BitComet (nama asalnya ialah SimpleBT client dari versi 0.11 to 0.37) merupakan sebuah klien BitTorrent, HTTP dan FTP silang protokol yang ditulis dalam C++ untuk Microsoft Windows dan terdapat dalam 43 bahasa.[1] Keluaran awamnya yang pertama adalah versi 0.28. Logo BitComet sekarang telah digunakan sejak versi 0.50.[2]

BitComet
PembangunBitComet Development Group
Pelancaran pertama6 Ogos 2003
Keluaran stabil
1.15 / 25 September 2009; 14 tahun yang lalu (2009-09-25)
Bahasa pengaturcaraanC++
Sistem pengendalianWindows 98/Me/2000/XP/2003/Vista
Terdapat dalam52 bahasa
JenisPelanggan BitTorrent
LesenPerisian percuma hak milik
Tapak webhttp://www.bitcomet.com

Ciri-ciri sunting

Atur cara BitComet adalah gabungan pelbagai protokol pengurus pindah terima dan protokol BitTorrent rakan-ke-rakan (P2P) penggunaan perkongsian fail. Ia menyokong tugasan pindah terima secara serentak. Bagi menyempurnakan tugasan pindah terima, ia mampu manarik bahagian fail dari pelbagai sumber merentasi protokol P2P dan pelayan-pelanggan.

Ciri utama BitComet termasuk tetingkap Internet Explorer bina dalam bagi tujuan membenarkan pengguna mencari torrent dalam program ini. Bersama dengan ciri yang biasa bagi pelanggan BitTorrent semasa, ia menyokong tatarajah laluan masuk UPnP, penjadual lebar jalur (bandwidth scheduling), Webseeding, memilih pindah terima dalam pakej torrent, and NAT traversal.[3] Apabila memuat turun sesuatu, BitComet memberi keutamaan kepada bahagian mula dan akhir fail media supaya ia dapat dipratonton sebelum ia siap dimuat turun. BitComet juga membenarkan pengguna untuk berkongsi fail torrent mereka pada jaringan P2P boleh cari. BitComet menggunakan (talian utama) Kademlia DHT bagi beroperasi walaupun penjejak BitTorrent di luar talian. BitComet mampu memuat turun fail melalui protokol HTTP dan FTP serta Bittorrent, dan juga mengandungi plugin muat turun untuk Firefox, Internet Explorer, dan Maxthon.[3]

Plugin pilihan juga ada bagi hubungan kepada jaringan eD2K. Plugin ini merupakan versi ubahsuai bagi perisian GPL eMule. Apabila dipasang, ia menyambung secara automatic kepada pelayan.[4]

Perisian termasuk applikasi bagi memainkan fail Video Flash (.flv dan .swf). [5]

Perisian Bebas Pilihan sunting

BitComet.com menawarkan penjejak BitTorrent tersedia bagi muat terima dari laman rasmi.[6] Perisian pemain FLV juga boleh dimuat terima bersendirian dan digunakan bebas dari perisian BitComet.

Kontrovesi dan kritikan sunting

Laporan hash sunting

Versi selepas 0.86 BitComet memasukkan perbincangan dan ciri penjejak statistik yang menghantar maklumat mengenai torrent kepada pelayan Bitcomet.com, termasuk fungsi Hash torrent.[7]

Adware sunting

Laman rasmi BitComet mendakwa bahawa "BitComet tidak mempunyai sebarang perisian iklan ("adware") atau perisian perisik ("spyware")"[8]. Bagaimanapun, versi 0.85 hingga 0.97 mengandungi pengiklanan[9]. Versi semasa tidak lagi mengandungi pengiklanan, kecuali dalam tetingkap pencarian berasaskan web[10][pengesahan diperlukan].

Penggunaan DHT sunting

Semasa versi 0.60, BitComet menerima publisiti buruk kerana perlaksanaan ciri jadual hash tersebar (Distributed hash table - DHT)nya yang baru masa itu, boleh disalah guna bagi mengabaikan bendera peribadi penjejak. Ini membenarkan pengguna bagi mengelak halangan bandingan pindah terima dan pindah hantar, yang biasa terdapat pada penjejak peribadi. Sesetengah penjejak peribadi bertindak balas dengan menyenarai hitam versi 0.60.[11] Pembangun aturcara BitComet, RnySmile mengundur pelanggan kembali kepada versi 0.59 sebagai tindak balas kepada penyenarai hitam.[12]

Penggunaan jadual hash tersebar (Distributed hash table - DHT) dibetulkan dalam versi 0.61.[13][14]

Super-seeding sunting

Pada awal 2007, John Hoffman, pencipta super-seeding dan pengarang pelanggan BitTornado, mengkritik secara kasar BitComet kerana menggunakan taktik salah gunabagi "mempermain" dan "menipu" penyemai-super (“super-seeding”) dengan merugikan sejawat yang lain: "Oleh kerana BitComet telah membuktikan dirinya sebagai asas kod merbahaya, dan oleh kerana mereka memaksa saya mengambil langkah yang saya tidak inginkan, saya juga akan mengharamkan sambungan dari pelanggan tersebut kepada pelanggan saya dan penjejak kod asas." [15]

Fail Pengalas sunting

Bermula dengan versi 0.85 (Awal 2007), BitComet menambahkan pilihan kepada penghasil arus (“torrent maker” yang memastikan tiada dua arus pelbagai-file menduduki “bahagian” BitTorrent yang sama. Ini membantu BitComet bagi memuat terima bahagian berlainan bagi arus banyak-fail dari sumber bukan-BitTorrent seperti pelayan http/ftp atau jaringan ED2K. Bagi melaksanakan ini, BitComet mengisi setiap baki "kepingan" terakhir dengan pemintas pengalas fail. Sungguhpun fail kecil dan tidak merbahaya ini tidak kelihatan kepada pengguna BitComet, ia amat menganggu kepada pengguna pelanggan lain yang perlu menanganinya semasa dan selepas muat terima.[16] Penciptaan fail pengalas dibolehkan secara ingkar bagi versi 0.85, dan dilumpuhkan secara ingkar dalam versi 0.86 dan seterusnya.

