Bisik Bisik Gelora

Bisik-Bisik Gelora ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia 2022 arahan Riza Baharudin, dibintangi oleh Redza Rosli, Raysha Rizrose, Gambit Saifullah dan Afifah Nasir. Siri ini memulakan tayangan perdana di Slot Akasia, TV3 bermula 21 Mei 2022 menggantikan 7 Hari Mencintaiku 3.[1]

Bisik Bisik Gelora
Genre
Berdasarkan daripada
Adaptasi novel ‘Bisik-Bisik Gelora’ karya Fauziah Ashari
Ditulis oleh
Intan Zarina Mohd Yasin
PengarahRiza Baharudin
Dibintangi oleh
Lagu pembukaan"Cinta" - Marsha Milan
Lagu penutup"Cinta" - Marsha Milan
Negara asalMalaysia
BahasaMelayu
Bilangan episod35 Episod
Penerbitan
Penerbit eksekutif
  • Zetty Alia Dato ' Ramly
  • Zetty Adila Dato ' Ramly
PenerbitDato Zaitun Mohd Jiwa
Tempoh siaran42 minit
Syarikat penerbitan
Global Station Sdn Bhd.
Penyiaran
Saluran asalTV3 & Disney+ Hotstar
Format gambar
Format audioDolby Digital
Siaran asal21 Mei 2022 – 24 Jun 2022
StatusTamat
Kronologi
Mengikuti7 Hari Mencintaiku 3
Diikuti olehRisik Pada Hati

Sinopsis sunting

Jad, seorang pemuda kampung yang lurus bendul bertemu dengan Arumi, seorang gadis bandar yang liar di usia yang muda. Mereka terperangkap dalam tangkap basah dan terpaksa berkahwin. Pada malam selepas perkahwinan mereka, Jad ditangkap dan dipenjarakan kemudian. Arumi melanjutkan pelajaran ke luar negara dan terlupa akan hakikat bahawa dia masih isteri kepada Jad. Selepas Jad dibebaskan, dia telah dikaburi dengan dendam. Jad telah menemui Arumi dan menuntutnya kembali taat kepadanya sebagai seorang isteri.

Banin Arumi atau Umi adalah gadis nakal dan lincah. Bapanya, Tuan Akalil menghantar dia ke kampung agar anaknya itu akan berubah tingkah laku kerana kampung mentuanya jauh daripada kota.

Di kampung, Arumi telah bertemu dengan Jad Izzuddin, seorang pemuda yang alim di hadapan keluarga namun amat nakal di belakang mereka. Suatu hari tanpa diduga, Arumi dan Jad telah bertemu. Pertemuan itu telah menyatukan mereka ke alam perkahwinan.

Namun di hari pernikahan mereka, Arumi mendapat berita yang kedua-dua ibu bapanya menemui ajal dalam satu kemalangan jalan raya. Arumi mula benci pada Jad yang dianggapnya punca semua malapetaka ini berlaku.

Takdir Allah SWT, pada hari yang sama, suami yang baru dinikahi ditangkap oleh pihak berkuasa dan disumbat ke dalam penjara. Apakah yang terjadi pada Arumi? Bagaimana pula dengan Jad?


Pelakon sunting

Pelakon utama sunting

Pelakon pembantu sunting

Penarafan sunting

PENARAFAN TV NELTSON 2022 & MELTWIXER
EPISOD PERTAMA EPISOD AKHIR JUMLAH TONTONAN MEDIA SOSIAL SUMBER
10 juta
752 juta (TikTok)
[2]

Anugerah dan pencalonan sunting

Tahun Anugerah Kategori Pencalonan Keputusan
2023 Anugerah Drama Sangat 2023 Drama Popular Bisik-Bisik Gelora Menang
Drama Adaptasi Novel Terbaik Bisik-Bisik Gelora Tercalon
Pasangan Drama Terbaik Redza Rosli & Raysha Rizrose Tercalon
OST Terbaik Cinta - Marsha Milan Tercalon

Rujukan sunting

  1. ^ Drama Bisik Bisik Gelora mcentralmy. Dicapai pada 30 Mac 2023.
  2. ^ Rating Bisik-Bisik Gelora. Instagram TV3MALAYSIA. Dicapai 30 Jun 2022