihan raya pada kali ini juga berlaku di tengah-tengah masa panasnya pandemik COVID-19 yang melanda dunia.

DUN Bingkor juga telah berubah daripada kedudukannya sebagai kerusi N.33 kepada N.40, P.180 Keningau. Pertemuan dan pertaruhan 6 penjuru juga berlaku pada pilihan raya kali ini.

Rujukan sunting

  1. ^ a b Alfred, Petrus (2017-05-07). "Asal usul pekan kecil Bingkor". www.pressreader.com/. Dicapai pada 2020-05-02.
  2. ^ "Apa itu Banci". www.mycensus.gov.my. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-06-06. Dicapai pada 2020-02-14.

Pautan luar sunting

  Kategori berkenaan Bingkor di Wikimedia Commons