Biotenaga (بيوتناݢ) ialah tenaga boleh diperbaharui yang boleh didapati daripada sumber-sumber biologi. Biojisim pula adalah sebarang bahan organik yang menyimpan cahaya matahari dalam bentuk tenaga kimia. Sebagai bahan bakar, ia mungkin termasuk kayu, sisa kayu, jerami, baja, tebu, dan bahan-bahan lain yang diperoleh daripada pelbagai proses pertanian. Pada tahun 2010, terdapat 35 GW (47,000,000 hp) muatan biotenaga terpasang untuk penjanaan elektrik, di mana 7 GW (9,400,000 hp) berada di Amerika Syarikat.[1]

Sebuah enjin Stirling mampu menghasilkan elektrik daripada pembakaran biojisim

Rujukan sunting

  1. ^ Frauke Urban and Tom Mitchell 2011.