Keterbiosediaan

(Dilencongkan daripada Bioketersediaan)

Dalam farmakologi, keterbiosediaan (atau biokeperolehan) digunakan untuk menerangkan pecahan sukatan penyampaian drug yang masuk ke dalam peredaran sistemik, salah satu sifat utama farmakokinetik drug. Mengikut takrifan, sekiranya drug disampaikan secara intravena (saluran darah vena), keterbiosediaannya adalah 100%. Akan tetapi, sekiranya ubatan diberikan melalui laluan yang lain (sebagai contoh melalui mulut), keterbiosediaannya menurun (kerana penyerapan yang tak lengkap dan metabolisma laluan pertama). Keterbiosediaan adalah alat penting dalam farmakokinetik, kerana keterbiosediaan harus diambil kira apabila mengira sukatan untuk laluan penyampaian bukan intravena.


Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah dengan templat tunas yang lebih spesifik.