Kampung Bingkor Lama adalah sebuah kampung yang terletak di dalam kawasan Bingkor[1] Keningau, Sabah. Bingkor Lama mengambil masa lebih kurang 5 minit dari pekan Bingkor oleh kerana jaraknya yang dekat. Bingkor Lama bersempadan dengan pekan Bingkor di sebelah selatan, Kampung Minansut dan Sandapak di sebelah barat, Kampung Bingkor Baru dan Awas-awas di sebelah timur dan akhirnya Kampung Kumawanan dan Kuangoh di sebelah utara.[2] Jarak kampung ini dari pusat daerah Keningau adalah sekitar 11 Kilometer dan mengambil masa sekitar 20 minit mengikuti jalan darat.

Majoriti penduduk di kawasan kampung ini beragama Kristian dan terdapat juga sebilangan kecil yang beragama Islam. Kampung ini didiami oleh masyarakat yang berbangsa Dusun khususnya dari sub-etnik Gana berbeza dengan penduduk pekan Bingkor iaitu Dusun Kuyau. Walau bagaimanapun, terdapat bangsa lain yang turut tidak terkecuali seperti Murut, sub-etnik Dusun lain, Bajau, Filipino dan Timorese.

Rujukan sunting

  1. ^ Henry Bating. (2011, 2 Disember). Tebuan mengganas risaukan penduduk Kg Bingkor Lama. Borneo Post Online. Dicapai pada 2 Mei 2020.
  2. ^ "Kampung Bingkor Lama". www.mapcarta.com. 2020. Dicapai pada 2020-05-02.