Black ialah sebuah siri drama televisyen web Malaysia 2019 arahan bersama Razaisyam Rashid, Kroll Azry, Ghaz Abu Bakar dan Sein Qudsi dengan skrip oleh Bernice Low.[1] Dibintangi oleh Kamal Adli, Siti Saleha, Nabila Huda, Zoey Rahman dan Khir Rahman, siri ini diadaptasi dari siri drama Korea Selatan 2017 bertajuk sama oleh Studio Dragon dan disiarkan di Viu dari 17 Disember 2019 sehingga 29 Julai 2021.[2][3]

Black
GenreSeram, thriler, misteri, fantasi
Berdasarkan daripada
Black oleh Studio Dragon
Ditulis olehBernice Low
Pengarah
Dibintangi oleh
Negara asalMalaysia
BahasaMelayu
Bilangan musim2
Bilangan episod18
Penerbitan
Penerbit eksekutif
  • Sahana Kamath
  • Zurina Ramli
  • Kingsley Warner (Viu)
  • Imillya Roslan (Viu)
PenerbitFatimah Ruzaimi
Penyunting
  • Johan Bahar
  • Akashdeep Singh
  • Irwan Ahmad
  • Chulat
  • Hapil Zan Mazlan
  • Anand R.
  • Safwan Salleh
LokasiMalaysia
SinematografiMadnor Kassim
Pemasangan kamera
Tetapan multi-kamera
Tempoh siaran50–60 minit
Syarikat penerbitan
  • Alpha47 Films
  • Studios Film Office
Penyiaran
Saluran asalViu
Format gambar1080i (HDTV)
Format audioDolby Digital
Siaran asal17 Disember 2019 – 29 Julai 2021
Pautan luar
Laman sesawang

Sinopsis sunting

Musim 1 (2019–2020) sunting

Mengisahkan Black, makhluk bunian yang diarahkan memburu rakannya yang melarikan ke alam manusia. Black telah jatuh dengan wanita bernama Sofia yang boleh meramal kematian. Mereka berdua kemudiannya terlibat dalam menyelesaikan kes pembunuhan yang belum terlerai selama bertahun-tahun.

Musim 2 (2021) sunting

Black yang merupakan makhluk bunian yang masuk ke dunia manusia untuk mengesan rakannya yang menjadi buruan dan dipercayai bersembunyi di dalam tubuh manusia. Untuk membolehkan dia hidup di dunia manusia, Black menghuni badan Malik, seorang detektif yang telah meninggal dunia dan tanpa sedar dia sebenarnya sudah terperangkap dalam kehidupan duniawi Malik dan jatuh cinta dengan seorang manusia bernama Sofia.

Sofia memiliki kelebihan untuk melihat ajal seseorang termasuk melihat bayang orang Bunian dalam tubuh manusia. Dengan kelebihan masing-masing, Black dan Sofia membuktikan mereka pasangan yang sempurna dan berjaya mendedahkan banyak kes yang melibatkan pembunuhan, termasuklah membongkar rahsia besar yang pernah dilakukan oleh Aisya, kekasih Detektif Malik.

Pelakon sunting

Penerbitan sunting

Black diadaptasi dari siri drama Korea Selatan 2017 yang bertajuk sama yang dicipta oleh Studio Dragon.

Razaisyam Rashid dan Kroll Azry mengarahkan musim pertama siri ini, manakala untuk musim kedua, Ghaz Abu Bakar dan Sein Qudsi berkhidmat sebagai pengarah. Bernice Low menulis skrip untuk kedua-dua musim.

Untuk adaptasi Malaysia, konsep watak bunian digunakan berbanding konsep 'grim reaper' yang digunakan dalam versi asal Korea Selatan.[6]

Episod sunting

SiriEpisodTayangan asal
Tayangan pertamaTayangan terakhir
18[7]17 Disember 2019 (2019-12-17)4 Februari 2020 (2020-02-04)
210[8]10 Jun 2021 (2021-06-10)29 Julai 2021 (2021-07-29)

Keluaran sunting

Black memulakan siaran di Viu bermula 17 Disember 2019, manakala musim kedua disiarkan pada 10 Jun 2021.

Rujukan sunting

  1. ^ "Drama Black (Malaysia) Adaptasi Kdrama di VIU Jadi Bualan Hangat Netizen – Kisah Tragik Detektif Bunian dan Gadis Pembawa Sial". Einz. 29 Disember 2019. Dicapai pada 12 Disember 2021.
  2. ^ Athirah Zulkifli (17 Disember 2019). "Drama Korea Versi Malaysia — BLACK Dari Hanya Sentuh Bayang-Bayang Boleh Tahu Cara Orang Tu Mati. Seram Gila!". Astro Gempak. Dicapai pada 12 Disember 2021.
  3. ^ Muzammin Muzlan (11 Jun 2021). "Siri Adaptasi Drama Korea, 'Black' Versi Malaysia Kembali Untuk Musim Kedua". EH!. Dicapai pada 12 Disember 2021.
  4. ^ a b c d e f g h i j k l m "Viu: Meet The 5 Main Characters From The Drama Series, "Black"" (dalam bahasa Inggeris). Hype.my. 18 Disember 2019. Dicapai pada 12 Disember 2021.
  5. ^ Fatin Farhana Ariffin (19 Jun 2021). "Black serlah sisi berbeza Kamal". Berita Harian. Dicapai pada 12 Disember 2021.
  6. ^ Patrick Frater (2 Disember 2019). "Viu Gives Malay Adaptation to Korea's 'Black'" (dalam bahasa Inggeris). Variety. Dicapai pada 12 Disember 2021.
  7. ^ "Drama Black (VIU Malaysia)". My Infotaip. 17 Disember 2019. Dicapai pada 12 Disember 2021.
  8. ^ "Black Musim ke-2 (VIU Malaysia)". My Infotaip. 23 Jun 2021. Dicapai pada 12 Disember 2021.

Pautan luar sunting