Birah merujuk kepada keladi daripada genus Alocasia. Terdapat banyak jenis birah tetapi orang Melayu lebih suka memanggilnya keladi kerana lebih dikenali melalui pepatah "miang keladi". Terdapat juga tempat yang dinamakan sempena pokok birah iaitu Kampung Teluk Birah [1].

Pokok birah adalah tumbuhan berubi (rizom)[2]. Batang keladi ini tak nyata, tangkai bergabus, tidak bercabang dan bercantum sempurna dengan daun. Tunas daun baru terbentuk pada pangkal daun lama. Bentuk daun berbagai. Ciri bentuknya yang membezakannya dengan keladi minyak ialah tangkainya bersambung di celah cabang daun manakala tangkai keladi minyak bersambung di tengah daun . Daunnya kalis air dan mempunyai lapisan seperti lilin di permukaan daun. Anak pokok baru boleh tumbuh dari ubi keladi dan terpisah dari ubi utama. Anak pokok mempunyai bentuk daun yang berbeza kerana faktor ontogeni [3]. Keadaan ini menyukarkan penamaan kepada anak pokok birah yang dijumpai di habitat asal.

Pokok birah
Alocasia denudata.jpg
Pengelasan saintifik
Alam:
(tanpa pangkat):
(tanpa pangkat):
Order:
Keluarga:
Subkeluarga:
Tribus:
Genus:

Birah ular atau keladi ular dengan nama saintifik Alocasia denudata Engl. [4] ialah tumbuhan tempatan Asia Tenggara. Di Indonesia, ia dikenali sebagai telinga kelinci. Umum selalu tersilap A. denudata dengan birah hitam dengan tanggapan ia ialah spesies yang sama atau variasi.

Keladi seberang atau keladi sebaring dengan nama saintifik Alocasia macrorrhizos (L.) G. Don. [5] ialah pokok birah, tetapi oleh kerana warna keseluruhannya hijau, daunnya juga seakan-akan keladi, maka ia dikenali sebagai keladi. Ia menyebabkan kekeliruan semasa mencari nama saintifik. Pokok ini boleh tumbuh besar hingga mencapai 10 kaki.

Birah tengkorak atau keladi tengkorak atau 'kris plant' atau Alocasia Amazonica juga dalam genus Alocasia. Ia ialah kacukan dua spesies iaitu Alocasia sanderiana Hort. dan Alocasia watsoniana Hort.[6]. Pokok yang masyhur ditanam sebagai tanaman hiasan di kawasan khatulistiwa ini mempunyai urat berwarna hijau muda berlatarbelakangkan hijau pekat serta mempunyai unjuran di setiap urat utama. Ia sangat cantik sebagai tanaman hiasan.

GallerySunting

RujukanSunting