Bisa Aja
"Bisa Aja" ("Boleh Saja") ialah lagu nyanyian Faizal Tahir yang dimuatkan dalam album kelima beliau, Rojak.[1] Ia ditulis bersama oleh Faizal, Mike Chan dan Ezra Kong dan dikeluarkan pada 18 Januari 2019.
"Bisa Aja" | ||||
---|---|---|---|---|
Single oleh Faizal Tahir | ||||
daripada album Rojak | ||||
Dilancarkan | 18 Januari 2019 | |||
Tempat | Malaysia | |||
Genre | Pop | |||
Panjang | 3:38 | |||
Syarikat | Faithful Music, Warner Music Malaysia | |||
Penulis | Faizal Tahir, Mike Chan, Ezra Kong | |||
Kronologi Kronologi single Faizal Tahir | ||||
| ||||
sunting · sunting di Wikidata |
Latar belakang
sunting"Bisa Aja" menggandingkan beliau dengan dua komposer iaitu Mike Chan dan Ezra Kong. Dengan kekuatan elemen rock dan country pop, beliau turut menampilkan petikan gitar solonya sendiri sebagai memberi jiwa kepada lagu tersebut.
Beliau sengaja memilih judul dan struktur lirik lagu yang menggunakan istilah atau slanga bahasa Indonesia, Faizal sedar sebagai satu bangsa serumpun, perkara tersebut sekali gus boleh mendekatkan pencinta muzik dua negara. Menggunakan konsep lebih santai, Faizal turut menggunakan istilah Indonesia lain seperti ‘mahu bicara’ dan bahasa Inggeris ‘cell phone’ kerana ia lebih sinonim dan digunakan secara meluas di negara tersebut.[2]
Kemunculan lain
sunting"Bisa Aja" digunakan sebagai lagu tema drama 30 Pesanan Suara di Slot Akasia TV3.
Format dan senarai runut
sunting- Muat turun digital[3]
- "Bisa Aja" – 3:38
Persembahan Carta
suntingCarta (2019) | Kedudukan
carta |
---|---|
Carta RIM (Domestik)[4] | 1 |
Carta RIM (International & Domestic)[5] | 7 |
Sejarah keluaran
suntingNegara | Tarikh | Format | Syarikat rakaman |
---|---|---|---|
Malaysia | 18 Januari 2019 | Muat turun digital[3] Penstriman digital[6] |
Faithful Music, Warner Music Malaysia |
Rujukan
sunting- ^ Beri jiwa dalam Bisa Aja Utusan Malaysia (22 Januari 2019). Dicapai pada 31 Julai 2019.
- ^ Asyraf Aided (18 Januari 2019). Faizal Tahir Berbicara Dalam Bahasa Indonesia Menerusi 'Bisa Aja' Astro Gempak. Dicapai pada 31 Julai 2019.
- ^ a b "Bisa Aja". iTunes. 16 May 2019. Dicapai pada 16 May 2019.
- ^ RIM (21 Mac 2019). "RIM CHARTS Top 10 Most Streamed Domestic Singles in Malaysia" (PDF). RIM.org.my. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2019-07-13. Dicapai pada 22 Ogos 2019. Cite has empty unknown parameter:
|dead-url=
(bantuan) - ^ RIM (21 Mac 2019). "RIM CHARTS Top 20 Most Streamed International and Domestic Singles in Malaysia" (PDF). RIM.org.my. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2019-08-18. Dicapai pada 22 Ogos 2019. Cite has empty unknown parameter:
|dead-url=
(bantuan) - ^ "Bisa Aja, a song by Faizal Tahir". Spotify. 19 Januari 2019. Dicapai pada 31 Julai 2019.