Bintang RTM 2009 merupakan kesinambungan daripada pertandingan sebelumnya dan bertujuan untuk mencungkil bakat-bakat baru dalam bidang nyanyian. Rancangan ini disiarkan di TV2 bermula pada 5 April 2009 dan berakhir pada 5 Julai 2009. Walaupun formatnya berubah dari segi pemarkahan, tetapi pertandingan ini masih mengekalkan juri profesional atau bebas untuk menilai persembahan para peserta.

Bintang RTM 2009
GenrePertandingan nyanyian
Rancangan televisyen realiti
Televisyen interaktif
PengacaraIzwan Pilus
Alisya
DJ Muaz
Lagu pembukaanBintang-Bintang Gemerlapan
Negara asal Malaysia
Bilangan episod14
Penerbitan
PenerbitAzman Hashim
LokasiPelbagai (Ujibakat)
Auditorium Perdana, Angkasapuri, Kuala Lumpur (Suku Akhir & Separuh Akhir)
Stadium Negara, Kuala Lumpur (Pertandingan Akhir)
Penyiaran
Saluran asalTV2
Siaran asal05 April 2009 – 05 Julai 2009
Kronologi
Diikuti olehBintang RTM 2012
Rancangan berkaitan
Bintang RTM

Lokasi uji bakat telah diadakan di beberapa tempat seperti di RTM Kuching, RTM Miri, RTM Labuan, RTM Kota Kinabalu, RTM Pulau Pinang, Plaza Angsana Johor Bahru, Taman Awam Batu Buruk, Kuala Terengganu dan berakhir di Angkasapuri, Kuala Lumpur. Pada peringkat akhir pertandingan ini, Nur Ernie Shahirah binti Zakri (lebih dikenali sebagai Ernie) telah diumumkan sebagai Juara Bintang RTM 2009.

FormatSunting

Kesemua 30 peserta akan melalui peringkat Suku Akhir yang dibahagikan kepada 6 episod (5 peserta bagi setiap episod). Selain itu, 2 daripada setiap 5 peserta di peringkat Suku Akhir pada setiap episod akan terus melayakkan diri ke peringkat Separuh Akhir manakala 3 peserta yang tewas di dalam setiap episod akan merayu untuk meraih undi SMS daripada para penonton dan hanya seorang daripada mereka akan terpilih untuk bertanding di Suku Akhir (bahagian SMS). 2 peserta dari peringkat Suku Akhir (bahagian SMS) akan mengiringi 12 orang peserta yang telah layak secara automatik dari peringkat Suku Akhir dan akan bertanding di peringkat Separuh Akhir yang akan dibahagikan kepada 2 episod.

Seterusnya, 3 daripada setiap 7 peserta di peringkat Separuh Akhir pada setiap episod akan terus melayakkan diri ke Pertandingan Akhir. Selain itu, 4 peserta yang tewas di dalam setiap episod akan merayu untuk meraih undi SMS daripada para penonton dan hanya 3 orang daripada mereka yang akan terpilih untuk bertanding di Separuh Akhir (bahagian SMS). Seterusnya, 2 peserta dari peringkat Separuh Akhir akan mengiringi 6 orang peserta yang telah layak secara automatik dari peringkat Separuh Akhir dan akan bertanding di Pertandingan Akhir.

Seramai 8 orang peserta akan bertanding di Pertandingan Akhir Bintang RTM 2009 dan seorang daripada mereka akan dipilih sebagai Juara.

PenilaianSunting

Pembahagian markah kepada peserta adalah melibatkan juri profesional atau bebas untuk menilai kemantapan vokal, persembahan dan penampilan peserta yang secara keseluruhannya berjumlah 100%.

Selain itu, teknologi SMS telah digunakan untuk menarik perhatian penonton. Penggunaan SMS dapat membantu untuk menarik perhatian para penonton kerana mereka terlibat secara langsung dengan pertandingan yang sedang dipertandingkan. SMS hanya akan digunakan untuk proses pengundian kemasukan semula peserta yang telah terkeluar berdasarkan pilihan juri profesional.

