Bitcoin Cash

Bitcoin Cash (BCH) ialah mata wang kripto yang bercabang daripada Bitcoin.[1]

Keperluan menampung bilangan transaksi setiap saat yang kian meningkat menyumbang kepada sebahagian orang dalam bidang mata wang kripto mencipta cabang keras untuk meningkatkan had saiz blok. Pada tahun 2017, terdapat 2 kumpulan penyokong Bitcoin. Bitcoin Cash didagangkan di pertukaran mata wang digital seperti Bitstamp, Coinbase, Gemi, Kraken dan lain-lain dengan nama Bitcoin Cash dan simbol BCH untuk mata wang kripto ini. Kedua-duanya, Bitcoin dan juga Bitcoin Cash, menggunakan algoritma bukti kerja untuk mengecap masa setiap blok baru. Pada 15 November 2018, perpecahan rantaian cabang keras Bitcoin Cash berlaku antara 2 kumpulan saingan, iaitu Bitcoin Cash dan Bitcoin SV.

Trading dan penggunaanSunting

Bitcoin Cash didagangkan di pertukaran mata wang digital menggunakan nama Bitcoin Cash dan kod mata wang BCH untuk mata wang kripto.[2][3][4] Pada 26 Mac 2018, OKEx mengalih keluar semua pasangan dagangan Bitcoin Cash kecuali BCH/BTC, BCH/ETH dan BCH/USDT kerana «kecairan tidak mencukupi». Sehingga Mei 2018, bilangan transaksi harian untuk Bitcoin Cash adalah kira-kira satu per sepuluh daripada jumlah Bitcoin.[5] Coinbase melakukan listing Bitcoin Cash pada 19 Disember 2017, dan platform coinbase mengalami penyelewengan harga yang membawa kepada penyiasatan dagangan insider.[6] Sehingga Ogos 2018, pembayaran Bitcoin Cash disokong oleh penyedia perkhidmatan pembayaran seperti BitPay, Coinify dan GoCoin.[7]

RujukanSunting

  1. ^ Kelly, Jemima (15 May 2018). "Bitcoin cash is expanding into the void". Financial Times. Dicapai pada 3 June 2018.
  2. ^ "Coinbase blames extreme buyer demand for last month's bitcoin cash disaster". businessinsider.com. Dicapai pada 2022-08-08.
  3. ^ "Winklevoss Brothers Bitcoin Exchange Adds Zcash, Litecoin, Bitcoin Cash". forbes.com. Dicapai pada 2022-08-08.
  4. ^ "What is Bitcoin Cash (BCH)? How Does it Work?". kucoin.com. Dicapai pada 2022-08-08.
  5. ^ "Bitcoin cash is expanding into the void". ft.com. Dicapai pada 2022-08-08.
  6. ^ "Coinbase may have given away its own Bitcoin Cash surprise". techcrunch.com. Dicapai pada 2022-08-08.
  7. ^ "'Bitcoin Jesus' Is Having a Hard Time Winning Over True Believers". bloomberg.com. Dicapai pada 2022-08-08.

Pautan luarSunting