Bahan api etanol

(Dilencongkan dari Bioetanol)

Bahan api etanol atau bioetanol ialah penggunaan etanol, sejenis alkohol kimia, sebagai suatu bahan api. Bahan ini biasanya digunakan sebagai bahan api motor, lazimnya sebagai penambah bahan api bio terhadap petrol. Kereta pertama yang berupaya berfungsi sepenuhnya dengan bahan api ini ialah Fiat 147 yang diperkenalkan pada 1978 di Brazil oleh Fiat. Etanol biasanya diperbuat daripada biojisim seperti jagung dan tebu. Penghasilan bahan api etanol dunia berganda tiga kali dari 17×109 liter (4.5×109 U.S. gal; 3.7×109 imp gal) pada 2000 menjadi lebih 52×109 liter (1.4×1010 U.S. gal; 1.1×1010 imp gal) pada 2007. Dari 2007 hingga 2008, pecahan etanol dalam kelompok jenis petrol dunia membesar dari 3.7% ke 5.4%.[1] Pada 2011, penghasilan bahan api etanol mencapai 8.46×1010 liter (2.23×1010 U.S. gal; 1.86×1010 imp gal), dengan Amerika dan Brazil bertindak sebagai pengeluar utama, menghasilkan 62.2% dan 25% jumlah bahan api etanol dunia masing-masing. Dengan ini, Amerika dan Brazil menjadi pengguna bahan api etanol utama dunia, serta kawasan di Eropah.[2]

Sebuah stesen minyak dikhususkan bagi bahan api etanol di Brazil.

Bioetanol ialah sebentuk tenaga boleh diperbaharui yang dapat dihasilkan daripada hasil-hasil pertanian seperti tebu, kentang dan jagung. Kini, ada perdebatan rancak berkenaan kemampuan bioetanol untuk menggantikan petrol. Antara kerisauan yang terbit tentang penggantian ini termasuk kebimbangan kenaikan harga makanan akibat penggunaan tanah pertanian yang besar,[3] dan keseimbangan antara penjimatan tenaga dan potensi pencemaran yang terbit melalui industri penghasilan bioetanol, terutamanya daripada jagung.[4][5]

Rujukan sunting

  1. ^ "Towards Sustainable Production and Use of Resources: Assessing Bio fuels" (PDF). UNDP. 16 Oktober 2009. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 22 November 2009. Dicapai pada 24 Oktober 2009.
  2. ^ Renewable Fuels Association (6 Mac 2012). "Acelerating Industry Innovation – 2012 Ethanol Industry Outlook" (PDF). Renewable Fuels Association. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 14 Mei 2012. Dicapai pada 18 Mac 2012.
  3. ^ "Deforestation diesel – the madness of biofuel" (PDF) (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 27 Ogos 2011.
  4. ^ Youngquist, W. Geodestinies, National Book Company, Portland, Oregon, m/s. 499
  5. ^ "The dirty truth about biofuels". Oilcrash.com. 14 Mac 2005. Dicapai pada 27 Ogos 2011.

Pautan luar sunting