Bintang Pujaan merupakan sebuah filem Melayu yang diterbitkan di Malaysia pada 1981. Filem Bintang Pujaan diterbitkan dalam bentuk filem warna.

Bintang Pujaan
PengarahShahrom Mohd Dom
PenulisShahrom Mohd Dom
Dihasilkan olehSyed Kechik Syed Mohamed
Dibintangi
Muzik olehAhmad Nawab
Tarikh tayangan
1981
Masa tayangan
100 minit
Negara Malaysia
BahasaMelayu

Filem Bintang Pujaan mula ditayangkan pada 1981 di pawagam seluruh negara. Menampilkan Latif Ibrahim, Sharifah Aini dan ramai lagi.

Pengarah sunting

Filem Bintang Pujaan diarah oleh pengarah Shahrom Mohd Dom pada 1981.

Ringkasan sunting

Rina dan Hassan saling mencintai. Perhubungan mereka mulai retak apabila Rina mahu meneruskan kariernya sebagai penyanyi dan pelakon filem. Hassan mendapat kerja baru di sebuah syarikat pembinaan dimiliki keluarga Nancy. Perhubungan cinta antara Rina dan Hassan bersemarak kembali apabila mereka bertemu di kelab malam sehingga membawa ke jinjang pelamin dan mendapat seorang anak. Rina menjadi suri rumahtangga dan meninggalkan pekerjaannya sebagai penyanyi. Kepincangan keluarga dan perubahan hidup berlaku apabila Hassan tercedera dan tidak dapat meneruskan Peterman. Rina kembali ke dunia kelab malam walaupun tidak mendapat restu daripada Hassan. Rina, dikenali sebagai Farah Mohsein terus meningkat dan mula bersikap angkuh, melupakan tanggungjawabnya. Hassan kesepian dan terpaksa menagih kasih dan wang ringgit Nancy. Perhubungannya dengan Sabri, seorang pelakon membawa Farah ke dunia dadah. Akhirnya pihak studio mula meragui sikap Farah dan mula mencari bintang baru untuk menggantikan tempatnya.

Pelakon sunting

Lihat juga sunting

Pautan luar sunting