Black Belt Kaler Pink

Drama Black Belt Kaler Pink ialah sebuah drama televisyen yang ditayangkan di Astro Warna dan Astro Mustika HD. Drama ini dibintangi oleh pelakon hebat seperti Farali Khan, Aaron Aziz, Kamal Adli, Aiman Hakim Ridza dan ramai lagi. [1]

Black Belt Kaler Pink
GenreDrama
Komedi
Ditulis olehMF Kencana
PengarahRiza Baharudin
Dibintangi oleh
Farali Khan
Aaron Aziz
Kamal Adli
Aiman Hakim Ridza
Aedy Ashraf
Dafi AF
Lagu pembukaanMenggegar Dunia
oleh Stacy dan Adam
Lagu penutupMenggegar Dunia
oleh Stacy dan Adam
Negara asalMalaysia
BahasaMelayu
Bilangan episod24 episod
Penerbitan
PenerbitDatin Zaiton Mohd Jiwa
Tempoh siaranRabu-Jumaat, 9.00 malam
Syarikat penerbitan
Global Station Sdn Bhd
Syarikat pengedaran
Astro
Penyiaran
Saluran asalAstro Warna (132)
Astro Mustika HD (134)
Format gambarHD
Siaran asal15 Mac 2017 – 5 Mei 2017

Sinopsis sunting

Drama ini mengisahkan dua orang lelaki yang berbadan tegap iaitu Ash (Aaron Aziz) dan Burn (Kamal Adli) yang terpaksa menjadi pengawal peribadi kepada Timora (Farali Khan). Walaupun mereka berbadan tegap, mereka mempunyai sifat yang lembut di setiap hati mereka. Di samping itu, hobi mereka adalah memasak, membakar kuih, menanam pokok-pokok bunga dan menonton drama-drama Korea. Mereka juga takut akan cicak dan memakai stokin yang berwarna ungu atau merah jambu.

Pelakon sunting

Rujukan sunting

  1. ^ Drama Black Belt Kaler Pink. MyInfoTaip. Dicapai 7 September 2021