Bintangur

(Dilencongkan dari Bintangor)

Bintangur, bintangor (dua-dua dalam Jawi: ‏بينتڠور‎‎), entangor atau bakakol adalah sejenis tumbuhan dalam genus Calophyllum[3] keluarga Calophyllaceae yang tumbuh asal di Asia dan tersebar ke Afrika, benua Amerika, Australasia dan kepulauan Pasifik.[4]

Bintangur
Starr 061106-1465 Calophyllum inophyllum.jpg
Buah bintangur laut
(Calophyllum inophyllum)
Pengelasan saintifik
Alam:
(tanpa pangkat):
(tanpa pangkat):
(tanpa pangkat):
(tanpa pangkat):
Order:
Keluarga:
Genus:
Calophyllum

Sinonim[1][2]
  • Apoterium Blume
  • Balsamaria Lour.
  • Calaba Mill.
  • Ponna Boehm.
  • Schmidelia Boehm.

Perkataan "bintangur" dijejak daripada akar bahasa Proto-Austronesia *bintaŋuR yang bermaksud spesies penaga laut (Calophyllum inophyllum).[5]

BotaniSunting

Spesies-spesies pokok bintangur jenis renek yang tumbuh sehingga 20 meter. Batangnya mempunyai kulit kayu berwarna kekuning-kuningan dan mempunyai sedikit rekahan, ia menghasilkan lateks tidak berwarna, putih atau kuning.

Helai daunnya mempunyai tepi keras di hujung tangkai dan permukaan atasnya mempunyai tekstur lekit-lekit.[4] Urat-urat daunnya sempit dan selari dengan saluran resin.[6]

Bunga-bunga pokok tumbuh dalam jambak tandan berpayung yang pendek dari ketiak daun atau hujung dahan. Kelopak and ranggi kuntum bunga ini nampak serupa dan disusun melingkar, setiap kuntum mempunyai banyak sulur bunga.[4]

Buah spesies genus ini jenis drup berbentuk bulat dengan lapisan isi nipis menutupi biji benih besar,[4] diameternya sebanyak 2-3 sentimeter.

SpesiesSunting

Terdapat 187 spesies dalam genus ini:[4]

KegunaanSunting

Bintangur mungkin dapat menghentikan pembiakan virus yang menyebabkan AIDS. Batang kayunya juga digunakan sebagai perencah di Malaysia, dan Singapura.

RujukanSunting

  1. ^ "Calophyllum L." Plants of the World Online. Board of Trustees of the Royal Botanic Gardens, Kew. 2022. Dicapai pada 16 September 2022.
  2. ^ Ludwig, Christian Gottlieb; Böhmer, Georg Rudolf (1760). D. Christiani Gottlieb Ludwig ... Definitiones generum plantarum : olim in usum auditorum collectas nunc auctas et emendata (dalam bahasa Latin) (ed. ke-2). Lipsiae: Ex Officina I.F. Gleditschii. m/s. 239, 371.
  3. ^ "bintangur". Kamus Dewan (ed. ke-4). Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia. 2017.
  4. ^ a b c d e Li, Xi-wen; Li, Jie; Stevens, Peter (n.d.). "Calophyllum (Linnaeus) Sp. Pl. 1: 513. 1753., 1841. 红厚壳属 hong hou ke shu". Flora of China (dalam bahasa Inggeris). m/s. 1, 38. Dicapai pada 16 September 2022.
  5. ^ Blust, Robert; Trussel, Stephen (2010). "*bintaŋuR — a shore tree: Calophyllum inophyllum". Austronesian Comparative Dictionary. Dicapai pada 19 Mac 2022.
  6. ^ a b c Díaz, D. M. V. (March 2013). "Multivariate analysis of morphological and anatomical characters of Calophyllum (Calophyllaceae) in South America: Multivariate Analysis of Calophyllum". Botanical Journal of the Linnean Society. 171 (3): 587–626. doi:10.1111/boj.12012.
  • Phang Wien Ho et al. A Guide to the Botanic Gardens Jungle. Pusat Sains Singapura (1983). ISBN 9971-88-010-5.
  • Musa Yaacob, Azimah Abd. Kadir, Zaharah Hasan. Tumbuhan Ubatan Popular Malaysia. MARDI (2009). ISBN 978-967-936-531-3