Semua peserta yang telah terkeluar dari peringkat Suku Akhir dan Separuh Akhir masih mempunyai peluang untuk diserapkan semula untuk bertanding buat kali kedua. Namun, SMS tidak akan menentukan kemenangan kerana juri profesional akan menilai semula para peserta yang telah diserap masuk semula melalui SMS. Pada peringkat kategori Bintang Paling Popular, pengundian secara teknologi SMS telah digunakan sepenuhnya.

Skim pemarkahan adalah seperti berikut:
Vokal (80%),
Persembahan dan Penampilan (20%),
Keseluruhan (100%)

PertandinganSunting

Suku AkhirSunting

Musim ini menyaksikan 30 peserta dari seluruh Malaysia yang akan berentap dalam 6 bahagian pusingan suku akhir. Setiap bahagian mempunyai genre lagu masing-masing.

Layak Ke Separuh Akhir: Ernie & Nizam
Undian SMS Tertinggi: Shiqal


Layak Ke Separuh Akhir: Anna & Ikbal
Undian SMS Tertinggi: Fara


  • Suku Akhir 3 - Balada (19 April 2009)
    • Amir Mukhtar bin Rasidi (Amir, Kelantan)
    • Basri bin Awang Sharin (Basri, Sabah)
    • Hasfareza binti Harun (Eza, Perlis)
    • Shereen binti Anshary (Reen, Selangor)
      • Somewhere Over The Rainbow
      • Jelingan Manja
    • Nur Azilla binti Mohd Ibrahim (Zilla, Kedah)

Layak Ke Separuh Akhir: Eza & Zilla
Undian SMS Tertinggi: Reen


Layak Ke Separuh Akhir: Aina & Ziana
Undian SMS Tertinggi: Azam


Layak Ke Separuh Akhir: Aida & Fatin
Undian SMS Tertinggi: Shah

Layak Ke Separuh Akhir: Irsa & Azwan
Undian SMS Tertinggi: Adli


  • Suku Akhir SMS (17 Mei 2009)
    • Mohamed Zurshiqal bin Zulkifli (Shiqal)
    • Farah Nabilla Noor binti Anuar (Fara)
    • Shereen binti Anshary (Reen)
    • Ahmad Azam bin Pit (Azam)
    • Norshahrizal bin Hashim (Shah)
    • Mohamad Adlizan bin Baharuddin (Adli)

Layak Ke Separuh Akhir: Adli & Reen

Separuh AkhirSunting

14 peserta yang layak ke peringkat separuh akhir akan hanya menyanyikan satu lagu ciptaan tempatan dalam bahasa melayu.

  • Separuh Akhir 1 (24 Mei 2009)
    • Nur Ernie Shahirah binti Zakri (Ernie)
    • Mohd Ikbal bin Abdul Hatam (Iqbal)
    • Hasfareza binti Harun (Eza)
    • Aziana binti Abdullah (Ziana)
    • Nur Fatin Nabila binti Noor Sazley (Fatin)
    • Azwan bin Abdul Aziz (Azwan)
    • Irsa binti Sahabuddin (Irsa)

Layak Ke Peringkat Akhir: Ernie, Fatin & Iqbal
Undian SMS Tertinggi: Ziana, Azwan & Irsa


  • Separuh Akhir 2 (31 Mei 2009)
    • Arnizam bin Michael (Nizam)
    • Jo-Anna Sue Henley-Rampas @ Jo-Anne (Anna)
    • Nur Azilla binti Mohd Ibrahim (Zilla)
    • Saidatul Aina binti Jamaluddin (Aina)
    • Rozainita Aida binti Mohamed Bakri (Aida)
    • Shereen binti Anshary (Reen)
    • Mohamad Adlizan bin Baharuddin (Adli)

Layak Ke Peringkat Akhir: Aina, Anna & Adli
Undian SMS Tertinggi: Reen, Nizam & Zilla


  • Separuh Akhir SMS (7 Jun 2009)
    • Aziana binti Abdullah (Ziana)
    • Azwan bin Abdul Aziz (Azwan)
    • Irsa binti Sahabuddin (Irsa)
    • Arnizam bin Michael (Nizam)
    • Nur Azilla binti Mohd Ibrahim (Zilla)
    • Shereen binti Anshary (Reen)

Layak Ke Peringkat Akhir: Nizam & Zilla

RujukanSunting