Biro Audit Pengedaran

Biro Audit Pengedaran Malaysia (Bahasa Inggeris: Audit Bureau of Circulations Malaysia atau ABC) ialah badan yang menyediakan maklumat yang penting mengenai peredaran penerbitan di Malaysia, ditubuhkan pada 1975.[1] Ia berfungsi sebagai pihak berkuasa yang mentadbir kesahihan angka sebenar peredaran penerbitan tertentu. Sama ada majalah, akhbar atau buku-buku, ABC ialah titik rujukan utama apabila ia datang kepada jumlah peredaran. ABC memainkan peranan yang sangat penting dalam media hari ini kerana ia mempunyai objektif yang jelas untuk menyediakan nombor yang bebas, tidak berat sebelah dan apolitik.

Peranan utama ABC ilah untuk memeriksa dan mengesahkan nombor peredaran dan percetakan penerbitan tertentu yang kadang-kadang dapat menentukan kegagalan atau kejayaan media itu kerana pengiklan akan menggunakan nombor ini untuk memutuskan sama ada mereka ingin meletakkan iklan dengan media cetak tertentu. Objektif utama ABC adalah untuk memastikan angka edaran dalam media cetak dengan ruang iklan sah dan benar. Selain itu, ABC menubuhkan dan menguatkuasakan format dan kaedah standard dalam menentukan angka-angka ini. Ia terlibat dalam media lain seperti pawagam dan langganan televisyen. Pada asasnya, ABC ialah seperti meterai kualiti dan setem yang dipanggil secara sukarela oleh pemilik media cetakan. Badan ini juga telah memperkenalkan audit edaran penerbitan digital untuk menyesuaikan dengan perkembangan teknologi dalam landskap media.[2]

ABC ialah di bawah bidang kuasa Persatuan Pengiklan Malaysia (MAA), Persatuan Ejen Pengiklanan Bertauliah Maaysia (4As Malaysia) dan Persatuan Pakar Media (MSA). Walau bagaimanapun, ia dibiayai oleh penerbit akhbar.[3]

RujukanSunting

  1. ^ Taking Audit Bureau of Circulations (ABC) Malaysia into the future Malaysia Advertisers (1 Mac 2012). Dicapai pada 19 Januari 2013.
  2. ^ ABC to audit digital publication circulation New Straits Times (4 Julai 2014). Dicapai pada 19 Januari 2015.
  3. ^ Joyce Goh (18 September 2019). ABC’s future hazy as major publishers plan to pull out The Edge Markets. Dicapai pada 19 Januari 2020.

Pautan luarSunting