Kesahihan kritikan sunting

Pada Julai 2007, Robb Topolski seorang pakar jariangan professional melaksanakan analisa bebas bagi kebanyakan tuduhan yang dikenakan terhadap BitComet termasuk Salahguna DHT dan kontrovesi Super-seeding yang disebut di atas. Dia mendapati kesemua kecuali satu dakwaan adalah palsu atau tidak dapat disahkan. Dia mendapati BitComet tidak merosakkan atau merbahaya pada kepantasan muat hantar atau muat terima kepada kerumunan BitTorrent atau penjejak.[17]

Hanya satu dakwaan yang dia sahkan separuh benar iaitu, "BitComet adalah sejawat yang lemah akibat ketiadaan slot muat hantar; jalur lebar muat hantar diasak terlalu berat.". Ujian Topolski menunjukkan bahawa BitComet memiliki kawalan slot muat hantar, tetapi Cuma apabila BitComet adalah pembenih pertama arus—ia itu, apabila BitComet merupakan satu-satunya pembenih sejawat dalam kawanan, ia cenderung kurang berkesan berbanding dua pelanggan lain yang diujinya. Topolski menyatakan bahawa apabila BitComet bukanlah satu-satunya penyemai sejawat dalam kerumunan, atau apabila ia bukannya sejawat bukan-penyemar /(“non-seeding”), kawalan slot muat hantar diurus dengan begitu baik.[18]

Rujukan sunting

  1. ^ "Supported Languages in BitComet". 2007-09-13. Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-05-09. Dicapai pada 2008-05-13.
  2. ^ "BitComet BitTorrent Client". 2006-05-10. Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-02-07. Dicapai pada 2008-05-13.
  3. ^ a b "What is BitComet?". 2008-05-07. Dicapai pada 2008-05-13.
  4. ^ "eMule Plugin for BitComet". 2008-03-27. Dicapai pada 2008-05-13.
  5. ^ "BitComet FLV Player (Flash Video Player)". 2008-03-27. Dicapai pada 2008-05-13.
  6. ^ "BitComet Tracker". 2008-03-27. Dicapai pada 2008-05-13.
  7. ^ BitComet.com (2008). "BitComet reporting bug?". Dicapai pada 2008-05-15.
  8. ^ BitComet Team (2006). "Official Website". Dicapai pada 2007-04-19.
  9. ^ Sniperfx70 (2007). "ADDS". Dicapai pada 2008-01-01.
  10. ^ UKOrbit (2008). "No advertisements in current versions". Dicapai pada 2008-02-10.
  11. ^ Thomas Mennecke (2005). "BitComet Banned". Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-01-24. Dicapai pada 2007-01-15.
  12. ^ Thomas Mennecke (2005). "BitComet Reverts to Version .59". Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-01-24. Dicapai pada 2007-01-15.
  13. ^ Thomas Mennecke (2006). "BitComet .62 and You". Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-05-18. Dicapai pada 2006-12-03.
  14. ^ Thomas Mennecke (2006). "BitComet .64 Released". Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-10-08. Dicapai pada 2006-01-15.
  15. ^ TorrentFreak.com (2007). "BitTornado Bans All BitComet Users". Dicapai pada 2007-01-07.
  16. ^ Ernesto (2007-08-23). "BitComet Pollutes BitTorrent with Junk Data". TorrentFreak. Dicapai pada August 24. Unknown parameter |accessyear= ignored (|access-date= suggested) (bantuan); Unknown parameter |month= ignored (bantuan); Check date values in: |accessdate= (bantuan)
  17. ^ Rob Topolski (2007-08-02). "STUDY: 'Examining the Myths and Facts Concerning BitComet Behavior'". ZeroPaid. Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-03-30. Dicapai pada 2008-02-07. [Regarding the claim that] BitComet seems to favor uploading to other BitComet clients, even when getting faster download speeds from other clients … In dozens of observed sessions using BitComet, I see no such preference being given to BitComet peers. … BitComet is a worthy download client, providing some advantageous features not found in any other current BitTorrent client. Some of these features are confusing and are poorly implemented, but they are not detrimental to a BitTorrent swarm, nor do they take unfair advantage. Unknown parameter |month= ignored (bantuan)
  18. ^ Topoloski. “If the BitComet user is the initial seeder, that user will take more time and bandwidth to seed a torrent than any other BitTorrent client I have ever used. (Tests: BitComet 200% to 255%, MainLine 145% to 175%, uTorrent with Super-Seeding 105% to 115%). However, when BitComet is a non-seeding peer, it has exceptionally intelligent slot control. BitComet adjusts the speed of each upload slot individually, providing more upload bandwidth to peers that reciprocate with more upload bandwidth of their own. … BitComet is an exceptionally poor upload client and should be avoided if the user will be the initial uploader to a swarm. … This is not an issue if the BitComet user is a seeder in an already-seeded swarm.”

Lihat juga sunting

Pautan luar sunting